Karpal Singh Maut Nahas Jalan Raya

Sedang bersiap-siap pagi ini untuk ke pejabat, terkedu sebentar.. 
Terkedu.. bila dengar bab kemalangan. 
Al-maklumlah MA pun baru melaluinya pada awal minggu ini.

Paguam terkemuka dan merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor terlibat dalam kemalangan maut di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara Selatan berhampran Gua Tempurung, 
Perak di awal pagi kira-kira 1.30 pagi.
Turut terkorban adalah pembantu peribadinya iaitu Michael Cornandez.
Ia dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah.

Punca kemalangan ini disebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment