Berehat Kat Umah Jee

Isk.. isk.. hari nie aku ader diumah. Disebabkan keadaan aku yang kureng semalam.. sah lah hari nie aku terpaksa beristirehat diumah. Nak ke opis macamana.. klu badan seram sejuk n lenguh-lenguh badan. Klu kena aircond opis yang semakin sejukkk sekarang.. bertambah lagilah staminaku tidak dapat dikawal.

Sebenarnya.. klu time bukan cuti sebenar.. boring duk umah nie. Bagi aku lah... tak tau ler korang... Walaupun kat opis sesibuk manapun.. aku suka berada di opis.. kawan-kawan di opis pun semuanya ok.. ok.. setakat nie lah.. Klu hal perli memerli tu.. coz mereka bergurau.. .aku tak ambil pusing sangat... biasalah.. aku bukan jenis simpan dalam hati.. buat macam angin lalu jee..

Eh.. tak sihat pun boleh update blog kee.. Ha... pagi td memang kesihatan kurang memberangsangkan... coz yang paling teruk malam td lah. Siap pakai stokin laie.. pi toilet jangan cakaplah.. walhal minum air bukan banyak manapun.

Tapi... semalam petang, pas ambil Aisya dari umah pengasuh... dengan tidak laratnya aku gagahkan juga diri pi kedai di R13 untuk beli air 100 plus.. Aku beli yang botol besar.. mula-mula nak suruh hubbyku beli.. baru nak dail nombornye.. aku pk balik.. better jee aku yang pi beli.. coz mesti dia balik lewat dari opis lagi.. macam hari-hari sudah.

Sampai umah, aku terus pekena air 100 plus 2 cawan ngan air masak 2 cawan. Pas mandi, aku rendam kaki ngan air garam di dalam baldi. Aku rendam tak lah sampai setengah jam.. Aisya beberapa kali nak kacau, dia nak celur tangannya dalam baldi tu. Em.. anak bertuah nie mamang suka dapat main air. Jadi.. aku wat dalam 15 minit jee...

Dalam tengahri nie.. kesihatan aku sudah semakin pulih.. mungkin tindakan cepat yangku buat semalam. Minum air 100 plus dan wat rendaman kaki.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment