Menangi Susu Dumex Dugro

Em.. beberapa hari yang lepas MA ada dapat call dr no yang tidak dikenali. Bila hendak angkat jee.. aduis.. tak sempat pula. Jadi.. tungu.. punya tunggu.. terus tiada.

Namun, on the way ke kampung haritu MA ada beritahu PA akan terimanya panggilan .... dan PA terus kata itu panggilan dari Dumex Dugro. Oh.. ye.. bru MA teringat yang PA ada main game di facebook Dumex Dugro.





Rupanya nama MA ada sangkut di minggu ke 4. Nama PA pula tersenarai di minggu ke 5. Alhamdulillah...

Pastu MA trus cal pihak Dugro untuk persetujuan penerimaan hadiah susu. Pihak Dugro akan pos ke rumah. Jadi kami akan terima 4 pek susu Dugro Fruit & Veg dan 4 pek susu Dugro Multi Grains.

Game ini masih berlangsung. Sesiapa yang berminat hendak mendapatkan susu percuma atau mengisi masa terluang bolehlah melayari facebook Dumex Dugro.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebaikan Vitamin C

VITAMIN C atau juga dikenali dengan nama asid askorbik ialah nutrien bersifat larut air dan diperlukan tubuh bagi pertumbuhan sihat. Tanpa vitamin ini, pelbagai masalah kesihatan boleh muncul dan mengancam imuniti badan.

Berikutan sifatnya yang larut air, vitamin C perlu diambil setiap hari dalam jumlah yang sesuai bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Ini kerana kekurangan nutrien itu dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan penyakit skurvi yang menyumbang kepada pendarahan gusi, pendarahan di bawah lapisan kulit serta keletihan melampau.

Sumber vitamin C datang daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya zat berkenaan termasuk brokoli, strawberi, oren, jus limau, betik, kailan dan kubis.

Kebaikan vitamin C pada kesihatan tidak dapat disangkal dan ia bukan saja menyumbang kepada meningkatkan pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit biasa, malah diperlukan bagi pengeluaran kolagen iaitu struktur utama protein yang ditemui dalam tisu penghubung.

Dos sesuai vitamin C yang diambil setiap hari mampu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, selain meningkatkan keupayaan tubuh untuk memperbaiki luka dengan lebih pantas.

Seiring dengan meningkatkan imuniti tubuh, vitamin C juga mampu melawan jangkitan bakteria, virus dan penyakit berjangkit, selain mempunyai sifat antihistamin yang berkesan dalam mengurangkan ketidakselesaan yang wujud akibat selesema biasa termasuk radang, hidung tersumbat dan lenguh badan.

Vitamin C juga ialah antioksidan yang berkesan dan mempunyai kuasa yang besar dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksida pada tubuh.

Tekanan berkenaan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti aterosklerosis yang menyumbang kepada penyakit jantung dan serangan angin ahmar serta mempunyai kaitan dengan pelbagai jenis kanser seperti paru-paru, mulut, tekak, kolon, perut dan esofogus.

Kebaikan vitamin C tidak terhenti di situ, sebaliknya ia mampu meningkatkan semula bekalan vitamin E yang juga antioksidan penting untuk tubuh.

Pengambilan vitamin C secara teratur dan dalam dos yang dicadangkan pakar kesihatan juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit darah tinggi serta masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular.

Zat penting itu mampu memastikan pembukaan sempurna salur darah yang boleh menghalang masalah aterosklerosis, kolesterol tinggi, kerosakan jantung dan kesakitan dada akibat kekurangan darah yang dipam pada jantung.

Vitamin C juga mampu mengurangkan kandungan plumbum dalam darah secara mendadak terutama pada kanak-kanak yang hidup di kawasan bandar. Ini kerana kajian mendapati toksik plumbum mampu menyumbang kepada masalah sikap dan pertumbuhan seperti rendah IQ dan lemah pembelajaran yang mungkin disebabkan kerosakan pada buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, mata juga memerlukan vitamin C untuk berfungsi pada tahap optimum dan kekurangan vitamin C boleh menyumbang kepada risiko katarak yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Selain daripada diet makanan, vitamin C boleh diambil dalam bentuk makanan tambahan bagi memberi dos yang cukup untuk mengekalkan kesihatan diri.

Kesimpulannya, vitamin C mampu memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh dan kekurangannya menyebabkan kesihatan terganggu, terutama pada zaman di mana semua orang sibuk dan terkejar-kejar menyiapkan segala tugas hingga terlupa untuk mengambil makanan seimbang, begitu juga kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur atau buah.


Oleh Faizatul Farlin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertunangan Adik Ipar

Pada hujung minggu lepas, MA balik kampung belah suami di Pontian. Adik ipar MA bertunang dengan pilihan hatinya. Em.. kalau masuk hujung tahun nie memang banyak pun majlis tunang, kahwin sana dan sini. Adik ipar MA nie bertunang dengan orang yang sedaerah dengannya juga. Ha.. yang bestnya bila kahwin nanti, kalau duduk diperantauan abila balik kampung jee boleh pi kedua-dua umah.. takde gaduh-gaduh.

Keylah.. MA hendak cerita melalui gambar jee..


Pihak lelaki datang dalam pukul 3.15 petang. Masa nie MA kat dapur. Kata PA adalah berpantun bagai.



Ini pulak jejaka-jejaka yang mengangkat dulang hantaran bagi pihak lelaki.



Acara menyarung cincin pertunangan oleh ibu pihak lelaki.



Masa lepas sarung cincin, adalah drama yang dibuat oleh anakku. Aisya tidak mahu orang lain mengambil gambar dengan makciknya. Apa lagi melalak sudahnya. MA dari dapur masa ini terpaksa mencernihkan keadaan.



Lastnya adik ipar terpaksa memujuknya juga.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita: Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal

BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama




Em.. MA dulu dari kecil sehingga besar memang cukup-cukup menunggunya depan kaca tv  untuk mengetahui bila jatuhnya tarikh bermulanya bulan puasa dan tarikh hari raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peraduan Nestle Dunia Ceria

MA ada beli pek susu Nespray pada minggu lepas. Masa beli kat Mydan tu ia berada dalam plastik dan  beserta dengan botol air sekali.

Selain itu dalam plastik tu ada sekali borang peraduan mewarna. Hah.. memang beshlah kalau ada sesiapa anak yang berumur 7 hingga 12 tahun.





Apa-apa maklumat boleh dapatkan di webside nestle.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16.11.12 Bersamaan 2 Muharram

Apa ada pada tarikh hari ini?






Merupakan tarikh penting bagi orang-orang yang MA sayang. Berkongsi hari yang sama tetapi tarikh yang berlainan.

Selamat Hari Lahir sayangku, Azahar (16 November) dan Selamat Hari Lahir Aisya Umaira (2 Muharram).




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanginya...

Kat opis sekarang nie sedang kemaruk dengan wangian. MA pun tidak terkecuali. Yelah... siapa tidak mahu kalau sentiasa wangi setiap masa walau. Sedap je bila orang hendak dekat dengan kita. Diri pun akan rasa lebih berkeyakinan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Group Treasure Hunt

Nie jelah gambar yang sempat diambil sewaktu treasure hunt Sabtu lalu. Kul 6.30 pagi geng MA, Nora dan Ila telah sampai awal mengambil tempat dahulu. Em.. klu ikutkan kereta kami dalam kedudukan no.2 tapi disebabkan Perbendaharaan Sabah rasanya menggunakan kereta pejabat, jadi diletakkan ia pada kedudukan pertama dan kereta kumpulan kami teranjak dalam kedudukan no.3.






Pengalaman sewantu treasure hunt nie memang best. Walaupun penat dan macam tak cukup masa, tapi cukup menguji akal, minda dan kesabaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banyaknya aktiviti Sabtu nie

Em.. baru MA terperasan yang Hari PKK di Presnit 16. Bila MA tengok balik jadual aktivitinya... Aduis... rupanya 3 November, hari esok juga rupanya. MA merancang hendak bawa Aisya tengok pertunjukan Upin & Ipin waktu petang.

MA awal pagi esok dah bergerak untuk pertandingan treasure hunt sempena Hari Inovasi tu. Klu habis pun segala bagai kul 2.00 petang gak. Malam pula sambung untuk perbarisan kawad kaki bagi pembukaan Sukan kementerian Kewangan. Macamana tu... memang kepenatan yang melampaulah klu hendak pergi Hari PKK tu..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Inovasi Kementerian Kewangan

Sempena Hari Inovasi 2012 ini, banyak aktiviti yang akan diadakan bermula esok.



** Hari Sabtu nanti, pagi MA sibuk ngan treasure hunt pastu malam sibuk pula dengan perbarisan. Em.. yang bestnya, group tresure hunt nie baru decide petang semalam dan terus telefon pihak penganjur.. saja-saja untuk tanya ada kekosongan lagi untuk sertai. Tapi, rezeki masih berpihak dan tertubuh team yang last minute.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pameran dan Jualan Produk ICT & Inovasi

Berlangsungnya pameran dan jualan produk ICT di opis MA. Em... MA tak sempat lagi menjengah pameran tersebut. Em... Pagi-pagi lagi sibuk training kawad kaki, pastu sambung wat kerja dalam opis, masuk tengahari pula dapat panggilan pula untuk ambil barangan percuma (topi, t-shirt, set sweater dan beg)bagi Perbarisan Kementerian Kewangan pada Sabtu malam minggu ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

World Walking Day By Nestle

Ini MA dapat dari webside Nestle pagi nie.





Untuk menyertainya kita boleh register melalui sms





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima Hadiah Dari Kleenex

Alhamdullillah.. akhirnya dapat tebus juga hadiah daripada Kleenex. Walaupun menang saguhati tapi.. MA tetap bersyukur. Hadiah ini melalui contest seperti entry MA sebelum nie..



Tisu dekat rumah MA memang sudah stok yang terakhir.. sebab tahu akan menerima hadiah dari Kleenex ini MA tidaklah membeli stok tersebut. Alhamdulillah... jimat sedikit. Selain itu voucher RM50 dari Giant tu bolehlah MA beli barang keperluan dapur nanti.





Kelmarin terima surat pula atas kemenangan dalam peraduan Majalah Intrend bagi bulan November 2011. Lamakan.. resultnya baru terima sekarang. Walau bagaimanapun... bersyukur sesangat. Hadiah tidaklah beribu riban tapi ia menaikkan semangat MA untuk terus bercontest.


Hari ini PA kata hendak tebus hadiah dari Majalah Intrend ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengasah Bakat Dengan Berpantun

Kepada teman-teman yang berminat dan berhasrat mencungkil bakat dalam pantun, bolehlah mencuba menguji diri dalam Seyembara e-pantun yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya bersama GAPENA dan DBP.





Selain itu, pada yang berminat dalam penulisan cerpen pula, boleh baca syarat-syarat seperti di bawah ini.




Kenangan: Teringat sewaktu zaman sekolah dulu, pernah memasuki pertandingan menulis cerpen, bersyair dan menulis puisi untuk majalah sekolah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus InDesign CS4

Hari nie masuk hari kedua MA berkursus di BPTM, Kementerian Kewangan. Lama sudah tidak memerah otak belajar design nie.. pening gak kepala.



Inilah antara latihan yang dibuat sewaktu kursus ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sertailah contest cocopie





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thumbprint

Pernah tidak kalian mengalami pecah-pecah pada ibu jari atau jari-jari yang lain. Itulah yang MA alami sejak setahun yang lalu. Selalunya di pejabat selain kena punch card, staf kena thumbprint juga. Tapi.. MA selama nie hanya boleh punch card. Ibu jari MA memang ada problem sedikit.

Asalnya ia sebab kalah daripada penggunaan sabun. Pastu ditambah lagi kena benda panas coz MA kalau memasak ada kekebalan sikit... kononlah... kalau pegang kuali atau periuk guna kain yang nipis jee.. Sebab tidak rasa panas sangatkan.. tapi lepas tu sendiri je kulit tangan jadi kering dan mengelupas. Jadinya.. rosaklah urat-urat pada jari.

Pernah buat kad pengenalan baru hari tu pun tidak dapat siap dalam masa satu hari. Sebab masalah dalam thump print MA dapat kad pengenalan dalam masa sebulan. Kesian kan..

Hari nie, MA baru buat semula thump print. Tapi kali nie tidak guna ibu jari, MA guna jari telunjuk kiri dan kanan.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelbagai Rencah Dalam Masakan.. Begitu Juga Hidup Kita



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saling Berpesan Antara Kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUDGET 2013 - DARI BERNAMA II

KUALA LUMPUR: Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2013.
 
"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata, caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUDGET 2013 - DARI BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, yang keempat bagi beliau sebagai Menteri Kewangan.

Berpakaian baju Melayu berwarna hijau lengkap bersamping, Najib mula membentangkan Belanjawan, bertema "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" pada 4 petang, dan ia disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio dan televisyen utama.
Dengan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja, rakyat Malaysia teruja untuk mengetahui apakah berita baik untuk mereka dalam Belanjawan kali ini berikutan kebimbangan mereka terhadap punca pendapatan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Rakyat mengharapkan kerajaan akan menangani isu-isu berkenaan dan pada masa yang sama memastikan keadaan ekonomi negara kekal kukuh berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Menjelang pembentangan Belanjawan hari ini, pakar ekonomi, ahli politik serta rakyat biasa dan setiap lapisan masyarakat telah menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang Najib patut masukkan di dalam Belanjawan.

Najib menulis dalam blog beliau bahawa Belanjawan ini disediakan selepas mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat.

"Terima kasih atas input anda , ini benar-benar mewakili sesuatu yang disuarakan oleh rakyat, untuk rakyat – dan saya berharap semua lapisan rakyat Malaysia dapat melihatnya daripada isu-isu yang ditangani," tulis beliau.

Belanjawan ini akan dibahaskan dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula 24 September dan akan berakhir pada 27 November.

Belanjawan ini juga adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan berikutan mandat kerajaan akan tamat pada 28 April, 2013.

Najib boleh memohon membubarkan Parlimen pada bila-bila masa antara sekarang dan akhir April. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budget 2013 - Tuntutan Cuepacs Bagi 1.4 Juta Kakitangan Awam

Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang ini.



Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan.

Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembentangan Belanjawan 2013

Dalam pukul 4 nanti akan start pembentangan belanjawan 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Hari Jumaat memang selalu dipilih untuk pembentangan belanjawan kerana menghormati Jumaat sebagai penghulu segala hari.




Apakah intipati yang akan dibentangkan? Kita tunggu....


(MA dengar dari corong siaraya opis jee).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambaran Syurga dan Neraka


Bagian terakhir dari kehidupan akhirat adalah syurga dan neraka. Syurga adalah tempat yang digambarkan tersangat indah dan penuh dengan segala keperluan, yang disediakan bagi orang-orang yang banyak berbuat kebajikan. Sedangkan neraka adalah tempat yang digambarkan sangat mengerikan untuk orang-orang yang banyak berbuat dosa dan kejahatan.

Di manakah kedua-dua tempat itu berada? Sampai sejauh ini, kebanyakan kita tidak memperoleh kesimpulan yang cukup memadai untuk menggambarkan syurga. Padahal sebenarnya Al-Qur'an memberikan keterangan yang cukup banyak tentang kedua-duanya. Jika kita mencermatinya, Insya Allah kita bisa memperoleh gambaran yang cukup baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima Surat.....

Dua hari lepas juga ada terima dari Karangkaf.







Kalau jadi petang nie MA hendak tuntut hadiah. Sambil tu hendak menyelesaikan beberapa perkara. Kena ambil Aisya awal juga coz hendak buat gambar pasportnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Cawan Pisang






Santapan kek cawan pisang ini MA buat selepas balik kerja pada 2 hari yang lalu. Tak sempat nak masuk post blog nie.. hehe..

Resepinya:

Bahan-bahan 

· 250gm mentega/marjerin (MA guna buttercup)
· 3/4 cawan gula caster
· 2 cawan tepung naik sendiri
· 5 biji telur gred A
· 1 cawan pisang yg dilecek
· 1/2 sudu teh soda bikarbonat
· 1 sudu teh esen vanila
· sedikit chocolate chip dan badan cincang

(Resepi ini ukuran dalam loyang tapi MA ganti buat ke kek cawan)

Cara-cara

1.    Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
2.    Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
3.    Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
4.    Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
5.    Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
6.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
7.    Masukkan coklat chip dan gaul  sebati.
8.    Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam  dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.






MA suka makan kek nie panas-panas. Sedap sangat. Baru lepas bakar terasa kerak-kerak tepi kek yang garing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Sejahtera.. Salam Hari Khamis..


Semoga kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam dan bertambah baik untuk hari seterusnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beristirehat di Hotel Pullman

Napa.. caya tidak kalau MA dapat masuk dalam Pullman. Lepas saja balik dari kolam di Presint 6 kami terus masuk kawasan Pullman pula.  







Kawasan hotel luas sangat sampai kami berlegar-legar untuk mencari arah bilik.













Cak... MA bergambar dari bilik air



Ini pula bergambar dalam bilik air



PA khusyuk membaca buku



Ada menara jam di ruang legar hotel ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS