Ayu Sekali Anak Gadis Mama

Hari minggu lalu seharian jee di rumah. Mama buat tugasan tuk Aisya. Jadi model tudung mama. Takde kerjalah tu. Ha.. ha.. tajuk atas.. tuu ku tulis anak gadis yee.. hehe.. Aisya kan dah besar nanti bergelar gadis plak.. ayu sekali kalau dipanggil gadiskan... (macam lagu... GADISKU... SERING MEWANGI... lala.. lala.. ku lupa lirik seterusnya.. tapi lagunya beshh.. sekali). 


                                                                    Waktu pagi

                                     Sedang membelek rantai mutiara.. khusyuk sekali.


Masa nie ada iklan kat tv. Tak berkelip matanye biler tengok iklan.


Waktu petang

Membebel-bebel mulutnye. Aper yang dikata.. mama tak faham.
Tudung Aisya pakai nie fesyen pi bersiar-siar. 


                                                   Pose macam gini yee ma.. ok tak !!




                                                                   Waktu malam


                           Nie fesyen ala-ala pi kebun or sawah padi.. Mama pakai lilit jee..


                               Mama ambil gambar Aisya pegang rambu-rambu tudung lak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peraduan Slogan TNB-HM

Kenapa dalam entry aku yang lepas aku selitkan tentang tip penjimatan elektrik yek.. Itulah cara-cara yang boleh kita praktikkan untuk mengurangkan bil elektrik rumah kita.  Aku dapatkan artikel tu bukannya aper. He.. he.. masa tu sedang bersemangat untuk masuk pertandingan anjuran TNB-HM. iaitu tslogan tentang penjimatan elektrik. Huh.. beberapa hari aku dan hubbyku berhempas pulas mencari idea dan kata-kata menarik yang dapatku masukkan dalam slogan mengenai penjimatan elektrik. Rasa-rasa macam leh menang kali nie.. he.. he.. perasan lak. Keyakinan mesti kena ader, baru leh menangkan!! Pertandingan nie dah masuk siri kedua. Siri pertama tempohari aku tak tahu buat ayat dalam bentuk slogan. Aper lagi.. hentam keromo.. lah aku tulis. Janji, maksudnya sampai. Naik tergelak bila Harian Metro siarkan pemenang. Aku beritahu hubby, dia ingat aku tau mengenai rahsia penjimatan elektrik tu buat dalam bentuk slogan. 

Tu yang dalam siri kedua nie.. aku cuba memerah otak lebih skit. Ada 4 penyertaan yang aku hantar. 3 atas namaku dan satu laie aku letak nama hubbyku. Harap.. sangat leh menang hadiah RM3000 tu. Moga-moga tuhan makbulkan. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekitar Konvo UiTM

Cuti pada hari Ahad, aku mengikuti hubby pi majlis konvokesyen UiTM . adik iparku ,Zetty terima ijazahnya. banyak benda menarik yang berlaku pada hari tu... Sebelum berangkat di sana.. aku terpaksa menanti hubby dan Aisya yang belum bangun dari tidur. Perkemas aper yang patut dan sediakan bekalan untuk Aisya. Selain bekalan pampers, susu, air panas, baju seluar dan yang apling-paling penting makanannya. Sekarang nie selera Aisya em.. menjadi-jadi. Suaplah aper saja kat mulutnya. Sure.. tak tolak punya. Aku ader standby biskut dan roti buatnya.

 

Dalam pukul 11.45 pagi, aku dan hubby berangkat ke Shah Alam. Kakak ipar dan Abang iparku telah pergi dahulu membawa mak mertua dan bapa mertuaku. Diaorang bertolak dari Puchong. Dalam perjalanan hubby calling2 Abang iparnya.. masalah negara lak.. biler tiba sana nak cari tempat parking. Pintu utama tak boleh masuk coz kena ader sticker.. pintu belakang klu masuk kena parking tepi dan naik bas pulak. Jadi hubby pi kawasan hotel sebelah UiTM. Kenalah aku mendukung Aisya untuk naik tangga tinggi menuju bangunan menara UiTM. Fuh.. dah lah musim panas.. memang panas jee badan aku.. mengendong lagi Aisya. Memang menguji kesabaranku..

Layan jee lah yee gambar nie...

Tengok kat belakang tu, banyak gerai jual bunga siap teddy bear laie.. Best sangat. Belon pun ader mamat tu jual. hehe..


Pengiring Aisya. Seorang putra payung ngan dayang-dayang. Kat kiri kanan lorong nie penuh ngan gambar-gambar.


Masa nie lak Aisya gatal telinga. Selalu benar telinga dia gatal. Papa tenung macam nak join sama jee.. kui..kui..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip Jimatkan Elektrik

Umum


Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.1


Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 – 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.


Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.


Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian – anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.


Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.


Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.


Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.


Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.

Pencahayaan, Komputer dan Skrin TV


Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman . Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa.


Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu.


Gunakan lampu meja di mana pencahayaan anyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik.


Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop).
Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk


Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.


Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.


Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.


Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.

Dapur, tandas, bilik


Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.


Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.


Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.


Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga.


Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.


Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.


Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lepak Dalam Pelampung Besar



Gambar yang diambil nie.. kira-kira bulan lepas punya.. masa tu blog nie tak jadi laie.. Masa nie duk umah jee tak buat aper2. Banyak melayan kerenah manja Aisya + ala-ala comeinye.


Mama hendak buat kerja rumah.. em.. jadi hendak mudahkan kerja letakkan Aisya dalam pelampung besonya. Rasa selamat sikit bila ia berada dalam pelampung tu.


Papa Wan ader kata, klu putrajaya banjir senang ler.. ader pelampung beso, boleh satu family masuk sekali.. Niat beli bukan aper.. boleh ia bergerak bebas skit dalam tu.. mainan pun bole letak banyak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

First Day

Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga aku mempunyai laman blog keluarga ini. Dari hari ke hari.. (tunggu.. tunggu.. klu tak buat tak jadi juga) aku menggunakan cebisan masa-masa yang ader untuk memulakan blog nie. Itu pun atas bantuan hubby.. Thank u abang/papa.. Serasa blog nie ibarat bayi yang baru lahirlah kiranya. Insya-Allah.. penambah baikan akan dibuat sedikit demi sedikit. Hanya masa yang akan mencorakkan ia..


Sebenarnya.. hasrat menulis blog nie lebih ku tujukan buat babyku.. Aisya. Inilah salah satu cara untukku ceritakan perkembangan dirinya dari hari ke hari, bulan ke bulan dan akan menjadi tahun demi tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS