Selamat Hari Jadi anakku, Aisya Umaira
Kini 2 tahun sudah usiamu
Detik ini papa dan mama sentiasa berdoa
Semoga keceriaan, dan kegembiraan sentiasa mengiringimu...
Selamat Hari Lahir Anakku,
Bertambah usiamu kita setahun lagi,
Dulu terbaring, mengiring, merangkak dan bertatih..
Kini.. sudah berjalan, berlari dan berbicara...
Setiap perkembanganmu di depan mata PA dan MA
PA dan MA cukup gembira akan kehadiranmu.
Anakku sayang,
Melihat hadirmu ke dunia.. adalah amanah Illahi,
Dulu kecil kini semakin meninggi.. adalah kebesaran Illahi,
Melihat kau berguling ke kiri dan ke kanan.. dan menari.. cukup mencuit hati.,
PA dan MA cukup mengsyukuri dan hargai kurniaan Illahi.
Anakku sayang,
Kau yang comel yang petah berkata-kata,
Walaupun ada kepetah katamu yang tidak PA dan MA fahami,
Tapi.. kami megerti....
Dirimu cuba belajar setiap yang berlaku disekelilingmu.
Anakku sayang,
Engkaulah buah hati PA dan MA,
Hari ini, 18 Disember adalah ulang tahunmu ke 2.
PA dan MA mendoakan agar dirimu
menjadi anak yang baik, solehah, diberi kecerdikan dan sihat sejahtera sentiasa.
0 comments:
Post a Comment