Ombak Rindu akan berada di pawagam

Ingat tak pada novel Ombak Rindu. Ia menjadi salah satu koleksi novel yang MA sukai masa zaman belajar dulu.

Cerita ini akan keluar dalam bentuk filem pula. Em... dah lama tak pi tengok wayang dengan PA. Last tengok masa mengandungkan Aisya. Bulan Disember nie Aisya cukup 2 tahun, jadinya hampir 2 tahunlah dah tak tengok wayang bersama PA. Banyak layan filem-filem melalui DVD je.. tengok tv rumah.

Tapi.. filem nie MA memang nak sangat tengok dengan PA di wayang.Mula tayangan pada 1 Disember nie.




Sinopsis : Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment