Mini Pizza Sardin

Cuti Sabtu 2 minggu lepas, aku kat umah jee seharian.
Masa tu pas solat Subuh bangun terus tak tido balik.. tengok-tengok stok roti ader banyak laie.
Tengok tarikh.. em... tak luput laie.
Mula lah kepala memikir menu yang sesuai.
Hah.. tengok stok sardin dalam tin dan mayonis pun ader


 Aku suka tabur cheese lebih-lebih skit.








 
Inilah dia Mini Pizza yang boleh siap di makan. Yummy.. Yummy..


Cheese yang dah cair dan melekat pada roti. Makan panas-panas memang sedap.


Resepinya:
Roti yang telah dibakar dan disapu marjerin
Marjerin
1 biji bawang besar
1 tin sardin (sederhana)
4 sudu besar Mayonis
parutan keju Chedar
Jus Lemon
Lada
Garam

Cara Menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C
2. Campurkan semua bahan diatas kecuali keju dalam mangkuk.
3. Ratakan ke atas roti bakar. Taburkan keju.
4. Letakkan mini pizza di atas aluminium dan masukkan dalam oven dalam 5 minit. Agak-agak keju cair.
5. Boleh terus di hidangkan masa masih panas.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biler Aisya Jadi Chef

Inilah keadaan biler aku kasi Aisya senduk dan sudip.. Hehe.. ada bakat tak jadi chef biler beso nanti pangganti Chef Wan. Nie nak chiter skit pasal Chef Wan nie. Aku memang minat sekali kat nie. Biler tengok ia masak kat tv dan celotehnya tentang petua-petua masakan.. fuhh.. rasa sedap jee masakan yang disediakan. Kerana minatnya dalam bidang masakan, ia sanggup meninggalkan bidang perakaunan untuk menjadi tukang masak yang pro. Cuba tengok dia masak.. sentiasa ceria dan senyum jee.. kan. Secara teorinya.. jika kita dalam keadaan gembira dan ceria waktu masak.. makanan yang dimasak akan jadi lebih enak.. Betul kee..

Key.. chite balik pasal Aisya nie.. Aku kasi dia sayur bayam sekali.. Tengok ler aper yang dia buat..


Pertama sekali nak main masak-masak kena ader benda yang nak di masak.. Hari nie.. Sya nak test masak sayur bayam.. Hehe.. Mama selalu letak sayur bayam nie kat bubur Aisya.. Tak pun mama masuk dalam sup campur Sya.



Mama tak kasi Sya kuali.. beso sangat mama kata n berat. Jadi mama kasi tapis biru jee.. ala... masak main-main jee kan. Nie sayue kena kasi gaul ye.. Kacau dan kacau lagi.. guna sudip dan senduk..



Ketang-ketung bunyi sudip berlaga kat lantai masa nie.. Aku layan jee Aisya buat apapun. Janji dia senang hati.



Amacam... ada kee orang masak macam nie. Hancur layu ler sayur bayam mama Sya oi...





Itulah sesi memasak bersama Aisya.. nanti dah besar skit klu Aisya nak tolong mama kat dapur, mama tak halang. Biar Aisya pandai serba serbi. Nanti bolehlah mama ajar Aisya wat biskut, kek n apa2 sajer yang mama tau. Klu Aisya lebih terror dari mama pun.. mama tak kisah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti Balik Kerja

Pas parking jee keta kat bangunan blok umah.. cam biasa nak pi ambil Aisya di umah Kak Ina. Hubbyku dah tunggu kat tepi pintu. Mukanya macam tak sabo.. nak berkata sesuatu.... On the way ke umah Kak Ina di tingkat 1 Blok E.

Papa : Ma, Abg tak beli Harian Metro laie... kita pi Presint 15.
Mama : Em.. Pi Alamanda jee lah.. Ingat td mama nak ajak Papa n bawa adik pi kedai R13 jee.. dah macam tu, leh mama pi Carefour. Ader skit laie barang nak beli.
Papa : Abah call, kena balik Pontian.. urgent. Minggu nie Papa balik sana ler.. ngan Etty sekali.
Mama : Mama ok jee.. beso pun mama apply cuti.

Pas ambil Aisya.. trus ngan keta Hyundai pi Alamanda. Masuk jee Carefour.. aku trus pi cari barang yang dah set kat kepala nie.. dari td. Aku ambil kobis, udang, kicap cap kipas udang, sayur sawi dan telur. Stok makanan kena cukup. Al-maklumlah.. biler papa takde kat umah hujung minggu, mama memang malas keluar rumah biler berdua jee ngan Aisya.

Mama ader ingatkan papa untuk beli bateri 3A. Ader mainan bubble yang mama beli kelmarin. Tak test laie coz bateri takde.. Hehe.. papa leh la main dengan Aisya jap laie sementara mama memasak..

Nie lah yang anak beranak buat masa mama tengah memasak...

Sampai terpejam mata Aisya tengok bubble terbang

Kih.. Kih.. Memerhati Papa tiup bubble

Cuba kejar bubble yang berterbangan


Dapat pun... Sampai terteleng-teleng kepala Aisya nak capai bubble tuu.. hehe..

 
Berebut ngan Papa nak dapatkan alat bubble

Banyaknye bubble... Masa nie jangan cakap ler.. tikar umah jadi melekit coz air sabun banyak tumpah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laksanakan Tanggungjawab

Sudah beberapa hari aku tidak mengupdate blog nie.. Selama cuti 2 hari, Sabtu dan Ahad.. ada kesempatan yang bersisa.. tapi.. bila pepagi pas subuh jee bangun.. dah menjengah ke dapur, menyediakan keperluan untuk sarapan, mengasingkan baju antara aku, hubby n Aisya.. (Aisya punya diasing dengan basuhan lain, tidak dicampur sekali coz menggunakan sabun berlainan), mengemas, menyediakan makan tengahari, melayan Aisya.. melipat baju dari ampaian.. masa nie lah boleh berehat sambil malayan cerita di tv. Ader kerajinan, aku bersedia mengoreng apa yang patut untuk santapan waktu petang. Em... begitulah aktiviti tiap-tiap hari minggu.. jika tidak ke mana-mana. Semua adalah tanggungjawab.. selesa dan gembira laksanakannya bila suami pun menolong sama. Paling tidak, menjaga anak yang masih memerlukan perhatian.

Dalam kesempatan waktu Aisya tidur, dapatlah aku membaca satu artikel dari internet.. tak salah tajuknya berbunyi Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri. Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kolam Renang Bukit Jalil

Petang td dalam kul 3.15 petang, hubby, aku dan Aisya ke kolam renang di Bukit Jalil. Pada hari minggu begini kakak ipar dan abg iparku memang bawa anaknye ke kelas renang. Hari nie.. kami join diaorang sekali. Dari semalam sebenarnya nak bawa Aisya ke kolam di presint 16 pada waktu pagi.. tp... Aisya lajak tido jee.. Di presint 16 kolam dibuka selama 2 jam bagi sesi pagi dari pukul 9 ke 11 pagi.

 Yang pakai baju warna biru tu.. anak sedara hubbyku






 Aisya baru jee masuk dalam kolam. Mama malas nak tukar baju. Jadinye papa yang kena kawalnya dalam air.












 Syok cuci badan dalam bilik air.


 Tengok mata Aisya.. dalam kepenatan.


 Aku nak zoom kat kain rentang warna hitam tu sebenarnya.    Nama agensi yang mengajar kelas renang.


 Kumpulan nie.. dari aku sampai sampailah nak balik tak sudah-sudah laie. Diaorg bukan berenang pun... main air jee lebihnye.. Lontar air sana sini sesama mereka. Buat sakit mata aku je.. hih..


Kolam nie kedalamannya 3 meter. Em.. aku tengok-tengok memang dalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehadiranmu Begitu Bermakna (Bhg. 1)

Em... masa nie aku kesorangan melayan Lappy nie.. Aisya tido.. papanye pun menjadi peneman Aisya.. Hehe.. tido gak. Mataku mengantuk td... tapi.. malasku melayan nafsu mata. Better aku melayan FB dan tulis entry 

Sudah beberapa hari sampailah ke hari nie... banyak yang aku perhatikan segala perkataan yang dilatakan oleh Aisya. Alhamdulillah.. kebanyakan suara yang dilontarkan terang dan nyata. Kiranya, aku n hubby bole faham beberapa perkataan yang dikata. Tapi... biasalah.. bahasa jepun.. thailand n tah aper-aper lagi tu... memang sah kuar.

Perkataan yang telah disebut / Perbuatan yang dibuat :

Papa
Mama
Kakak
Mamam - (maksudnya makan)
Nak - (maksudnya hendak)
Meh n sambil tunjuk tangan - (maksudnya kena ikut dia aderlah sesuatu yang dia nak)
Gi ne - (Nak pergi mana)

Klu dengar azan dia letakkan tangan kat mulut suruh senyap.. sambil kata shut.. shut.. memang comel sekali.
Sudah tahu barang mama coz semalam aku letak sarung kemera dalam beg. Ader seorang kakak nie dia letakkan kemera yang mempunyai sarung yang sama denganku. Beberapa kali dia tengok jee... n kata mama.. mama.. aku tak perasan mulanya.. tapi.. dia tengok lagi sarung kemera atas meja tu.. n sebut mama.. mama.. baru aku perasan yang sarung aku dan kakak tu sama. Aku pun keluarkan kemeraku yang ada dalam beg, dan tunjukkan padanya kemeraku.. kakak tu pun keluarkan kemera dari sarungnya. Cuma... warna kemera yang lain. Aisya perhatikan lama n trus senyum. Pas aku simpan.. dia takde buat bising laie. Hihi.. anak mama memang bijak. Yelah.. kemera tukan yang aku selalu ambil gambarnye...

Jalannya sudah semakin laju sekarang. Yang betul2 ia dapat jalan dalam 4 hari ini.

Gambar Aisya selepas sejam lahir



                                                               
Gambar sekarang setahun sebulan 
                                     


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pi Majlis Penerimaan Hadiah

Akukan ader beritahu hari tu.. yang pada 11 Februari 2011 akan pergi ke majlis penerimaan hadiah bagi Kecekapan Tenaga TNB-HM. Lupa kee... Bab-bab terima hadiah nie memang aku tak pernah lupa. Pepagi aku pergi kerja cam biasa. Isi borang keluar opis untuk petangnya agar dapat pelepasan dari bosku. Tengahari sampai jee kat umah.. aku bersiap-siap apa yang patut.. Menu tengahari aku tapau jee dari cafe ofis. Aku beli 2 bungkus bihun sup dan sebungkus mee kari. Siap semua bekalan untuk Aisya, aku kena ambil Aisya kat umah pengasuh. uda kecil nie mesti kena bawa.. kang aku balik lambat dari sana.. kesian pengasuhnya. Lagi pun.. Aisya mesti tengok kejayaan mamanya terima hadiah untu peraduan ni. Hehe.. berkat berjaga malam .. aku dapat ilham untuk mereka slogan tersebut.

Dalam pukul 1.45 bertolak dari umah untuk ke Bangsar. Em.. jalan jem. Masa tu.. aku harap dapat sampai ke destinasi pada masanya.

Sampai di tempat yang dituju dalam kul 3.00 petang.. Masa tu.. aku trus bawa Aisya naik ke dewan yang ditetapkan di tingkat 5. Hubby kena cari parking. beberapa kali pusing katanya.. semua penuh. Kesian dia..

Inilah gambar-gambar sekitar majlis.


























Cek yang diterima. RM500. Bagi pemenang saguhati.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS