Ayu Sekali Anak Gadis Mama

Hari minggu lalu seharian jee di rumah. Mama buat tugasan tuk Aisya. Jadi model tudung mama. Takde kerjalah tu. Ha.. ha.. tajuk atas.. tuu ku tulis anak gadis yee.. hehe.. Aisya kan dah besar nanti bergelar gadis plak.. ayu sekali kalau dipanggil gadiskan... (macam lagu... GADISKU... SERING MEWANGI... lala.. lala.. ku lupa lirik seterusnya.. tapi lagunya beshh.. sekali). 


                                                                    Waktu pagi

                                     Sedang membelek rantai mutiara.. khusyuk sekali.


Masa nie ada iklan kat tv. Tak berkelip matanye biler tengok iklan.


Waktu petang

Membebel-bebel mulutnye. Aper yang dikata.. mama tak faham.
Tudung Aisya pakai nie fesyen pi bersiar-siar. 


                                                   Pose macam gini yee ma.. ok tak !!




                                                                   Waktu malam


                           Nie fesyen ala-ala pi kebun or sawah padi.. Mama pakai lilit jee..


                               Mama ambil gambar Aisya pegang rambu-rambu tudung lak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peraduan Slogan TNB-HM

Kenapa dalam entry aku yang lepas aku selitkan tentang tip penjimatan elektrik yek.. Itulah cara-cara yang boleh kita praktikkan untuk mengurangkan bil elektrik rumah kita.  Aku dapatkan artikel tu bukannya aper. He.. he.. masa tu sedang bersemangat untuk masuk pertandingan anjuran TNB-HM. iaitu tslogan tentang penjimatan elektrik. Huh.. beberapa hari aku dan hubbyku berhempas pulas mencari idea dan kata-kata menarik yang dapatku masukkan dalam slogan mengenai penjimatan elektrik. Rasa-rasa macam leh menang kali nie.. he.. he.. perasan lak. Keyakinan mesti kena ader, baru leh menangkan!! Pertandingan nie dah masuk siri kedua. Siri pertama tempohari aku tak tahu buat ayat dalam bentuk slogan. Aper lagi.. hentam keromo.. lah aku tulis. Janji, maksudnya sampai. Naik tergelak bila Harian Metro siarkan pemenang. Aku beritahu hubby, dia ingat aku tau mengenai rahsia penjimatan elektrik tu buat dalam bentuk slogan. 

Tu yang dalam siri kedua nie.. aku cuba memerah otak lebih skit. Ada 4 penyertaan yang aku hantar. 3 atas namaku dan satu laie aku letak nama hubbyku. Harap.. sangat leh menang hadiah RM3000 tu. Moga-moga tuhan makbulkan. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekitar Konvo UiTM

Cuti pada hari Ahad, aku mengikuti hubby pi majlis konvokesyen UiTM . adik iparku ,Zetty terima ijazahnya. banyak benda menarik yang berlaku pada hari tu... Sebelum berangkat di sana.. aku terpaksa menanti hubby dan Aisya yang belum bangun dari tidur. Perkemas aper yang patut dan sediakan bekalan untuk Aisya. Selain bekalan pampers, susu, air panas, baju seluar dan yang apling-paling penting makanannya. Sekarang nie selera Aisya em.. menjadi-jadi. Suaplah aper saja kat mulutnya. Sure.. tak tolak punya. Aku ader standby biskut dan roti buatnya.

 

Dalam pukul 11.45 pagi, aku dan hubby berangkat ke Shah Alam. Kakak ipar dan Abang iparku telah pergi dahulu membawa mak mertua dan bapa mertuaku. Diaorang bertolak dari Puchong. Dalam perjalanan hubby calling2 Abang iparnya.. masalah negara lak.. biler tiba sana nak cari tempat parking. Pintu utama tak boleh masuk coz kena ader sticker.. pintu belakang klu masuk kena parking tepi dan naik bas pulak. Jadi hubby pi kawasan hotel sebelah UiTM. Kenalah aku mendukung Aisya untuk naik tangga tinggi menuju bangunan menara UiTM. Fuh.. dah lah musim panas.. memang panas jee badan aku.. mengendong lagi Aisya. Memang menguji kesabaranku..

Layan jee lah yee gambar nie...

Tengok kat belakang tu, banyak gerai jual bunga siap teddy bear laie.. Best sangat. Belon pun ader mamat tu jual. hehe..


Pengiring Aisya. Seorang putra payung ngan dayang-dayang. Kat kiri kanan lorong nie penuh ngan gambar-gambar.


Masa nie lak Aisya gatal telinga. Selalu benar telinga dia gatal. Papa tenung macam nak join sama jee.. kui..kui..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS