MA masih tak sihat

Dalam pukul 1.30 petang tadi MA pi Kinik Kesihatan Putrajaya Presint 9.
Dah tak tahan, 2 minggu batuk MA tidak reda.
Setiap malam kul 2 pagi mesti terjaga, batuk MA sampai terasa sakit satu badan.
Paling tak tahan sebab dah lama batuk berterusan terasa sakit bahagain dada bila batuk.
Macam-macam ubat dah makan, ubat batuk pun dah 2 botol dari klinik + 1 botol dari farmasi.
Petang semalam lepas balik kerja, MA rasa sakit satu badan. Masa tu.. hanya tuhan jee tahu.
Terpikir juga, macam begini ke bila nyawa kita dicabut...
Sebab tidak terlarat sangat-sangat MA call PA suruh tapau jee makanan. Hajat hati memang nak masak tapi MA memang tak larat.
MA tak terus makan ubat, kena tunggu PA balik dari kerja dulu. Ubat yang MA makan membuatkan diri mengantuk, kesian pula Aisya bermain sorang-sorang dan tiada penjagaan.
Alhamdulillah... PA hari semalam balik awal dalam kul 7 petang.
Masih sempat lagi melayan cerita di tv3 yang tengah hangat sekarang, Tentang Dhia.
Sambil tengok PA urut MA. Terima kasih PA cuba meredakan kesakitan MA.
Lepas solat Maghrib, PA tapau makanan di warisan.
Tekak MA teringin makan Chau Kiew Tiau.. jadi PA beli 2 bungkus, untuk Aisya pula PA beli bihun sup.
MA tak sempat nak snap Aisya masa makan, tapi memang selera. Sedap... sedap katanya. Masa tu MA biarkan dia makan sendiri. Adalah selang seli MA yang suapkan.

Panjang pulak chita nie, Ha.. pasal pi klinik td.
Masa register dan jumpa pembantu perubatan, dia minta MA scan kad untuk x-ray di bilik 1 dan pastu akan jumpa doktor di bilik 8.
Tapi.. setengah jam menunggu, nombor giliran MA naik untuk bilik 8. Sepatutnya x-ray dulu di bilik 1.
Takpelah... bila jumpa doktor MA ceritalah masalah yang berlaku macam MA chita kat atas tu.
Doktor tanya ada berjumpa dengan pesakit TB tak. Em.. 2 minggu nie balik kerja terus balik rumah...
tidak sempat lagi bershopping dan keluar mana-mana. PA pun tidak kasi MA kuar malam bila keadaan 
MA tak sihat lagi.
Jadi, doktor kata, dia akan beri MA ubat batuk, ubat cair kahak dan ubat antibiotik yang kuat skit berbanding sebelum nie.
Sebelum nie makan 3 kali sehari, yang nie kena makan 2 kali sehari. 
Ma sempat tanya tidak perlu x-ray ke, doktor kata dia dah check paru-paru MA dan MA memang bukan pengidap penyakit TB jadi tak perlulah x-ray tersebut.
Doktor ada kata lagi, kalu tidak ok.. cuba beli alat inhaler.
Tu.. lah, klu keadaan MA tak ok...mesti ajak PA pi farmasi untuk beli inhaler.
Penat juga kalau kena makan ubat jee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HaPPy BiRtHdAy AiSyA UmAiRa

Selamat Hari Jadi anakku, Aisya Umaira
Kini 2 tahun sudah usiamu
Detik ini papa dan mama sentiasa berdoa
Semoga keceriaan, dan kegembiraan sentiasa mengiringimu...



Selamat Hari Lahir Anakku,
Bertambah usiamu kita setahun lagi,
Dulu terbaring, mengiring, merangkak dan bertatih..
Kini.. sudah berjalan, berlari dan berbicara...
Setiap perkembanganmu di depan mata PA dan MA
PA dan MA cukup gembira akan kehadiranmu.



Anakku sayang,
Melihat hadirmu ke dunia.. adalah amanah Illahi,
Dulu kecil kini semakin meninggi.. adalah kebesaran Illahi,
Melihat kau berguling ke kiri dan ke kanan.. dan menari.. cukup mencuit hati.,
PA dan MA cukup mengsyukuri dan hargai kurniaan Illahi.

Anakku sayang,
Kau yang comel yang petah berkata-kata,
Walaupun  ada kepetah katamu yang tidak PA dan MA fahami,
Tapi.. kami megerti....
Dirimu cuba belajar setiap yang berlaku disekelilingmu.

Anakku sayang,
Engkaulah buah hati PA dan MA,
Hari ini, 18 Disember adalah ulang tahunmu ke 2.
PA dan MA mendoakan agar dirimu
menjadi anak yang baik, solehah, diberi kecerdikan dan sihat sejahtera sentiasa.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aisya Buat Pelaburan

Sekarang nie.. rutin Aisya mengeluarkan bahan buangan memang dah tetap agaknya. Setiap kali lepas MA ambil Aisya dari rumah pengasuh, dalam setengah ke sejam pastu mesti dia akan mengeluarkan bahan buangan.

Sempat MA snap gambar nie...

Rasanya masa nie dia cuba meneran...



Tapi sempat lagi mengunyah cereal..



Krup.. krup.. mengunyah lagi..



Nie.. masih maintain lagi..



Aduis.. macam pelaburan keras jee..



Ha.. nie bila mana Aisya dah tak selesa..



Masa MA nak ambil gambar nie.. terus dia tutup.. malu.. malu.. katanya. (masa nie dah habis cuci).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beli Cereal Dapat Cereal Lain

Tengahari tadi kuar pi Alamanda. Em.. memang hajat hati nak cari cereal. Em.. bahasa jawa panggil bijirin. Kat rumah memang kena ada benda nie. Klu Aisya tak makan MA yang makan.. Hahaha..

Mula-mula ambil Koko Crunch yang kotak kecil. Kat tengah pasaraya carrefour tu ada lak lucky draw. Hehe.. tapi kena beli cereal kotak besar bru boleh buat lucky draw. Nama pun perempuankan... bagi MA benda tu pun makanan. Jadi tak kisahlah.. tukar dari kotak kecil ke besar.


Nie yang MA beli..



Nie plak yang dapat free selepas lucky draw.. Dapat kotak besar tu.. memang berbaloi.



Honey Gold flakes tu.. asalnya nak letak balik kat rak, tapi terlupa sampai dah dibayar di kaunter. Takpelah... buat stok kat rumah jee.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Telefon SONIM sampai ke Pantai Batu Buruk, Terengganu




Ada kisah disebaliknya.. Nanti akan MA crita. Layan jee gambar hset SONIM kat atas tu. Ada yang berminat??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi dari awal hingga kini

Nielah mainan Aisya dari ia kecil masa tu 6 bulan hinggalah ke 2 tahun. Macam sama.. tapi tak serupa..













 


dan sekarang Aisya banyak layan benda nie..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Yang Mencuit Perasaan Di Petang Hari

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Badanku Rasa Seram Sejuk

Aduis... rasa lak larat hari nie. Badan terasa sakit-sakit dan tekak perit yang amat sangat. 

Semalam MA tak dapat tidur, kul 2.00 pagi bru dapat lelapkan mata. Itupun setelah lumur minyak panas seluruh badan. Pastu telan pil tahan sakit. Tapi pagi nie.. keadaan yang sama masih berterusan.

Adakah nak kena selesama @ demam? Aduis... PA plak minta MA cuti besok. PA ada kerja di Terengganu selama 3 hari, kiranya bercuti bersama keluarga sekali. Tapi... adakah MA larat... Malam nie MA cuba pertahankan kelemahan diri ini. 

Balik opis nak cuba petua nie:

Ambil 3 hingga 4 biji buah lemon kuning dan diperah jusnya..jgn dicampur air, ais dan gula pada jus tersebut. Dalam sehari, cuba minum 2-3 kali (ketika sakit). Seminggu 1-3 kali. Ikut kesesuaian. Lebih sihat diminum setiap hari.

Sesiapa yang tidak tahan masam boleh buat yang ini pula:

1. Kupas 4-5 biji buah limon kuning sehingga nampak isinya
2. Potong di bahagian tengah dan asingkan bijinya
3. Masukkan dalam mesin pengisar, isikan 2-3 gelas air, dan tambah gula jika mahu.
4. Kisar.
5. Sedia untuk diminum. Lebih baik jika diminum bersama isi / hampas yang dikisar sekali. Anda juga boleh menapisnya jika mahu.

Petua ini sesuai untuk merawat demam, selsema, seram sejuk, sakit tekak dan batuk.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah Zuriat

MA tak pernah tau tentang kewujudan buah zuriat nie. Diketahui bila Kak Longku pulang dari Mekah dan dibelinya di sana.



Beginilah rupanya. Kak Long beli 2 biji untuk abangku dan isterinya. Cuba ikhtiar coz mereka belum lagi dikurniakan zuriat.

Bila aku goggle, buah zuriat ini dipanggil buah adam / buah hawa / buah zuriattin / buah koka. Buah ini berasal daripada pokok koka. Ala... yang ramai orang sibuk beli untuk buat cincin atau tasbih.

Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.

Buah zuriat ini dikatakan (dengan keizinan Allah SWT) dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Beginilah keadaan dalam buah zuriat.



Kalau ada sesiapa nak mendapat maklumat lanjut tentang buah zuriat nie, boleh tengok di herbazuriat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rambut MA gugur jee..

Em.. MA suka bela rambut panjang. Tapi tu.. ler bila panjang skit mudah pula ia gugur. Nak pi treatment kay U Nam Hair Care.. memang dok ler.. melayang ratus ribu. Hehe..

Tapi MA cuba ikut petua-petua nie..

Tips 1:

Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut . Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar.

Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!

Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali. :D

Tips 8:
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

Tips 9:
Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..

Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.

Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.

Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.

Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi.

Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang Mekah Telah Pulang

Kakak sulungku, Along bersama suaminya baru pulang dari Mekah pada Isnin yang lalu. Mengikut perancangan awal ia sampai pada hari Ahad pagi. Tup.. tup.. penerbangan deelay lak. Tu yang hari Isnin pagi baru sampai. Kak Besah family dan abangku, Nizam yang menjemput Kak Long dan suaminya dari airport Senai. Kira 2 kereta yang mengiring bawa pulang ke rumahnya di Segamat.

Aku... masa tu masih berada di rumah mertua. Kul 1 tengahari beru bertolak ke Segamat.

Nie dia cenderahati yang diterima daripada Kak Long.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan Jasamu Di Kenang & Besday

Ada jamuan di opis hari nie. Masa tu aku jadi pembantu kat bilik Puan Siti Fatimah. Kul 12 tengahari masa semua kerja beres bersedia duk jamuan kat opis. Dah 2 bulan tak buat jamuan kat opis MA. Last masa jamuan hari raya tempohari.

Bila keluar jee dari bilik, tengok-tengok ada 3 biji kek coklat. Ia bermaksud sambutan besday untuk 3 bulan iaitu bulan Oktober, November dan Disember. Emmm... sedap jee tengok.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menang Hadiah Saguhati dari Babyibu

Em... beberapa hari cuti balik ke kampung di Pontian dan Segamat. Selama itu juga.. MA tidak dapat melayari internet.

Pagi td buka beberapa blog yang menjadi kegemaran MA, jeng.. jeng.. jeng.. gambar Aisya ada terpilih memenangi hadiah saguhati. Ok.. lah tu.. kan. Baru kali kedua menyertai pertandingan melalui blog nie.. namun baru kali pertama menang.

MA akan mendapat salah satu dari beg nie.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Layan DVD Hindustan

DVD Hindustan ne.. MA beli masa balik kampung, Pontian 3 minggu yang lalu. Ada 3 cerita. Dalam ketiga-tiga nie yang paling MA suka adalah 3 Idiots.


Sinopsis nie dalam bahasa Indonesia, sesiapa nak tahu... Layan je... nanti MA translate kendian.

3 Idiots bercerita tentang tiga orang sahabat, yang sama-sama kuliah di Imperial College of Engineering. Merupakan salah satu perguruan tinggi Tehnik terbaik di India. Ketiganya yaitu Farhan Qureshi (R. Madhavan), Rastogi Raju (Sharman Joshi), dan Rancchoddas "Rancho" Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan). Farhan dan Raju adalah mahasiswa dengan latar belakang sederhana sementara Rancho dari keluarga kaya. Farhan sebenarnya ingin sekali bercita-cita sebagai seorang fotografer satwa liar, namun keinginan itu harus kandas karena memenuhi keinginan ayahnya untuk masuk ke perguruan tinggi. Raju, agak dilematik di satu sisi dia meletakkan beban di pundaknya untuk mengangkat derajat keluarganya yang miskin. Sementara Rancho adalah si jenius yang kaya raya tujuannya belajar adalah untuk bersenang-senang, karena ia memang tidak mempunyai beban sama sekali.

Rancho, memiliki pandangan berbeda mengenai ilmu pengetahuan dan membuat mesin. Pandangannya begitu maju dan menentang pandangan kuno tentang membuat mesin. bahwa semuanya tidak hanya berdasarkan "teks book", seperti yang dia ajarkan di perguruan tinggi saat ini. Dan juga ia menentang salah satu pengajarnya Profesor Viru atau biasa di panggil "Virus"(Boman Irani), oleh mahasiswa yang lain. Hal ini di awali setelah ada salah seorang mahasiswa bernama Joy Lobo, gantung diri di kamar asramanya. Kemudian Rancho menentang Virus dan memberikan sebuah data banyaknya mahasiswa yang bunuh diri, di sebabkan oleh salahnya sistem pengajaran, yang hanya menitik beratkan dari nilai ujian bukan atas dasar kreatifitas diri mahasiswa yang terkait.

Maka mulailah perseteruan antara Rancho dan Virus. Virus memberi label kapada Rancho dan ke dua kawan baiknya itu sebagai "idiot". Ia juga mempengaruhi Farhan dan Raju untuk menjauhi Rancho. Sebaliknya siswa kesayangan Virus adalah Chatur Ramalingam atau "Peredam", (Omi Vaidya). yang melihat peringkat tertinggi berdasarkan nilai, sangat bergengsi dan merupakan tiket untuk nilai status yang lebih tinggi, ia memandang kekuasaan korporasi adalah kekayaan.

Chatur sesuai dengan harapan sistem. Rancho pun "mengerjai" Chatur, suatu saat Chatur mendapat kehormatan untuk berpidato di sebuah upacara penghargaan yang di hadiri oleh para petinggi perguruan tinggi tersebut termasuk virus. Rancho, Farhan dan Raju mengganti isi pidato tersebut dengan kata-kata kotor, yang sebelumnya telah di tulis oleh pustakawan. Nah, seperti yang harapkan ke tiganya, chatur tanpa berfikir dan curiga sepertinya ada yang tidak beres, dan terlebih kurangnya pengetahuan tentang bahasa. Pidato tersebut kontan menjadi bahan tertawaan penonton dan membuat "berang" Virus.

Rancho jatuh cinta kepada mahasiswi Jurusan Medis, Pia (Kareena Kapoor) putri dari si "diktator" Virus. Mereka bertemu di jamuaan pernikahan kakaknya Pia, mereka bertiga datang tidak di undang hanya ingin mendapatkan makanan gratis. Pia, agak anaeh dengan ke tiga orang itu dan manayakan kepada ayahnya Virus, siapa mereka. Setelah mendapati ketiganya adalah tamu terselubung, Virus bertindak yang sangat menyebalkan kepada ke tiga sahabat karib tersebut.

Ketegangan terjadi, saat mereka sedang mabuk berat. Ke tiganya masuk ke rumah Virus seperti maling. Rancho masuk ke kamar Pia untuk mengutarakan isi hatinya, setelah sebelumnya di panas-panasi oleh Farhan dan Raju. Namun Rancho salah yang di genggamnya adalah tangan kakak Pia yang sedang hamil. Yang sangat senang mendapati anak dalam kandungannya menandang, karena kata-kata yang di ucapkan Rancho. Sementara keadaan makin genting karena Virus mendapati ada yang tidak beres di rumahnya. Akhirnya mereka kabur karena takut ketahuan, sementara Raju menyampatkan untuk buang air kecil di pekarangan Virus, dan Viruspun melihat siapa yang menyusup ke rumahnya.

Ke esokannya, Virus memanggil Raju ke kantor. Mengancam akan mengeluarkan Raju dari kampus. Raju memohon agar jangan di keluarkan, permohonannya di manfaatkan oleh Virus. Ia bisa tetap kuliah namuan Rancho yanga kana di keluarkan. Di antara dua pilihan yang cukup sulit. Memilih dirinya sendiri atau menghkianati kawan baiknya itu? Raju lompat keluar dari jendela, kantor virus di lantai 3 itu. Membuatnya harus di rawat secara intensif dari Pia dan ke dua kawan baiknya. Pia menyaranka agar Raju di bangkitkan dengan motivasi yang bisa membuatnya bisa sembuh dari koma.

Setelah kejadian itu, membuat Farhan dan Raju mengadopsi pandangan Raju. Yaitu mengikuti apa yang di suarakan oleh hati. Farhan memutuskan untuk mengejar kecintaannya kepada fotografi. Menceritakan segalanya kepada ayahnya, apa yang ia impikan. Namun ayahnya menolak, kerena ia berpikiran dengan menjadi fotografer ia tidak bisa membeli rumah mewah dan melengkapi segala kebutuhannya. Namun Farhan bersi keras dan memberikan pengertian kepada ayahnya, yang terpenting kebahagianan dirinya. Ayahnya tetap menolak dan mengatakan, jika tidak maka kau akan bunuh diri seperti temannya itu Raju. Sambil menagis farhan menjawab, tidak, ia tidak akan bumuh diri seperti Raju. Kemudian ia bersimpah di depan ayahnya membuka dompetnya. Ada Foto ayah dan ibunya. Farhan berkata, Raju dan Rancho menasehati, jika ia bunuh diri apa yang terjadi pada senyum orang tua mu yang ada di foto ini. ayahnya pun tersadar dan merestui cita-cita anaknya tersebut, sambil memeluknya.

Dan Raju menghadiri wawancara untuk sebuah pekerjaan di perusahaan. Ia hadir dengan tubuh penuh plestar dan kursi roda. Raju dalan wawancara tersebut menjawab pertanyaan yang di ajukan dengan jawaban yang non-formal, jujur dan apa adanya. Walaupun sebenarnya tidak cocok ia bekerja di situ, jawaban tersebut sangat tidak di harapkan oleh perusahan, karena mereka butuh orang yang pandai berbohong dan merangkai kebongongan tersebut dengan cara indah. Namun karena ke apa adanya itu justru ia di terima bekerja, kerena ia jujur.

Namun, Virus tidak simpatik akan hal itu, ia akan "mengakalinya", dengan membuat soal ujian yang telah di atur sendiri agar Raju tidak dapat lulus ujian. Pia mendengar ide gila ayahnya dan menentangnya. Timbullah petentangan antara ke duanya. Virus mencela Pia dengan cara yang sama pada Racho, atas bunuh diri yang di lakukan Lobo. Dan Pia pun marah dan mengatakan sebuah kebenaran kepada Virus, bahwa kakaknya tidak tewas dalam kecelakan akan tetapi ia bunuh diri di depan kereta dan meninggalkan surat kepada Virus, yang selama ini di sembunyikan Pia. Isi surat tersebut adalah sebuah pernyataan Virus telah memaksanya mengejar karir di bidang tehnik. Padahal ia inigin sekai mengejar impiannya di bidang sastra.

Pia keluar dari rumah, mengambil kunci cadangan. Pia membocorkan hal ini pada Racho. Racho bertindak bersama Farhan. Menyusup masuk ke kantor Virus dan mencuri salinan soal ujian tersebut. Namun mereka lupa mematikan mesian fotokopi dan Virus mengetahuinya. Setelah itu berkas soal tersebut di serahkan kepada Raju, tapi yang terjadi adalah Raju, membuat kertas tersebut jauh-jauh dan mengatakan kepada keduanya. Hal ini tidak boleh di menangkan dengan cara curang.

Dan selanjutnya dapat di tebak, benar Virus bertindak. Memergoki mereka dan mengusir trio ini. Hal ini bertepatan dengan hamil tua anak Virus Mona (Mona Singh) dan sebentar lagi akan melahirkan. Saat itu hujan turun sengat deras dan menyebabkan banjir, sehingga tidak dapat mengantar Mona ke Rumah sakit. Sementara Pia sedang tidak di rumah, karena sedang beramasalah dengan ayahnya. Rachopun memerintahkan menghubungi Pia melalui VOIP, untuk membantu proses persalinan darurat.

Kepanikan terjadi, listrik tiba-tiba padam. Racho memutar otaknya dengan menyalakan listrik dengan menggunakan power baterai dari mobil Virus. Pia panik menyuruh Rancho menyiapkan sebuah penyedot untuk menarik bayi, dan mengirimkan bagaimana caranya melalui VOIP. Saat genting tersebut mereka semua tidak bisa menemukan alat seperti itu. Racho pun mengakalinya dengan membuat alat itu dari Vaccuum penyedot debu yang ia modifikasi.

Bayipun lahir, akan tetapi tidak bergerak sama sekali dan tidak menangis pula. Semuanya diam menjadi lengang. Kemudian Rancho mengendong bayi dan mengucapkan sebuah kata yang ia ucapkan pada saat ia merayu Pia di kamarnya. Bayi akhirnya menandang muka Rancho beberapa kali dan mulai menangis, kontan mereka semua bergembira dan terharu.

Dari kejadian ini, viru menyadari siapa dirinya selama ini "seorang diktator", dan mengatakan pada bayi "ia boleh jadi apa saja yang ia mau!," termasuk jadi pemain bola. Rancho harus bergegas karena ia sudah di usir, rachopun menghampirinya dan amembarikan sebuah pena, pemberian sebuah pena merupakan simbol seseorang Profesor kepada muridnya yang berprestasi dan cemerlang. Dan Viru mengakuinya bahwa murid itu adalah Rancho.

Setelah, acara wisuda dan kelulusan. Rancho kehilangan kontak dengan Raju dan Farhan. Selama dekade itu pula Chatur masih menyimpan dendam kepada Rancho, setelah kejadian di permalukannya dia oleh 3 idiot, saat pidato penghargaannya di depan umum. Chatur bergabung bersama Farhan dan Raju, memulai perjalanan untuk menemukan Rancho. Chatur telah menjadi pengusaha kaya dan sukses dengan tujuan akan memamerken keberhasilannya tersebut kepada Rancho.

Chatur juga ingin menunjukan kadar gengsinya yang begitu tinggi. Akan kerja sama dengan calon rekan bisnis yang memiliki banyak sekali paten bernama Phunsukh Wangru, merupakan orang yang sangat Chatur kagumi.

Akhirnya mereka menemukan rumah Rancho, bertepatan dengan hari meninggal ayahnya. Namun kaget bukan kepalang Raju dan Farhan menemukan Shyamaldas Chanchad (Rancho) adalah orang lain, bukan Rancho yang salam ini mereka kenal. Kemudian mereka mengancam pemilik rumah tersebut untuk membuang abu sisa pembakaran jasad ayahnya tersebut ke dalam kloset WC. Yang ternyata adalah wadah kosong, tanpa abu jasad. Salah mengambil wadah tempat abu yang asli. Namun sang pemilik rumah tersebut, hal itu dan akan memenuhi permintaan untuk mencaritakan mengenai Rancho yang asli.

Rancho, sebenarnya bukan keluarga sebenarnya. Suatu saat karena senang belajar di dapati ia di dalam kelas menggantikan menjadi bukan dirinya. Keluarga Rancho Jaaved Jaffrey, mengetahui hal ini kemudian Rancho membuat perjanjian untuk belajar, dengan mengunakan nama anaknya, yang kemudian izajahnya menjadi milik anaknya tersebut. Bukan milik Rancho. Rancho tidak peduli ia hanya ingin belajar, itulah sebabnya kenapa pada photo mahasiswa-mahasiswa di Imperial College of Engineering bukan photo Rancho melainkan foto orang lain yaitu orang yang sekarang menceritakan tentang Rancho teman Raju da Farhan. Ranho pun sekarang memulai hidup baru dengan menjadi guru di Ladakh

Keadaan semakin membingungkan, buat Raju dan Farhan. Setelah mengatahui cerita tersebut. Mereka meculik Pia yang saat itu hendak menikah dengan orang lain. Pia pun ikut serta dalam pencarian Rancho, yang menghilang tanpa jejak padahal ia sangat mencintai Rancho. Sesampainya di Ladakh, mereka mendapati sekelompok anak Ladakhi sangat antusias dan motivasi terhadap ilmu pengetahuan, sementara Chatur hanya mencela bahwa Rancho hanya menjadi seorang guru, bukan pebisnis terkenal. Sampai-sampai hal ini membuat Raju dan Farhan marah, kemudian memplester mulut Chatur dan meletakkannya di belakang Jok mobil.

Sementara, Pia berharap Rancho palsu akan kembali bisa menyalakan api cinta mereka yang selama ini terpendam. Setalah bertanya di mana Rancho palsu, akhirnya mereka mennmukannya sedang bermain dengan anak-anak. Rancho sangat terkejut melihat Pia dangang dengan mengunakan Skuter, alih-alih panas ia membuka helmnya berjalan mendekati Rancho. Seperti yang Rancho bayangkan dalam benaknya, bahwa wanita ini adalah jodohnya. Dan kemudian akan menciumnya. Sesampainya di dekat Rancho palsu, bukan ciuman yang ia dapat dari Pia, namun tamparan dan makian Rancho palsu dan kemana saja kau selama ini.

Setelah Pia mengetahui cerita dari Rancho palsu mengenai, perjanjiannya dengan keluarga tersebut, jika sudah selesai semua kegiatan belajarnya maka ia harus menghilangkan jejak, termasuk tidak boleh bertemu lagi dengan sahabat-sahabat yang berhubungan dengan dia di masa kuliah. Pia pun mengerti, kemudian menanyai Rancho palsu mengenai perasaannya?. Adakah wanita lain saat ini yang di cintainya?, Rancho menjawab ada!. Dengan raut muka yang sangat kecewa pia, bertanya kembali siapakah wanita tersebut?, Rancho palsu hanya tersenyum, dang mengatakan baha wanita twersebut adalah Pia. Pia mendadak sangat gembira sekali. Ia memeluk Rancho palsu dan menciumnya.

Tidak lama, Farhan dan Raju datang, memukuli Rancho palsu. Sampai akhirnya mereka berpelukan karena rindu. Raju dan Farhan kemudian bertanya tentang kebingungan mereka jadi siapa namamu sebenarnya?, Rancho menjawab!, Phunsukh Wangru. Pia terkejut dan berkata Wangru pemilik paten itu, yang sekarang tengah di kejar-kejar pengusaha dari jepang untuk bekerja sama.

Chatur datang terakhir, meledek Rancho yang sekarang tidak menjadi apa-apa dan sesukses dirinya. Bahkan ia menuduh Rancho mencuri Pulpen milik Viru, kemudian pergi seolah-olah ia adalah pemenangnya. Setelah agak jauh ia menelepon catur. Di dapati di call alert di hanpho chatur adalah Phunsukh Wangru, yang menelepon. Berbicara sangat sopan chatur cenderung mengemis. Kemudian Rancho Palsu alias Wangru, mengatakan kepada Chatur : "Bagaimana saya bisa menandatangani kesepakatan kita, jika pulpen saya anda ambil". chatur terkejut dan berbalik arah memohon maaf atas kekeliruannya. Sementara hanya di balas tawa oleh Wangru, Pia, Farhan dan Raju..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banyak Peraduan MA Sertai

Bulan nie ada beberapa majalah yang MA beli antaranya PA&Ma dan Intrend. Dalam majalah tu memang banyak peraduan yang hadiahnya memang boleh tahan. Jadi tak tertahan kat hati nie nak sertai. Cuma.. dalam peraduan nie memang kena memerah otaklah sikit. Kebanyakan darinya perlu disertakan slogan.
 


Harap-harap MA bernasib baik dan bertuah. yee...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shicida Methods Jadikan Anak Pandai

Hari nie.. MA lebih menumpukan entry berkenaan anak. 1001 perkara yang perlu diketahui agar anak kandung kita seperti yang kita harapkan, dan bila besar nanti ia berjaya dan menjadi insan yang berguna serta ilmu di dada berkenaan dunia dan akhirat.

Banyak cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun. Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. 

Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini, namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain, malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.

Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

Kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan, namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam 

Cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.

Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah, ia tidak menjadi.

Kalau mereka sudah tidur, cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.

Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda. 

Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d 

Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan 

Jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air (water colour)  , melukis,gunting kertas, origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.

Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ?

Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak 

Sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5)Bercerita

Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. 

Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.

Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam (Sixth Sense) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.

Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.


Sebelum lakukan semua kaedah ini

Pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. 

Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .

Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda, misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adakah Anda Benar-Benar Mengenali Anak Anda?

Artikel dan ilmu yang MA temui hari ini adalah dari www.bicaramuslim.com. Pengetahuan tentang anak berumur 2 hingga 3 tahun. Serba sedikit MA ingin megetahui tentang ciri-ciri anak MA. Cukup berguna pada MA dan mungkin pembaca juga.


PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.


PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dan lain-lain. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.


PERKEMBANGAN EMOSI

Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang. 


PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.

3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah. 


PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdoa sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dan lain-lain.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.


AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI

Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah: 


1. PERMAINAN BLOK

Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka. 

2. PUZZLE

Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun dengan mudah.

3. MELUKIS

Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL

Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA


Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.


 Sedang berusaha menulis dan melukis sendiri



Bermain blok-blok berwarna



 Bermain permainan interaktif



 Memilih makanan sendiri yang diingini



 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bilalah Aisya nak tidur.... berceramah jee..

Masa aku ambil video nie jam sudah pukul 12.00 malam. Tapi... masa nie aku layan tv lagi, Aisya lak... em.. memang tak tidur lagi. Klu tv ditutup.. comfirmlah dia baring dan tido.

Sejak sejam yang lalu, bangun.. baring... bangun.. baring... silih berganti. Ada saja aktiviti yang nak dibuat. Sempat aku ragam babak terakhir... rupanya nak berceramah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa yang dibuat semalam

Semalam pas habis mengemas umah aku berkungfu ke dapur pula. Disebabkan daging korban dari Segamat pempohari masih bersisa lagi, trus plan nak buat Mi Bandung.

Masa MA masak Mi Bandung, Alhamdulillah.. Aisya buat halnya. Klu buka CD, tekun dia melayannya. Sesekali adalah dia memanggil MA. 'Maaama.. Maaaama.' Takut benor MA nya hilang.


Tak hilang puting kat mulutnya walaupun khusyuk tengok CD



Dalam kul 12 tengahari macam tu.. siaplah Mi Bandung tersebut. Tup.. tup anak sedara call dari sekolah suruh datang ambil wang bantuan RM100 tu. Sebelum tu.. MA post gambar Mi Bandung nie. Amacam.. ada yang teringin tak.




Pastu MA bersiap tukar baju Aisya nak pi sekolah anak sedara, Ami. Hari nie last day sekolah. Hari Jumaat lak tu.. guru kelasnya lelaki, lambat pi kang gurunya dah pi Solat Jumaat lak.


Sewaktu berada di sekolah



Dalam perjalanan balik ke rumah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemas Rumah

Pagi nie.. memang tak pi kerja. Jadi klu dah bercuti dan duk kat umah, aktiviti yang utama mestilah kemas rumah.



Rumahku, Syurgaku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beso kena plak cuti.. pengasuh ada hal

Minggu lepas, hari khamis dan jumaat pengasuh kena balik kampung kerna ada walimatus urus. Cuti tinggal ciput, jadi terpaksa aku bawa Aisya ke opis.

Beso pun ada hal gak. Tapi kali nie memang kerna ambil cuti. Susah bawa Aisya ke opis.. berkampung jadinye..

Gambar nie diambil masa dia ikut MA minggu lepas.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Besday PA semalam

he.. he.. last minute jee


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS