Aisya Semakin Kuat Minum Susu

Sekarang nie PA dan MA peruntukan untuk susu Aisya 5 ke 6 bungkus sebulan. Aisya masuk umur setahun je, kami telah menukar susu Aisya dari Anmum kepada Dutch Lady. Jadi, sudah setahun Aisya menjadi teman setia Dutch Lady. 

Dalam tempoh sebulan dua ni, bahan buangan kecil pun semakin banyak. Kalau sebum tidur dalam pukul sepulun MA sudah tukarkan pampers, dalam pukul 3 pagi.. PA akan tukarkan lagi sekali. Apa kes.. klu bawa sampai ke pagi?? Em..habis lencun seluar dan bajunya. MA kurang gemar klu tembus sampai ke alas tilam + tilam sekali. Siaplah tambahan kerja menjemur tilam dan membasuh cadarnya pula keesokan harinya.

Pengasuhnya cakap, Aisya klu kencing macam orang besar dah.. banyak!!. Mana taknya. Sekali minum susu mesti sampai 8 or 9 oz. Klu malam sebelum tidur, 2 botol dia habiskan selang masa sejam. Pastu air kosong lagi sebotol. 

Layan yee.. gambar Aisya jadi model susu. Sekarang nie ada pertandingan Jadi Bijak Jadi Terkenal oleh Dutch Lady. Ia bermula 1 Disember 2011 dan berakhir 15 Januari 2012. Sesiapa yang rajin dan berminat menceritakan perkembangan anaknya, hantarlah penyertaan sebelum terlambat.

 Cukup gembira bila MA suruh dia bergambar dengan pek susu Dutch Lady.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kaedah fonetik memudahkan anak membaca

Aku cukup teruju membaca di cikguhaidi.wordpress.com. Anaknya Siti yang baru berusia 5 tahun namun telah dapat membaca dengan lancar dalam bahasa Melayu bahkan sudah pandai menulis ayat-ayat pendek dengan baik dengan Bacalah Anakku dan ReadEasy.

Memang begitulah hakikatnya bagi kanak-kanak yang telah diajar membaca menggunakan kaedah fonetik, iaitu membaca dengan menyebut dan menggabungkan bunyi-bunyi huruf, bukan sahaja dapat membaca dalam bahasa Malaysia tetapi juga dapat membaca dalam bahasa Inggeris.

Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah mengeja, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah suku kata , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa Malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan Inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh anak-anak kita apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula?

Oleh itu ibu bapa yang bijak, seperti ibu Siti,telah memilih menggunakan Bacalah Anakku dan ReadEasy yang disusun menggunakan kaedah fonetik. Kata pepatah, bijak dahulu bijak sekarang. Hal ini demikian kerana melalui kaedah fonetik yang menekankan penguasaan bunyi-bunyi huruf, kanak-kanak dapat menguasai dua bahasa – iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.

Mengapakah begitu? Mudah sahaja. Terdapat 21 bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf tertentu dalam bahasa pertuturan adalah sama dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia! Sebagai contoh, kanak-kanak yang membaca perkataan ‘selipar’ dalam bahasa Malaysia dengan mudah dapat membaca perkataan ‘slip’ dalam bahasa Inggeris kerana bunyi bagi huruf ‘s’ ‘l’ ‘i’ dan ‘p’ adalah sama dalam kedua-dua bahasa.

Jadi tidak hairanlah jika Siti terus dapat membaca buku cepat membaca bahasa Inggeris ReadEasy dengan senang. Ibu bapa hanya perlu memperkenalkan beberapa bunyi asas yang berbeza dalam kedua-dua bahasa seperti ‘a’ ‘c’ ‘u’ ‘o’ dan seumpamanya sahaja. Oleh sebab kaedah membaca perkataan berdasarkan sistem fonetik hanya memerlukan kanak-kanak menggabung-gabungkan bunyi-bunyi huruf pada perkataan yang dibacanya. Justeru itu, kanak-kanak yang dapat menggabung bunyi-bunyi huruf dalam perkataan bahasa Malaysia apabila membaca dengan mudah sahaja dapat membaca perkataan bahasa Inggeris dengan kaedah yang sama.

Dengan itu, ibu bapa haruslah mengambil peluang ini supaya anak-anak kita hanya perlu belajar satu kaedah sahaja untuk belajar membaca tetapi dapat membaca dua bahasa sekaligus, iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris. Elakkanlah daripada menggunakan kaedah mengeja yang telah terbukti lambat dan mengelirukan atau kaedah suku kata yang membebankan memori anak-anak kerana kaedah ini tidak akan dapat membantu anak membaca dalam bahasa Inggeris.

Bagi kanak-kanak yang menggunakan bahasa Malaysia di rumah sebagai bahasa pertama, mengajar membaca dalam bahasa Malaysia mengikut kaedah fonetik haruslah didahulukan. Setelah mereka fasih membaca , ajarlah mereka membaca dalam bahasa Inggeris pula.

Anda akan pasti terpegun dengan memampuan mereka. Bagi kanak-kanak yang berbahasa Inggeris di rumahnya sebagai bahasa pertama, mengajar membaca bahasa Inggeris terlebih dahulu berdasarkan kaedah fonetik mungkin lebih menyenangkan. Tetapi mereka akan membaca dalam bahasa Malaysia dengan mudah nanti.

Oleh itu janganlah dilepaskan peluang ini. Pada usia kanak-kanak 4-5 tahunlah masa yang sesuai untuk diberikan kemahiran membaca. Dapatkanlah Bacalah Anakku dan ReadEasy sebagai dua siri yang paling serasi untuk belajar membaca kedua-dua bahasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tambah Lagi Koleksi Angry Bird

Anak MA memang pantang nampak watak Angry Bird di mana-mana sekarang. Walhal klu pi pasaraya dan nampak Angry Bird di beg, kasut, balon, baju.. dia pasti akan kata.. ma.. ma.. Ababet.. Cuba klu ada sepuluh kedai.. ha.. amikau... 10 kedai tu akan disinggahnya. Yang bagusnya Aisya, kalau tak belipun.. asal singgah dan dapat tunjuk MA apa yang dia nampak.. kira puas hati dia. Begitu rupanya perasaan budak-budak. Sebolehnya dia mahu memperlihatkan pada kita apa yang dia nampak..

Tempohari, pada hujung minggu PA bawa MA pi Uptown Danau Kota. Itu first time MA pi dan tempatnya memang besar. Memang rambang mata klu nak pilih barang. Semua best dan harga pun berpatutan.

Masa disini Aisya dapat pauu.. PA sesuatu...

 Apa tu...

..

..

..
Fridge Magnet Sekawan Angry Bird.



Aisya posing bersama Angry Bird.



Aisya budget cantik bersama Angry Bird nya.



Banyak koleksi nie dah tiada, ada yang telah dijual dan ada yang kasi sedara.



Beg nie masih lagi dalam simpanan MA. Beg lain-lain untuk Aisya masih banyak yang tidak dipakai..








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jemputan Makan Di Penghujung Tahun

Besday Aisya pada 18 Disember 2011 lalu. Disebabkan setiap minggu ada saja hal-hal yang tidak dapat dielakkan, jadi majlis kecil-kecilan di rumah dibuat pada 31 Disember 2011. MA ada jemput teman-teman dari opis, teman sewaktu di poly dan teman-teman lama PA.


Kad dilayangkan pada teman-teman rapat.



 Cenderamata yang diberikan pada tetamu.



Kek tema Angry Bird menjadi pilihan.





Sewaktu menanti tetamu datang.



Makanan yang disajikan.



Cara baru potong kek. Hehe.. Sibuk mulut Aisya menyebut Ababet... Ababet... Maksudnya Angry Bird.

 


Aisya bersama Nenek dan Ety. Kalau ikutkan pada tarikh 31 Disember nie adalah tarikh lahir nenek Aisya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru 2012

Hari nie sudah masuk 5 Januari 2012. Em.. masih tidak terlewat untuk MA mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua.

Rancangkan impian dan azam yang ingin dicapai pada tahun nie.

Sasarkan dari awal tahun agar ia tercapai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS