MA masih tak sihat

Dalam pukul 1.30 petang tadi MA pi Kinik Kesihatan Putrajaya Presint 9.
Dah tak tahan, 2 minggu batuk MA tidak reda.
Setiap malam kul 2 pagi mesti terjaga, batuk MA sampai terasa sakit satu badan.
Paling tak tahan sebab dah lama batuk berterusan terasa sakit bahagain dada bila batuk.
Macam-macam ubat dah makan, ubat batuk pun dah 2 botol dari klinik + 1 botol dari farmasi.
Petang semalam lepas balik kerja, MA rasa sakit satu badan. Masa tu.. hanya tuhan jee tahu.
Terpikir juga, macam begini ke bila nyawa kita dicabut...
Sebab tidak terlarat sangat-sangat MA call PA suruh tapau jee makanan. Hajat hati memang nak masak tapi MA memang tak larat.
MA tak terus makan ubat, kena tunggu PA balik dari kerja dulu. Ubat yang MA makan membuatkan diri mengantuk, kesian pula Aisya bermain sorang-sorang dan tiada penjagaan.
Alhamdulillah... PA hari semalam balik awal dalam kul 7 petang.
Masih sempat lagi melayan cerita di tv3 yang tengah hangat sekarang, Tentang Dhia.
Sambil tengok PA urut MA. Terima kasih PA cuba meredakan kesakitan MA.
Lepas solat Maghrib, PA tapau makanan di warisan.
Tekak MA teringin makan Chau Kiew Tiau.. jadi PA beli 2 bungkus, untuk Aisya pula PA beli bihun sup.
MA tak sempat nak snap Aisya masa makan, tapi memang selera. Sedap... sedap katanya. Masa tu MA biarkan dia makan sendiri. Adalah selang seli MA yang suapkan.

Panjang pulak chita nie, Ha.. pasal pi klinik td.
Masa register dan jumpa pembantu perubatan, dia minta MA scan kad untuk x-ray di bilik 1 dan pastu akan jumpa doktor di bilik 8.
Tapi.. setengah jam menunggu, nombor giliran MA naik untuk bilik 8. Sepatutnya x-ray dulu di bilik 1.
Takpelah... bila jumpa doktor MA ceritalah masalah yang berlaku macam MA chita kat atas tu.
Doktor tanya ada berjumpa dengan pesakit TB tak. Em.. 2 minggu nie balik kerja terus balik rumah...
tidak sempat lagi bershopping dan keluar mana-mana. PA pun tidak kasi MA kuar malam bila keadaan 
MA tak sihat lagi.
Jadi, doktor kata, dia akan beri MA ubat batuk, ubat cair kahak dan ubat antibiotik yang kuat skit berbanding sebelum nie.
Sebelum nie makan 3 kali sehari, yang nie kena makan 2 kali sehari. 
Ma sempat tanya tidak perlu x-ray ke, doktor kata dia dah check paru-paru MA dan MA memang bukan pengidap penyakit TB jadi tak perlulah x-ray tersebut.
Doktor ada kata lagi, kalu tidak ok.. cuba beli alat inhaler.
Tu.. lah, klu keadaan MA tak ok...mesti ajak PA pi farmasi untuk beli inhaler.
Penat juga kalau kena makan ubat jee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment