Menangi Susu Dumex Dugro

Em.. beberapa hari yang lepas MA ada dapat call dr no yang tidak dikenali. Bila hendak angkat jee.. aduis.. tak sempat pula. Jadi.. tungu.. punya tunggu.. terus tiada.

Namun, on the way ke kampung haritu MA ada beritahu PA akan terimanya panggilan .... dan PA terus kata itu panggilan dari Dumex Dugro. Oh.. ye.. bru MA teringat yang PA ada main game di facebook Dumex Dugro.





Rupanya nama MA ada sangkut di minggu ke 4. Nama PA pula tersenarai di minggu ke 5. Alhamdulillah...

Pastu MA trus cal pihak Dugro untuk persetujuan penerimaan hadiah susu. Pihak Dugro akan pos ke rumah. Jadi kami akan terima 4 pek susu Dugro Fruit & Veg dan 4 pek susu Dugro Multi Grains.

Game ini masih berlangsung. Sesiapa yang berminat hendak mendapatkan susu percuma atau mengisi masa terluang bolehlah melayari facebook Dumex Dugro.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebaikan Vitamin C

VITAMIN C atau juga dikenali dengan nama asid askorbik ialah nutrien bersifat larut air dan diperlukan tubuh bagi pertumbuhan sihat. Tanpa vitamin ini, pelbagai masalah kesihatan boleh muncul dan mengancam imuniti badan.

Berikutan sifatnya yang larut air, vitamin C perlu diambil setiap hari dalam jumlah yang sesuai bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Ini kerana kekurangan nutrien itu dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan penyakit skurvi yang menyumbang kepada pendarahan gusi, pendarahan di bawah lapisan kulit serta keletihan melampau.

Sumber vitamin C datang daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya zat berkenaan termasuk brokoli, strawberi, oren, jus limau, betik, kailan dan kubis.

Kebaikan vitamin C pada kesihatan tidak dapat disangkal dan ia bukan saja menyumbang kepada meningkatkan pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit biasa, malah diperlukan bagi pengeluaran kolagen iaitu struktur utama protein yang ditemui dalam tisu penghubung.

Dos sesuai vitamin C yang diambil setiap hari mampu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, selain meningkatkan keupayaan tubuh untuk memperbaiki luka dengan lebih pantas.

Seiring dengan meningkatkan imuniti tubuh, vitamin C juga mampu melawan jangkitan bakteria, virus dan penyakit berjangkit, selain mempunyai sifat antihistamin yang berkesan dalam mengurangkan ketidakselesaan yang wujud akibat selesema biasa termasuk radang, hidung tersumbat dan lenguh badan.

Vitamin C juga ialah antioksidan yang berkesan dan mempunyai kuasa yang besar dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksida pada tubuh.

Tekanan berkenaan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti aterosklerosis yang menyumbang kepada penyakit jantung dan serangan angin ahmar serta mempunyai kaitan dengan pelbagai jenis kanser seperti paru-paru, mulut, tekak, kolon, perut dan esofogus.

Kebaikan vitamin C tidak terhenti di situ, sebaliknya ia mampu meningkatkan semula bekalan vitamin E yang juga antioksidan penting untuk tubuh.

Pengambilan vitamin C secara teratur dan dalam dos yang dicadangkan pakar kesihatan juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit darah tinggi serta masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular.

Zat penting itu mampu memastikan pembukaan sempurna salur darah yang boleh menghalang masalah aterosklerosis, kolesterol tinggi, kerosakan jantung dan kesakitan dada akibat kekurangan darah yang dipam pada jantung.

Vitamin C juga mampu mengurangkan kandungan plumbum dalam darah secara mendadak terutama pada kanak-kanak yang hidup di kawasan bandar. Ini kerana kajian mendapati toksik plumbum mampu menyumbang kepada masalah sikap dan pertumbuhan seperti rendah IQ dan lemah pembelajaran yang mungkin disebabkan kerosakan pada buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, mata juga memerlukan vitamin C untuk berfungsi pada tahap optimum dan kekurangan vitamin C boleh menyumbang kepada risiko katarak yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Selain daripada diet makanan, vitamin C boleh diambil dalam bentuk makanan tambahan bagi memberi dos yang cukup untuk mengekalkan kesihatan diri.

Kesimpulannya, vitamin C mampu memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh dan kekurangannya menyebabkan kesihatan terganggu, terutama pada zaman di mana semua orang sibuk dan terkejar-kejar menyiapkan segala tugas hingga terlupa untuk mengambil makanan seimbang, begitu juga kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur atau buah.


Oleh Faizatul Farlin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertunangan Adik Ipar

Pada hujung minggu lepas, MA balik kampung belah suami di Pontian. Adik ipar MA bertunang dengan pilihan hatinya. Em.. kalau masuk hujung tahun nie memang banyak pun majlis tunang, kahwin sana dan sini. Adik ipar MA nie bertunang dengan orang yang sedaerah dengannya juga. Ha.. yang bestnya bila kahwin nanti, kalau duduk diperantauan abila balik kampung jee boleh pi kedua-dua umah.. takde gaduh-gaduh.

Keylah.. MA hendak cerita melalui gambar jee..


Pihak lelaki datang dalam pukul 3.15 petang. Masa nie MA kat dapur. Kata PA adalah berpantun bagai.



Ini pulak jejaka-jejaka yang mengangkat dulang hantaran bagi pihak lelaki.



Acara menyarung cincin pertunangan oleh ibu pihak lelaki.



Masa lepas sarung cincin, adalah drama yang dibuat oleh anakku. Aisya tidak mahu orang lain mengambil gambar dengan makciknya. Apa lagi melalak sudahnya. MA dari dapur masa ini terpaksa mencernihkan keadaan.



Lastnya adik ipar terpaksa memujuknya juga.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita: Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal

BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama




Em.. MA dulu dari kecil sehingga besar memang cukup-cukup menunggunya depan kaca tv  untuk mengetahui bila jatuhnya tarikh bermulanya bulan puasa dan tarikh hari raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS