Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Ramai di kalangan kita kalau hendak bangun pagi memang liatkan.. Lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh. Aduis.. termasuk MA juga. Yelah... kalau sudak tidur dalam waktu 12 malam ke atas, jawabnya masa nak azan Subuh tu.. baru terpisat-pisat bangun untuk mandi.

Tapi, rupa-rupanya banyak kelebihan tau.. kalau kita dapat bangun sebelum Subuh nie. Kalau kita tengok orang dulu-dulu pukul 4 pagi sudah bangun buat sembahyang Tahajjud pastu tidak tidur terus sampai ke Subuh. Ingatan dorang dan badan dorang cer tengok.. sihat jee kan sampai sekarang. Susah hendak dapat sakit. Macam kita nie.. sengal situlah, angin masuk kepala lah.. macam-macam.

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.


Antara kebaikan mandi sebelum Subuh iaitu


1. Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2. Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

3. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangi Tekanan dan Membuat Ketenangan

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment