Bersantai Dengan A-Bike

Balik dari kerja semalam, PA berhasrat hendak berbasikal di sekitar apartment rumah. MA cadangkan untuk pergi ke kawasan Presint 5 berdekatan Hotel Pullman. Bolehlah MA ikut dan bawa Aisya sekali. Lama dah tidak ke sana. MA teringin ingin melihat pantai replika mini yang terletak di pesisir Tasik Putrajaya.


Sampai di kawasan tasik, masa hendak keluarkan basikal Aisya tengok-tengok rantai basikalnya longgar lak. Nasiblah PA ada bawa peralatan yang mencukupi. Kalau tidak meraunglah si kenit nie tak dapat berbasikal dengan PA nya.








Masa turun ke jeti tasik, kelihatan motorbot control berlegar-legar di kawasan tasik. Memang bunyi bising tapi best sangat.








Berdekatan jeti seberang itulah orang yang sedang main motorbot control itu.





Pastu, PA membawa MA pergi ke mini pantai. Masa nie MA jalan kaki jee.. anak beranak tu tinggalkan MA. Diaorang pejut je dengan basikal memasing. His..his.. memang tidak adil. Nanti MA tuntut nak basikal juga.








Memang cantik sekitar kawasan nie. Disinilah letaknya mini pantai tu. Nampak tidak.. ha.. pasir tu.. Disini kita boleh bentangkan tikar sambil bersantai melihat panoroma kawasan sekitar. Hendak bersandar di pokok kepala pun boleh sambil membaca buku. Kalau sesiapa ada anak bolehlah membawa mereka mandi di bibir pantai tu.













Segmen promote jap... inilah rupanya A-Bike yang boleh dilipat. Cukup kemas dan mudah dibawa kemana-mana. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi PA @ Azahar di talian 018-3725576.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mann Haron said...

Masih available lagi kah item a-bike ni???

Post a Comment