Tarikh 14.04.14, huhu.. ada benda duka menghantui MA. Paginya ada potluck di pejabatkan.
Kejadian ini berlaku sewaktu tengahari. Masa tu.. MA macam rutin biasa ambil Aisya dari Genius Aulad dalam pukul 12.45 tengahari.
Sebelum pulang, MA tapau makanan untuk Aisya di kedai Darul Salam di bawah tadikanya. Masa itu, Aisya excited beritahu MA yang teacher sudah tukar book reading. Aisya sudah dapat buku baru, katanya.
Entah macam mana, tengahari ini jalan raya sibuk sangat. MA ambil jalan pintas untuk pulang ke rumah, Lama juga MA tunggu jalan clear, tapi memang hendak jadi agaknya... sewaktu MA membelok kereta ke jalan seberang, baru MA tersedar ada motor lalu. Tapi.. MA dah tiba ke tengah jalan, memang tidak sempat untuk MA hendak berundur.
Aduis.. tragedi April berlaku.. kereta merah yang banyak berjasa ini telah dicela.. Huhu..
Oh.. ye.. abang motor tu mengalami kecederaan ringan. Tapi..motornya memang terus sedikit.
Hingga ke hari ini kereta nie.. tidak dibaiki lagi. Tunggu duit gaji minggu depan jawabnya. Harap-harap sangat ada rezeki terpijak di kala ini.
Di sini MA ada mendapat maklumat dari blog lain. Cara-cara untuk mengelakkan kenderaan mengalami kemalangan. Ini sekadar ikhtiar saja. Dalam masa yang sama sewaktu membawa kenderaan kita mestilah berhati-hati dan jangan leka.
CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN
Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-
1. Sediakan air dalam satu bekas.
2.
Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah
Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3
kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.
3.
Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke
atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-
· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.
Apabila
anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak
akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal
kepada Allah.
** Note: Bagi yang
sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali
sahaja.