Hari pertama di pra sekolah

Salam Kasih Sayang...

Berapa hari tak update.... sebenarnya excited hendak cerita hari pertama Aisya di pra sekolah. Pertamanya MA hendak panjatkan kesyukuran kerana Aisya diberi peluang untuk masuk ke Pra sekolah ini. Syukur sangat-sangat. Ada juga teman MA tak dapat... sedih gak... ada pulak yang dapat... tolak.. sebab anaknya sudah biasa dengan tempat private... ikutlah pendapat masing-masing..

Tidak dinafikan... kos anak-anak di tempat belajar macam tadika swasta.... huh... boleh tahan bayarannya. Mengalahkan anak nak masuk U. Mana duit pendaftaran lagi... duit buku lagi... duit untuk nak konvo nya lagi.. tapi... ibu bapa tiada pilihan. Di samping mencari pendidikan terbaik untuk anak... yang utamanya.. anak ada tempat yang selamat untuk dijaga, merangkap tempat asuhan.

Meh.. layan gambar Aisya di pra sekolah semalam.


MA & PA melihat dari tingkap. Em.. senang hati tengok Aisya, ia boleh sesuaikan diri.

 
 
Keluar dari kelas untuk pergi ke bilik makan.


Sebelum itu kena beratur dulu ye.. haha.. ia ambil barisan paling belakang masa ini.


Malu-malu nak berselfie konon-konon.

Nampak sanggul jee dari belakang. Macamana lak boleh diapit dengan lelaki masa sedang makan.. Masa ini sedang makan honeystar dengan susu.





Kawan-kawan lain sudah habis makan.. nie dia boleh tambah lagi. Lapor bebeno rupanya.






Anakku Aisya..
Bermula langkahmu ke sekolah kini,
Mudahlah hatimu dan akal fikiran mencari, menimba dan  menerima ilmu yang dipelajari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment