Flower Boy Ramen Shop (Ramyun Shop)

Ha... nielah yang MA layan masa cuti 3 hari tempohari. CDnya beli dah lama, masa cuti raya lalu. Beli kat kampung di Johor. Memang murah CD cetak r..... nie. Hehe.. Bukan tidak mahu meningkatkan industri filem kita... MAHUUU... dan.. MA pun tak salah aper, CD yang MA beli nie pun cerita korea. Jadi, takdelah hendak meningkatkan industri Negara Korea kannn..

Layan punya layan.. memang best ceritanya..

Ringkasan pada cerita nie :

Yeng Eun Bi merupakan mahasiswa perguruan tinggi yang sedang berusaha untuk menjadi guru sekolah menengah dengan mengikuti ujian pegawai negeri. Secara tidak sengaja dia bertemu dengan Cha Chi Soo (Jung Il Woo), dan Eun Bi dibuat terpesona oleh Cha Chi Soo dengan rayuan dan ketampanannya.

Di ceritakan Cha Chi Soo merupakan anak dari orang kaya yang baru kembali ke Korea dari Amerika, dia sedikit sombong, angkuh dan cukup tampan. Yee Eun Bi dan Cha Chi Soo akhirnya bekerja sama di sebuah Kedai Ramen milik Choi Kang Hyuk (Lee Ki Woo).












Jung Il Woo sebagai Cha Chi Soo seorang bujang yang tampan dan mampu memikat para wanita hanya dengan sekali tatapan mautnya, kenyitan matanya dan senyum rayuannya. Dia anak dari konglomerat grup Cha Sung yang mempunyai sifat angkuh dan cukup egois. Dia dipaksa untuk bekerja dengan gadis yang tidak disukainya di kedai ramen. Namun semua itu berubah dan diam-diam Cha Chi Soo jatuh cinta pada Yang Eun Bi.


Dalam cerita ini Choi Kang Hyuk mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan ayahnya Yang Eun Bi, bahkan ayahnya diam-diam berniat menjodohkan putrinya Yang Eun Bi dengan Choi Kang Hyuk tanpa sepengetahuan Yang Eun Bi. Atas kepercayaan daripada ayah Yang Eun Bi,  Choi Kang Hyuk dipercayakan untuk mengurus kedai ramen. Ayah Eun Bi berwasiat pada Kang Hyuk untuk menjaga Eun Bi dan mengambil alih kedai ramen tersebut. Oleh sebab itu, setelah kepergian ayah Yang Eun Bi, Kang Hyuk menganggap Eun Bi adalah isterinya.




Yeng Eun Bi diceritakan dengan masa lalunya ia pernah patah hati dengan pakwe pertamanya yang amat dicintainya. Ada hal yang menarik di cerita drama Flower boy ramyun shop, iaitu saat Eun Bi  dekat dengan pakwe yang membuat hatinya berdebar-debar Eun Bi selalu merasa mendengar suara lonceng, salah satunya adalah Cha Chi Soo. Eun Bi mengumpulkan semua keberanian di tangannya dan dengan penuh keyakinan dia datang dengan tak segan-segan mengajak Cha Chi Soo bercinta, namun sungguh kasihan apabila tahu perbezaan umur diantara mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment