PA dah dua kali bawa MA pi makan kat sini.
Bila agaknya dapat pi lagikan. Em... sedap sekali. Restoran Wahab's.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
PA dah dua kali bawa MA pi makan kat sini.
Pagi nie MA mendapat tip berguna.
Kepada sesiapa yang mukanya banyak tumbuh jerawat, mungkin cara ini dapat membantu.
Yea.. Hot Air Balloon datang lagi ke Putrajaya dari 15hb hingga 18hb Mac 2012. Tahun nie masuk tahun yang keempat. Pagi-pagi lagi, nak pi kerja.. belon udara panas menari-nari di udara. Em.. best sangat. Kali nie ada nampak belon lain skit.. ada bentuk cake. Ha.. rupanya macam cake giant dah.
Sesiapa yang mahu menghabiskan masa cuti sekolah bersama anak-anak bolehlah membawa mereka ke Monumen Alaf Baru, Presint 2. Budak-budak memang excited tengok belon nie... walhal maknye punnn.
MA memang mengikuti tentang kes Dirang nie sejak kehilangannya pada 1 Mac 2012. Sewaktu cerita pertama dilaporkan dalam akhbar tempohari, MA mendoakan agar Dirang akan selamat pulang ke pangkuan ibunya. Harap sekali orang yang menculiknya itu ada belas ihsan.
Namun...pada 12hb lalu, pihak berkuasa telah mengesahkan yang Dirang telah dibunuh. Mayatnya dijumpai telah dibakar dalam satu lubang.. Aduis.. memang meyayat hati. Ada manusia yang sanggup membunuh + membakar manusia, apatah lagi insan kerdil yang tidak mengetahui apa-apa. Masalahnya, kes dendam kerana telah dihina dan dikeji. Tapi.. apalah kesalahan budak kecil berusia 5 tahun itu, bukan ia sepatutnya menjadi korban atas ketidakpuasan hati insan yang berhati binatang itu. Binatang pun pandai menyayangi anaknya.
Hari ini, orang jahat makin banyak kat Malaysia nie. Kalau berbanding dengan zaman dulu-dulu, pergi jalan ke mana sorang-sorang tak pernah rasa takut. Namun sekarang, tak taulah nak kata, nafsu jahat menguasai akal.
Seingat MA, masa kecil dulu.. umur macam Dirang tu MA dah pergi kedai sorang-sorang. Kayuh basikal beli jajan. Hehe.. Tapi.. kalau zaman sekarang nie, kalau anak MA da mula bersekolah pun, MA memang tak kasi anak MA untuk ke mana-mana seorang diri.
Jadi, pada ibu bapa diluar sana, jagalah anak kita sebaik mungkin. Semoga mereka berada dalam perlindungan selalu.
Cuti hujung minggu kali nie memang tidak ke mana-mana. Jadi, layan Aisya jee di rumah. Sekarang dah pandai meghias diri dan melawa. Klu nak wangi-wangi mesti minta losyen dari MA.
Jadi, kali nie Aisya dengan tekun menunggu MA inaikan tangannya.
MA dan kengkawan office tak bersedia nak ke PICC masa pengumuman tu.. yelah mestilah ramai orang dan jem. Jadi mendengar melalui radio je.
Daripada pengumuman tu MA merumuskan:
Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:
- Tarikh : 8 Mac 2012
- Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
- Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)