MA masih tak sihat

Dalam pukul 1.30 petang tadi MA pi Kinik Kesihatan Putrajaya Presint 9.
Dah tak tahan, 2 minggu batuk MA tidak reda.
Setiap malam kul 2 pagi mesti terjaga, batuk MA sampai terasa sakit satu badan.
Paling tak tahan sebab dah lama batuk berterusan terasa sakit bahagain dada bila batuk.
Macam-macam ubat dah makan, ubat batuk pun dah 2 botol dari klinik + 1 botol dari farmasi.
Petang semalam lepas balik kerja, MA rasa sakit satu badan. Masa tu.. hanya tuhan jee tahu.
Terpikir juga, macam begini ke bila nyawa kita dicabut...
Sebab tidak terlarat sangat-sangat MA call PA suruh tapau jee makanan. Hajat hati memang nak masak tapi MA memang tak larat.
MA tak terus makan ubat, kena tunggu PA balik dari kerja dulu. Ubat yang MA makan membuatkan diri mengantuk, kesian pula Aisya bermain sorang-sorang dan tiada penjagaan.
Alhamdulillah... PA hari semalam balik awal dalam kul 7 petang.
Masih sempat lagi melayan cerita di tv3 yang tengah hangat sekarang, Tentang Dhia.
Sambil tengok PA urut MA. Terima kasih PA cuba meredakan kesakitan MA.
Lepas solat Maghrib, PA tapau makanan di warisan.
Tekak MA teringin makan Chau Kiew Tiau.. jadi PA beli 2 bungkus, untuk Aisya pula PA beli bihun sup.
MA tak sempat nak snap Aisya masa makan, tapi memang selera. Sedap... sedap katanya. Masa tu MA biarkan dia makan sendiri. Adalah selang seli MA yang suapkan.

Panjang pulak chita nie, Ha.. pasal pi klinik td.
Masa register dan jumpa pembantu perubatan, dia minta MA scan kad untuk x-ray di bilik 1 dan pastu akan jumpa doktor di bilik 8.
Tapi.. setengah jam menunggu, nombor giliran MA naik untuk bilik 8. Sepatutnya x-ray dulu di bilik 1.
Takpelah... bila jumpa doktor MA ceritalah masalah yang berlaku macam MA chita kat atas tu.
Doktor tanya ada berjumpa dengan pesakit TB tak. Em.. 2 minggu nie balik kerja terus balik rumah...
tidak sempat lagi bershopping dan keluar mana-mana. PA pun tidak kasi MA kuar malam bila keadaan 
MA tak sihat lagi.
Jadi, doktor kata, dia akan beri MA ubat batuk, ubat cair kahak dan ubat antibiotik yang kuat skit berbanding sebelum nie.
Sebelum nie makan 3 kali sehari, yang nie kena makan 2 kali sehari. 
Ma sempat tanya tidak perlu x-ray ke, doktor kata dia dah check paru-paru MA dan MA memang bukan pengidap penyakit TB jadi tak perlulah x-ray tersebut.
Doktor ada kata lagi, kalu tidak ok.. cuba beli alat inhaler.
Tu.. lah, klu keadaan MA tak ok...mesti ajak PA pi farmasi untuk beli inhaler.
Penat juga kalau kena makan ubat jee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HaPPy BiRtHdAy AiSyA UmAiRa

Selamat Hari Jadi anakku, Aisya Umaira
Kini 2 tahun sudah usiamu
Detik ini papa dan mama sentiasa berdoa
Semoga keceriaan, dan kegembiraan sentiasa mengiringimu...



Selamat Hari Lahir Anakku,
Bertambah usiamu kita setahun lagi,
Dulu terbaring, mengiring, merangkak dan bertatih..
Kini.. sudah berjalan, berlari dan berbicara...
Setiap perkembanganmu di depan mata PA dan MA
PA dan MA cukup gembira akan kehadiranmu.



Anakku sayang,
Melihat hadirmu ke dunia.. adalah amanah Illahi,
Dulu kecil kini semakin meninggi.. adalah kebesaran Illahi,
Melihat kau berguling ke kiri dan ke kanan.. dan menari.. cukup mencuit hati.,
PA dan MA cukup mengsyukuri dan hargai kurniaan Illahi.

Anakku sayang,
Kau yang comel yang petah berkata-kata,
Walaupun  ada kepetah katamu yang tidak PA dan MA fahami,
Tapi.. kami megerti....
Dirimu cuba belajar setiap yang berlaku disekelilingmu.

Anakku sayang,
Engkaulah buah hati PA dan MA,
Hari ini, 18 Disember adalah ulang tahunmu ke 2.
PA dan MA mendoakan agar dirimu
menjadi anak yang baik, solehah, diberi kecerdikan dan sihat sejahtera sentiasa.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aisya Buat Pelaburan

Sekarang nie.. rutin Aisya mengeluarkan bahan buangan memang dah tetap agaknya. Setiap kali lepas MA ambil Aisya dari rumah pengasuh, dalam setengah ke sejam pastu mesti dia akan mengeluarkan bahan buangan.

Sempat MA snap gambar nie...

Rasanya masa nie dia cuba meneran...



Tapi sempat lagi mengunyah cereal..



Krup.. krup.. mengunyah lagi..



Nie.. masih maintain lagi..



Aduis.. macam pelaburan keras jee..



Ha.. nie bila mana Aisya dah tak selesa..



Masa MA nak ambil gambar nie.. terus dia tutup.. malu.. malu.. katanya. (masa nie dah habis cuci).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beli Cereal Dapat Cereal Lain

Tengahari tadi kuar pi Alamanda. Em.. memang hajat hati nak cari cereal. Em.. bahasa jawa panggil bijirin. Kat rumah memang kena ada benda nie. Klu Aisya tak makan MA yang makan.. Hahaha..

Mula-mula ambil Koko Crunch yang kotak kecil. Kat tengah pasaraya carrefour tu ada lak lucky draw. Hehe.. tapi kena beli cereal kotak besar bru boleh buat lucky draw. Nama pun perempuankan... bagi MA benda tu pun makanan. Jadi tak kisahlah.. tukar dari kotak kecil ke besar.


Nie yang MA beli..



Nie plak yang dapat free selepas lucky draw.. Dapat kotak besar tu.. memang berbaloi.



Honey Gold flakes tu.. asalnya nak letak balik kat rak, tapi terlupa sampai dah dibayar di kaunter. Takpelah... buat stok kat rumah jee.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Telefon SONIM sampai ke Pantai Batu Buruk, Terengganu




Ada kisah disebaliknya.. Nanti akan MA crita. Layan jee gambar hset SONIM kat atas tu. Ada yang berminat??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi dari awal hingga kini

Nielah mainan Aisya dari ia kecil masa tu 6 bulan hinggalah ke 2 tahun. Macam sama.. tapi tak serupa..













 


dan sekarang Aisya banyak layan benda nie..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Yang Mencuit Perasaan Di Petang Hari

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Badanku Rasa Seram Sejuk

Aduis... rasa lak larat hari nie. Badan terasa sakit-sakit dan tekak perit yang amat sangat. 

Semalam MA tak dapat tidur, kul 2.00 pagi bru dapat lelapkan mata. Itupun setelah lumur minyak panas seluruh badan. Pastu telan pil tahan sakit. Tapi pagi nie.. keadaan yang sama masih berterusan.

Adakah nak kena selesama @ demam? Aduis... PA plak minta MA cuti besok. PA ada kerja di Terengganu selama 3 hari, kiranya bercuti bersama keluarga sekali. Tapi... adakah MA larat... Malam nie MA cuba pertahankan kelemahan diri ini. 

Balik opis nak cuba petua nie:

Ambil 3 hingga 4 biji buah lemon kuning dan diperah jusnya..jgn dicampur air, ais dan gula pada jus tersebut. Dalam sehari, cuba minum 2-3 kali (ketika sakit). Seminggu 1-3 kali. Ikut kesesuaian. Lebih sihat diminum setiap hari.

Sesiapa yang tidak tahan masam boleh buat yang ini pula:

1. Kupas 4-5 biji buah limon kuning sehingga nampak isinya
2. Potong di bahagian tengah dan asingkan bijinya
3. Masukkan dalam mesin pengisar, isikan 2-3 gelas air, dan tambah gula jika mahu.
4. Kisar.
5. Sedia untuk diminum. Lebih baik jika diminum bersama isi / hampas yang dikisar sekali. Anda juga boleh menapisnya jika mahu.

Petua ini sesuai untuk merawat demam, selsema, seram sejuk, sakit tekak dan batuk.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah Zuriat

MA tak pernah tau tentang kewujudan buah zuriat nie. Diketahui bila Kak Longku pulang dari Mekah dan dibelinya di sana.



Beginilah rupanya. Kak Long beli 2 biji untuk abangku dan isterinya. Cuba ikhtiar coz mereka belum lagi dikurniakan zuriat.

Bila aku goggle, buah zuriat ini dipanggil buah adam / buah hawa / buah zuriattin / buah koka. Buah ini berasal daripada pokok koka. Ala... yang ramai orang sibuk beli untuk buat cincin atau tasbih.

Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.

Buah zuriat ini dikatakan (dengan keizinan Allah SWT) dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Beginilah keadaan dalam buah zuriat.



Kalau ada sesiapa nak mendapat maklumat lanjut tentang buah zuriat nie, boleh tengok di herbazuriat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS