Sama-sama kita kongsi ilmu

Masa lapang yang ada, aku cukup suka melayari internet dengan mencari ilmu-ilmu yang berguna seperti motivasi perkembangan diri, ilmu-ilmu agama atau apa-apa saja yang berinformasi. Kekadang masa free waktu rehat, aku meminjam buku dari pepustakaan pejabat.

Aku nak share..lah skit berkenaan dengan Rahsia Wuduk Dari Sudut Kesihatan. 

Apa itu wuduk?
Kenapa kita perlu wuduk?
Tak boleh ke.. klu kita solat tidak berwuduk?

Adakah anak-anak anda bertanya soalan seperti di atas? Em.. bila dijawab, ada saja soalan lain yang ditanya? Tak pernah puas dengan jawapan diberi sehinggalah ada bukti yang jelas bagi penerimaan akal mereka.

Dari bacaan yang saya perolehi, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Bangsa cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi inin dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Berdasarkan ilmu perubatan china, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Manakala 5 lagi kawasan terletak antara buku lali dan lutut, ia kawasan yang disunatkan berwuduk.

Subhanallah... dalam kita berwuduk itu rupa-rupanya mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.
Apabila seseorang menyentuh mukanya semasa wuduk, ia dapat merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pitutari dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Dengan berkumur pula semasa berwuduk bertujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makana yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi). Mengikut Malaysia Healthcare Guide, antara cara yang terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan atau paling kurang berkumur mulut.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment