Aku memang kidal sejak dari kecil. Klu ikutkan dalam keluargaku, arwah mak abahku tidak pun kidal. Tapi, selain aku, seorang akak dan abangku pun kidal juga.
Masa kecil dulu, puas aku belajar untuk tulis tangan kanan, tapi tak berjaya. Terasa tangan kanan berat sekali dan tulisan jadi cakar ayam. Tapi.. klu aku buat bersungguh-sungguh mesti berjaya. Kekadang kakakku bergurau denganku.. aku tulis tangan taik. Hehe.. nak wat camner.. dah memang tak boleh nak ubah. Kekadang aku jadi sedih. Tapi.. bila dah dewasa nie... klu orang perli or ejek pun aku tak kisah. Ramai tokoh-tokoh terkenal adalah menggunakan tangan kidal.
Antara orang yang kidal
Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat)
Leonardo da Vinci (pelukis)
Amitabh Bachchan (pelakon Bollywood)
Tom Cruise
Angelina Jolie
Diego Armando Maradona (pemain bola sepak)
George H.W. Bush
Bill Clinton
Prince Charles of England
Prince William of England
Namun, terdapat ramai lagi tokoh kidal yang terkenal. (klik sini)
Pada sesiapa yang bertangan kidal, janganlah rasa satu kekurangan. Kerna anda adalah orang yang banyak kemahiran.
Pada sesiapa yang bertangan kidal, janganlah rasa satu kekurangan. Kerna anda adalah orang yang banyak kemahiran.
0 comments:
Post a Comment