Permohonan Belajar Bagi Lepasan SPM

Sudah hampir sebulan rasanya keputusan SPM/STPM bagi tahun 2013 keluar. Kesibukan mengambil result di sana sini kita dengar masa itu. Ada yang mendapat keputusan yang cemerlang dan mengembirakan namun ada juga yang mengecewakan.

Seorang anak sedara MA adalah seorang bekas pelajar SPM tahun 2013 dari SMK Agama Segamat, Johor. Alhamdulillah.. lulus dengan cemerlang dengan 10A 1B.

Pagi tadi baru dapat panggilan dari sis MA di kampung. MA panggil ia Kak Long. Anaknyalah yang dapat result yang cemerlang tu. Mahu minta pertolongan untuk cal pihak UPU. Katanya mahu membuat permohonan belajar ke Timur Tengah (Mesir, Jordan & Maghribi). Tawaran ini baru dibuka pada 1 April 2014 dan akan ditutup pada 16 Mei 2014. Apa-apa maklumat bagi sesiapa yang berminat boleh lihat di app.moe.gov.my

Ok.. pasal sis MA tadi, bila MA call ke UPU di talian 03-8870 6767, adalah seorang mamat nie angkat. Dalam hati MA.. senang pula dapat. Tadi sis MA kata susah hendak call. Tu.. lah.. niat menolong ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah.. 

Masalah anak sedara MA nie dia tersalah masukkan emailnya bagi permohonan tersebut. Jadi.. permohonan tersangkut. Buat permohonan baru tidak boleh sebabnya sudah register no. kad pengenalannya. Hanya boleh membuat sekali permohonan saja melalui no. kad pengenalan yang sama. 

Melalui panggilan MA ke pihak UPU tu, ia memberitahu bagi permohonan universiti ke luar negara memang pihak UPU yang menguruskan dan tarikh permohonan universiti dalam negara telah ditutup masa nie. Jadi apa-apa pengemaskinian tidak boleh dibuat lagi. Tapi.. untuk permohonan ke luar negara dan mempunyai permasalah yang mahu ditanya boleh hubungi di talian 03-8870 6000 dan minta operator sambungkan ke Bahagian Pendidikan Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment