Cerita tentang Nurul Nadirah @ Dirang

MA memang mengikuti tentang kes Dirang nie sejak kehilangannya pada 1 Mac 2012. Sewaktu cerita pertama dilaporkan dalam akhbar tempohari, MA mendoakan agar Dirang akan selamat pulang ke pangkuan ibunya. Harap sekali orang yang menculiknya itu ada belas ihsan.

Namun...pada 12hb lalu, pihak berkuasa telah mengesahkan yang Dirang telah dibunuh. Mayatnya dijumpai telah dibakar dalam satu lubang.. Aduis.. memang meyayat hati. Ada manusia yang sanggup membunuh + membakar manusia, apatah lagi insan kerdil yang tidak mengetahui apa-apa. Masalahnya, kes dendam kerana telah dihina dan dikeji. Tapi.. apalah kesalahan budak kecil berusia 5 tahun itu, bukan ia sepatutnya menjadi korban atas ketidakpuasan hati insan yang berhati binatang itu. Binatang pun pandai menyayangi anaknya.

Hari ini, orang jahat makin banyak kat Malaysia nie. Kalau berbanding dengan zaman dulu-dulu, pergi jalan ke mana sorang-sorang tak pernah rasa takut. Namun sekarang, tak taulah nak kata, nafsu jahat menguasai akal.

Seingat MA, masa kecil dulu.. umur macam Dirang tu MA dah pergi kedai sorang-sorang. Kayuh basikal beli jajan. Hehe.. Tapi.. kalau zaman sekarang nie, kalau anak MA da mula bersekolah pun, MA memang tak kasi anak MA untuk ke mana-mana seorang diri.

Jadi, pada ibu bapa diluar sana, jagalah anak kita sebaik mungkin. Semoga mereka berada dalam perlindungan selalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment