Sambung Story...

Ha.. dah mandi bru segar nak memasak. Bau badan pun wangi jee.. Aper lak merepek nie.. ha.. chiter td. Aku pun bersilat menguli tepung untuk wat donut. Nie lah ruper donut yang aku dah terap... Cari penerap donut.. tah, mana pi nye.. Masa nak guna masa tu ler menghilang... Takpe.. otak kena kreatif cari alternatif lain.. aku guna acuan goreng telur.



 Hi.. hi.. nie ruper donut yang telah dibentuk. Beso2 lubang yang aku buat.. Aku pk biler ia mengembang nanti lubangnye.. tak tertutup.



 Biler dah 1/2 jam aku biarkan.. donut ku terus mengembang.. Sudah sedia untuk digoreng..




 Donut yang telah siap di goreng dan digaul gula halus. Nie.. sudah boleh di NGAPP..


Dalam pada tu juga aku ader goreng bihun n rebus jagung.. Key tak menu aku waktu sarapan nie..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Nak Makan Pepagi Nie..

Pas bangun subuh td, aku tak tido balik. Em.. rasa badan macam ok jee.. tak penat sangat walaupun semalam seharian berjalan ke kl. Hubby n Aisya masih syok dilamun mimpi. Nie.. tengah memikir-mikir.. ape nak di buek sarapan pagi nie.. td... pas solat subuh, aku rancang nak wat donut. Nie tengah tunggu yisnye kembang.. Kang baru nak uli ngan tepung. Tapi.. macam nak wat makanan berat skit... aper yek.. dah rendam bihun.. kuarkan udang dari freezer. Walhal udang keras macam batu..

Kat umah nie.. adik iparku ngan kawannya dari kampung ader datang. Ader tamu takkan nak makan bodo-bodo jee kan..

Sementara menanti semua, aku kena buat plan lain... Kena mandi dulu.. pas beres semua aku crita balik.. Key.. mandi.. mandi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY Bersama Hubby

Projek aku n suami untuk menjadikan satu bilik dalam rumah menjadi bilik serbaguna. Ruang yang perlu akan diperluaskan dan barang-barang yang ader kat dalam bilik tu.. perlu di minimisekan.. Konsepnya campur-campur jee.. jadi bole jadi opis + ruang santai + port barang jualan + ruang berinternet.

Hubby ader beli almari 12 ruang untuk digunakan mengisi buku-buku ilmiah + novel + nota-nota berkaitan. Tapi.. almari tu perlu di pasang sendiri.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-Jalan Cari Makan

Hari Selasa malam lalu, aku ajak hubby makan luar jee. Terliur rasa tekak nie nak makan... CHAR KIEW TIAU. Tapi.. aku tak mo.. makan yang kat pasar punya tu. Klu tapau makan kat umah.. sure dah kureng sedap.. Kluu.. makan kat saner lak em.... tak sanggup aku menanti tiba masa nak makan. Orang ramai.. kurang privacy nak makan.. lagi-lagi ngan Aisya ek.. ogg.. ek.. ogg..

Jadi... hubbyku tau kat maner tempat besh.. yang biasa kitaorang pi. Masa aku tengah pregnant dulu.. kerap gak ler pi sini. Sampai satu tahap aku jadi muak.. Itu dia MAMU CHAR KIEW TIAU. Lokasinya di Puchong Perdana. Jadi pas solat Maghrib.. bersiap-siap lah kami ke sana.


 Aisya sabo yee.. mama ader order sate untuk Aisya


 Cak.. sempat senyum tengok papa ambil gambernye


 Kiter minum dulu.. papa pekena teh tarik. Baju merah tu anak sedara hubbyku, duk sekali ngan kami. Mama order horlick.. tu gelas yang ader air warna putih tuu..


 Mamat yang wat Char Kiew Tiau tu boleh kira hansome gak. Patut ler sedapp.. Hehe..


 Tengok tu.. kuar api dah dalam kualinye.. Foyo.. besh tu.. jangan hangus dah ler..


 Dasyat.. pastu kuar banyak asap.. Hah.. klu macam nie kiranya dah nak siap.. Jap laie sampai ler.. Perut dah bekeroncong nie..


Dah sampai pun.. Aper laie aku makan dulu...
Jemput menjamu mata yee...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ye.. Ye.. Aku Berjaya

Aku ternanti-nanti gak keputusan peraduan slogan TNB-HM yang aku hantar pada hujung tahun 2010 lalu. Manalah tau tersenarai dari salah seorang pemenangnya. Tah ler.. peraduan kali nie aku memang betul-betul yakin 110%. Cewah..

Tapi.. memang tidak diragukan laie. Tempohari, pada 21hb. aku dapat panggilan dari pihak NSTP. Masa tu pukul 3.50pm. Dia beritahu, aku tersenarai dalam salah seorang pemenangnya dan minta butiran peribadi yang lengkap.

Masa tu hati aku.. gembiraaa.. tak dapat nak dikata.

Semalam.. aku terima email dari pihak berkenaan. Tengok kat bawah nie apa yang dikata.

Dari jarak jauh..

                           

Dekat sikit laie...



Dan... Lagi dekat


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aisya Dah Belajar Berenang

Hari minggu beberapa minggu lalu, aku dan hubby dah plan nak pi bawa Aisya gi kolam renang kat Presint 16. Dah lama merancang tapi tak jadi.. jadi jee. Tapi pagi tuu.. aku bangun awal. Buat sarapan dan kejut bucuk mama n daddynye. Waktu pagi, kolam renang tu buka 2 jam jee.. dari kul 9 pagi ke 11 pagi. Tapi.. pagi nie mama pi bawa Aisya masuk kolam cetek dulu. Rasanya, kat kolam cetek nie.. open memanjang. Takde limit.

 Ciannye dia.. muka masih blur laie.. pepagi lagi dah bangun.


Papa jadi driver sayang yee.. Aisya jadi co-pilot papa.
Mama duduk sit belakang.


 Mula-mula kasi rendam Aisya dulu. Tengok mukanye.. ada keyakinan walaupun baru first time masuk kolam.


 Mama letak Aisya atas pelampung lak. Kakinya dah pandai nak di gerak-gerak ke atas.


Aisya berhenti jap.. penat ler mama.


 Sejuknye... tapi besh..


Esok-esok mama n papa bawa Aisya laie yee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perangai Pelik Aisya

Em.. sekarang nie Aisya dah ader perangai baru... ha.. ha.. tah dari maner dia dapat aku tak tau. Rasanya masa aku pregnantkannye.. takdelah aku suka wat macam nie.. Layan gambar di bawah nie...



Aisya tarik baju papa ke atas, pastu cari lubang pusat.



Biler dah jumpa dia gelak-gelak dulu..  Tengok tu..jarinye mencengkam.
 

Dia masukkanye tangannya dalam lubang tu dan terus korek.



Masa nie ler papa menjerit.. Sakit wo.. aku dah kena.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru 2011

Tidak terlewat lagi yee untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru.. Hem.. Adakah azam lama telah tercapai? Bagaimana pula dengan azam baru 2011? Klu tanya aku.. em.. ader laie azam tahun-tahun lepas tidak tertunai. Bagiku.. azam tahun baru nie penting sesangat.. manakan tidak ia bagi aku semangat agar hari esok.. esok yang aku lalui tu lebih baik dari hari-hari sebelumnya.


Tapikan.. bagiku.. azam yang ingin dicapai tu perlu dengan usaha dan keazaman untuk laksanakan. Klu mengharap jee.. menunggu jee memang tak jalan.. Memang lah.. kehidupan kita nie telah tertulis di Lukh Mahfuz'.. itu memang benar, tapi Allah akan memberi pada orang yang berusaha.. Jadi, azamku yang tidak tercapai tu coz aku kurang usaha lah ye.. hehe.. paham-paham sendiri lah yee..


Antara azam ku tahun nie..


1. Berjaya dalam bisnes online yang sedang dibuat.


2. Membeli mesin jahit (dah dapat pun pada 1/1/11 jenama janome- terpakai dengan harga  RM150.00). Pasni leh jahit baju aku, baju Aisya, baju hubbyku, jahit langsir umah.. (memang leh jimat)


3. Melangsaikan pinjaman pelajaran dengan JPA


4. Pertambahkan RM dalam akaun simpanan, akaun semasa, akaun amanah


5. Lain-lain (hanya tercatat dalam diari simpananku)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Putrajaya Treasure Hunt 2011

Treasure Hunt datang laie. Kali nie dianjurkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya. Aku bersama rakan seopis iaitu Cik Era, Wani dan Kak Yan telah menerima cabaran ini.




Maklumat pertandingan seperti di bawah nie...

PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011 (PTH2010) adalah gabungan di antara “Amazing Race” dan “Treasure Hunt”. Para peserta akan mengharungi beberapa jenis cabaran di samping menyelesaikan soalan-soalan treasure hunt yang berbentuk teka-teki berdasarkan kepada panduan-panduan yang akan diberikan.

Tarikh : Sabtu, 15 Januari 2011
Lokasi : Putrajaya
Sesi Taklimat : Khamis, 13 Januari 2011
Masa & Tempat : 6.00 pm – Perbadanan Putrajaya
** Seorang peserta dari setiap pasukan wajib menghadiri sesi taklimat ini
** Lain-lain maklumat berkenaan acara ini akan diberitahu semasa sesi taklimat


SYARAT PENYERTAAN


Jumlah peserta untuk setiap pasukan mestilah tidak kurang dari tiga (3) dan tidak melebihi empat (4) orang. Pemandu setiap pasukan mestilah mempunyai Lesen memandu yang sah dan masih belum tamat tempoh.

YURAN PENYERTAAN


Yuran penyertaan sebanyak RM300.00 satu pasukan boleh dijelaskan melalui kaedah berikut :



i) INTERNET BANKING – BILL PAYMENT
Maybank - Maybank2u, Cimb - CimbClicks, Bank Islam - Bank Islam Online, Ambank - AmOnline
**  Isikan bahagian BILL ACC / ACC. NO dengan “TREASURE”
**  Cetak resit daripada website bank berkenaan dan fakskan bersama borang penyertaan


ii) DEPOSIT KE AKAUN BANK PPj ATAS NAMA PERBADANAN PUTRAJAYA
Bank : Maybank (Cawangan Putrajaya)
No Akaun : 566 010 601 600
Sila isikan Butiran Bayaran/ Reference dengan: PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011
** Sila depositkan bayaran di kaunter juruwang kerana butiran Bayaran/ Reference tidak terdapat di Mesin Deposit Tunai
**  Fakskan slip bayaran bersama borang penyertaan


iii) PEMBAYARAN DI KAUNTER BAYARAN, PUSAT KHIDMAT PELANGGAN PPj
Tunai/Cek/Draf Bank/Wang Pos/Kad Kredit dengan membawa bersama borang penyertaan.


Sila faks borang penyertaan bersama bukti/ slip bayaran ke nombor: 603-88875013.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kheirul Nazib Mahmud di nombor 014-7184908 atau email ke krollnazib@gmail.com.


Setiap peserta akan mendapat sehelai round neck T-shirt rasmi pertandingan, goodies bag dan jamuan ringan semasa acara pembentangan jawapan dan penyampaian hadiah.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10hb Januari 2011. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar lewat.


HAK PENGANJURAN


Pihak penganjur berhak untuk meminda tarikh atau membatalkan penganjuran acara di atas sebab-sebab yang dirasakan perlu. Dalam situasi tersebut, semua yuran penyertaan akan dikembalikan secara penuh.


HADIAH PERTANDINGAN


Hadiah wang tunai lebih dari RM20,000.00 menanti para pemenang disamping hadiah-hadiah sampingan dan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah istimewa untuk pasukan Novice terbaik juga akan disediakan. Hadiah utama pertandingan adalah seperti di bawah;


KEDUDUKAN HADIAH 


Juara RM5,000.00
Naib Juara RM4,000.00
Ke-Tiga RM3,000.00
Ke-Empat RM2,000.00
Ke-Lima RM1,000.00
Ke-Enam hingga ke-Sepuluh RM500.00

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulang Tahun Pertama Blog Sembang Hari2!


member-member papamamaclubhouse utk di tag:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS