Kek Cawan Pisang






Santapan kek cawan pisang ini MA buat selepas balik kerja pada 2 hari yang lalu. Tak sempat nak masuk post blog nie.. hehe..

Resepinya:

Bahan-bahan 

· 250gm mentega/marjerin (MA guna buttercup)
· 3/4 cawan gula caster
· 2 cawan tepung naik sendiri
· 5 biji telur gred A
· 1 cawan pisang yg dilecek
· 1/2 sudu teh soda bikarbonat
· 1 sudu teh esen vanila
· sedikit chocolate chip dan badan cincang

(Resepi ini ukuran dalam loyang tapi MA ganti buat ke kek cawan)

Cara-cara

1.    Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
2.    Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
3.    Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
4.    Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
5.    Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
6.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
7.    Masukkan coklat chip dan gaul  sebati.
8.    Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam  dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.






MA suka makan kek nie panas-panas. Sedap sangat. Baru lepas bakar terasa kerak-kerak tepi kek yang garing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment