Sesiapa Minat Jeruk Kobis (kimci)

Balik raya hari itu, adik ipar MA ada sebut pasal kimci. Itupun bila aku tengok ada sos sotong ke.. sos ikan kat dapur.. MA tanyalah.. apa resepi yang dia buat.. rupa-rupanya hendak buat kimci.

MA adalah tengok cerita korea, macam Marry Me Marry.. dia buat kimci dan makan ngan maggi, ngan bubur... em.. macam sedap jee.. MA rasa masa duduk ngan kak long dulu, kalau buat asam pedas ikan mesti letak kobis jeruk beli dekat pasar. MA memang ratah macam tu je kobis jeruk yang sudah dimasak asam pedas. Em.. memang menjilat jari.. rasanya masam-masam skit. Klu macam tulah rasa kimci tu memang terbaikk.. memang selera MA.


Inilah rupa kobis jeruk


Pagi nie google resepi kimci. Sesiapa yang berminat bolehlah cuba...

Cara Membuat Kimci

1.   Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.

2.   Potong bahagian atas kobis berbentuk dan koyakkan sahaja menjadi 4 bahagian.

3.   Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.

4.   Taburkan garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air tetapi jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.

5.   Bilas kobis dengan dicelup-celup dalam air sebanyak 3 kali. Toskan airnya sehingga kering.

6.   Sementara itu, buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan ini ke dalam besen.

      - 1 cawan serbuk lada merah
      - Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan iaitu
        2 sudu besar soso ikan
        2 sudu besar gula
        1 sudu besar bawang putig tumbuk
        1 sudu kecil halia tumbuk
        4 batang daun bawang

7.   Lumur sos pada setiap helaian kobis sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.

8.   Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggamkan sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun.

9.   Selepas itu simpan dalam bekas.

10. Ia boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimci dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Ia boleh tahan sehingga berbulan-bulan.

  
     




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment