Di Petang Yang Dingin

Semalam tiada aktiviti yang hendak di buat. Jadi ajak PA pergi ke kolam Presint 9 di waktu petang.

Mula-mula turun kolam, berpimpin tangan. Kononnya takut-takutlah...


Pastu, bawa diri, tak layan orang yang mengekorinya. Dekat sini ramai sekali budak-budak. Kalau tak guidenya, takut-takut budak besar yang sedang syok mandi terlanggar Aisya. Ada yang main bola, ada yang melompat dan macam-macam aksi yang perlu kita berwaspada.


Masa nie, baru lepas membenamkan kepalanya dalam air. Adedeh.. kesian, mencari udara nak bernafas.


 Sudah berani berjalan seorang diri.


Pas bilas mandi di bilik air dan tukar baju, sambung main di taman permainan pula.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apabila Cuti Panjang

Sewaktu cuti panjang selama 4 hari yang lalu, MA dan Pa memang tidak merancang pulang ke kampung. Jadi banyak lepak di rumah untuk mengemas, melayan DVD Korea dan bila waktu petang melayan Aisya dengan aktiviti luar.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Jagung Oh.. Nasi Jagung..

Semalam petang lepas balik dari latihan futsal, walaupun keadaan kaki terasa sengal-sengal tapi MA terasa bersemangat hendak membuat nasi jagung. 

Buka drawer cari keperluan... em.. semuanya cukup seperti jagung dalam tin, susu cair, rempah ratus dan minyak sapi. Tapi.. bila hendak mula menumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam periuk elektrik... MA tak jadi hendak membuka minyak sapi. Sebab bila sudah buka, sayang pula tak guna kesemuanya. MA beli minyak sapi yang tin besar. Nanti banyak balance yang tinggal, jadi MA guna minyak zaitun je. 

Dalam masa 40 minit, sajian malan malam telah MA sediakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Kaki Mula Kejang...

Salam Jumaat buat semua.

Aduis.. bangun pagi tadi memang Istifar banyak-banyak. Cuma kurang beribu lemon jee.. Sudah lama tidak terasa kejang otot kaki seperti nie.. Masa zaman bujang dulu, penahlah kena masa memasuki kawat kaki untuk mewakili perbarisan Sukan Kementerian Kewangan. 

Pastu, bila sudah berkahwin dan dalam proses mengandung pernah rasai juga bila kandungan sudah mencecah ke 30 minggu. 

Tapi.. kali nie sebab dah lama tak exercise.. dan terus menjadi pemain express dalam futsal dalam bahagian. Aduis.. baru 2 hari berlatih.. tetapi yang hari semalam punya memang terasa pancit skit. 

Teman-teman yang menyertai pertandingan futsal di Gelanggang Futsal Galacy, Bangi pada pagi esok, berusaha main sebaik mungkin walaupun ada antaranya baru mengenali dunia futsal exp. MA sendiri. Hehe..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS