Kalau MA ingat-ingat, semasa belajar di tadika dahulu, cikgu sering mengajar dan mengenalkan sesuatu kepada muridnya dengan lagu. Bila dibuat lagu, kita akan cepat mengingat. Tapi.. memang betulkan..
Sewaktu Aisya kecil lagi, MA ada mendendangkan irama lagu sewaktu mendodoikannya untuk tidur. Masa tu banyak MA dendangkan selawat.
Kajian telah membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual.
Patutlah orang cina menghantar anaknya belajar muzik dan menjadikannya sebagai benda wajib dipelajari selain pendidikan akademi di sekolah.
0 comments:
Post a Comment