Makluman ini lah yang terpanggil untuk MA membuat tabung Sedekah Subuh untuk keluarga kami.
MAU KAYA? MAU TENANG? MAU BAHAGIA? JOM SEDEKAH SUBUH
Kaya, Tenang & Bahagia Dengan Sedekah Subuh
Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb.
sedekah subuh ini telah lama kami (saya dan group saya laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
jom....JANJI ALLAH BENAR....jangan lupa menghantar testimoni anda dalam fb ini selepas anda melakukannya, tuliskan ya...agar semua orang dapat berkongsi kebahagiaan anda dan dapat menjadi ilmu kepada orang lain dan amalan hendaknya...supaya kita dapat pahala yang mengalir....
sekian, jom selamat mencuba... - MAHAWA PILUS
Caranya:
- Sediakan satu bekas. Tuliskan di atas kertas / atau labelkan pada bekas SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
- Laksanakan solat Subuh dahulu.
- Pegang duit yang ingin disedekahkan.
- Niatkan apa sahaja keinginan / hajat anda. Jangan lupa untuk akhirat anda juga.
- Masukkan duit anda dalam bekas tersebut. Tidak kisah berapa nilainya janji ikhlas. Cuba kekalkan niat ketika sedekah.
- Hasil sedekah tersebut bolehlah anda buat makan-makan, tidak kira untuk fakir miskin ke atau mereka yang memerlukan. Boleh juga sedekah pada waqaf, jariah dan sebagainya.
Ini tabung SEDEKAH SUBUH yang MA buat.
Semoga Allah SWT meluaskan rezeki kami sekeluarga. Amin.
0 comments:
Post a Comment