Ke Mana Hilang Remote TV??

Setiap petang, apabila balik dari kerja mama akan buka TV dulu sebelum menguruskan lain-lain hal. Masa nie Aisya akan mencari portnye untuk menanti rancangan kesukaannya.

Namun, sejak dah ader pengemas licik kat umah nie... remote TV yang mahu dicari mesti tiada kat tempatnya. Macamana nak on TV klu tiada remote. Puas satu rumah mama geledah tapi tak jumpa. Mama mula-mula dulu geledah kat kawasan bawah meja mainan Aisya, tak pun dalam box mainanya, bawah tilam tempat port baringnya, bawah bantal dan dalam sarung bantal pun ada.

Tapi.. pas nie baik mama atau papa klu hilang remote.. jangan susah payah cari merata tempat. Ada satu tempat jee.. Aisya letak. Cantik jee... tersusun bersama remote video dan hset lama mama.





Alhamdulillah.. kecil-kecil lagi dah ada bakat mengemas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment