Putrajaya Treasure Hunt 2011

Treasure Hunt datang laie. Kali nie dianjurkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya. Aku bersama rakan seopis iaitu Cik Era, Wani dan Kak Yan telah menerima cabaran ini.




Maklumat pertandingan seperti di bawah nie...

PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011 (PTH2010) adalah gabungan di antara “Amazing Race” dan “Treasure Hunt”. Para peserta akan mengharungi beberapa jenis cabaran di samping menyelesaikan soalan-soalan treasure hunt yang berbentuk teka-teki berdasarkan kepada panduan-panduan yang akan diberikan.

Tarikh : Sabtu, 15 Januari 2011
Lokasi : Putrajaya
Sesi Taklimat : Khamis, 13 Januari 2011
Masa & Tempat : 6.00 pm – Perbadanan Putrajaya
** Seorang peserta dari setiap pasukan wajib menghadiri sesi taklimat ini
** Lain-lain maklumat berkenaan acara ini akan diberitahu semasa sesi taklimat


SYARAT PENYERTAAN


Jumlah peserta untuk setiap pasukan mestilah tidak kurang dari tiga (3) dan tidak melebihi empat (4) orang. Pemandu setiap pasukan mestilah mempunyai Lesen memandu yang sah dan masih belum tamat tempoh.

YURAN PENYERTAAN


Yuran penyertaan sebanyak RM300.00 satu pasukan boleh dijelaskan melalui kaedah berikut :



i) INTERNET BANKING – BILL PAYMENT
Maybank - Maybank2u, Cimb - CimbClicks, Bank Islam - Bank Islam Online, Ambank - AmOnline
**  Isikan bahagian BILL ACC / ACC. NO dengan “TREASURE”
**  Cetak resit daripada website bank berkenaan dan fakskan bersama borang penyertaan


ii) DEPOSIT KE AKAUN BANK PPj ATAS NAMA PERBADANAN PUTRAJAYA
Bank : Maybank (Cawangan Putrajaya)
No Akaun : 566 010 601 600
Sila isikan Butiran Bayaran/ Reference dengan: PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011
** Sila depositkan bayaran di kaunter juruwang kerana butiran Bayaran/ Reference tidak terdapat di Mesin Deposit Tunai
**  Fakskan slip bayaran bersama borang penyertaan


iii) PEMBAYARAN DI KAUNTER BAYARAN, PUSAT KHIDMAT PELANGGAN PPj
Tunai/Cek/Draf Bank/Wang Pos/Kad Kredit dengan membawa bersama borang penyertaan.


Sila faks borang penyertaan bersama bukti/ slip bayaran ke nombor: 603-88875013.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kheirul Nazib Mahmud di nombor 014-7184908 atau email ke krollnazib@gmail.com.


Setiap peserta akan mendapat sehelai round neck T-shirt rasmi pertandingan, goodies bag dan jamuan ringan semasa acara pembentangan jawapan dan penyampaian hadiah.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10hb Januari 2011. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar lewat.


HAK PENGANJURAN


Pihak penganjur berhak untuk meminda tarikh atau membatalkan penganjuran acara di atas sebab-sebab yang dirasakan perlu. Dalam situasi tersebut, semua yuran penyertaan akan dikembalikan secara penuh.


HADIAH PERTANDINGAN


Hadiah wang tunai lebih dari RM20,000.00 menanti para pemenang disamping hadiah-hadiah sampingan dan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah istimewa untuk pasukan Novice terbaik juga akan disediakan. Hadiah utama pertandingan adalah seperti di bawah;


KEDUDUKAN HADIAH 


Juara RM5,000.00
Naib Juara RM4,000.00
Ke-Tiga RM3,000.00
Ke-Empat RM2,000.00
Ke-Lima RM1,000.00
Ke-Enam hingga ke-Sepuluh RM500.00

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment