Sesiapa Minat Jeruk Kobis (kimci)

Balik raya hari itu, adik ipar MA ada sebut pasal kimci. Itupun bila aku tengok ada sos sotong ke.. sos ikan kat dapur.. MA tanyalah.. apa resepi yang dia buat.. rupa-rupanya hendak buat kimci.

MA adalah tengok cerita korea, macam Marry Me Marry.. dia buat kimci dan makan ngan maggi, ngan bubur... em.. macam sedap jee.. MA rasa masa duduk ngan kak long dulu, kalau buat asam pedas ikan mesti letak kobis jeruk beli dekat pasar. MA memang ratah macam tu je kobis jeruk yang sudah dimasak asam pedas. Em.. memang menjilat jari.. rasanya masam-masam skit. Klu macam tulah rasa kimci tu memang terbaikk.. memang selera MA.


Inilah rupa kobis jeruk


Pagi nie google resepi kimci. Sesiapa yang berminat bolehlah cuba...

Cara Membuat Kimci

1.   Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.

2.   Potong bahagian atas kobis berbentuk dan koyakkan sahaja menjadi 4 bahagian.

3.   Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.

4.   Taburkan garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air tetapi jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.

5.   Bilas kobis dengan dicelup-celup dalam air sebanyak 3 kali. Toskan airnya sehingga kering.

6.   Sementara itu, buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan ini ke dalam besen.

      - 1 cawan serbuk lada merah
      - Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan iaitu
        2 sudu besar soso ikan
        2 sudu besar gula
        1 sudu besar bawang putig tumbuk
        1 sudu kecil halia tumbuk
        4 batang daun bawang

7.   Lumur sos pada setiap helaian kobis sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.

8.   Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggamkan sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun.

9.   Selepas itu simpan dalam bekas.

10. Ia boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimci dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Ia boleh tahan sehingga berbulan-bulan.

  
     




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untuk Renungan Bersama

Ting.....
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

Ting....
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Daripada Majalah MASTIKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesanan Sebelum Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :


"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3x)

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3x)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Pilih Buah Tembikai

Em.. sedap plak rasanya tekak nie klu dapat berbuka puasa hari nie dengan air tembikai. Em.. tapi hendak buat sendiri baru puas hati, dapat banyak.

Kalau sesiapa hendak beli tembikai apa tip ye.. jangan pakai beli je.

  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin. Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan  berkilat menunjukkan ia dah matang, dan buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah.


  • Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air.


  • Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu. Sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Surah Yassin

    Bismillahirahmanirahim..






























































































































































































































    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Homestay Buah-Buahan

    Petang puasa pertama, hubby membawa MA pergi ke dusun durian.


    Nampak tu.. durian ada berlonggok kat meja kayu. Klu tidak salah MA ada 3 kategori harga. Ada yang RM3 sekilo, RM6 sekilo dan RM12 sekilo. Rasanyalah.. MA ingat-ingat lupa.


    Kat belakang tu, homestaynya. ahak.. ahak.. ok tak. Ke nak panggil teratak.



    Masa nie ada seorang Cina datang hendak beli durian. Kawasan dusun nie memang tepi jalan berdekatan Gunung Pulai. Memang strategi, orang mesti nampak punya.



    Aisya dan hubby layan main blok-blok kayu bersama Adam. Kat belakang tu ada yang tengok tv dan ada yang terbongkang tidur. Hehe.. puasa, letihkan. Lagipun baru hari pertama.



    Lepas penat duk dalam, bebudak nie pi layan udara luar pulak. Nie layan cerita Boboi Boy.



    Nak ke mana lak tu anakku?? Terhendap-hendap..



    Oh.. hendak tengok buah durian rupanya. Tutup mulut coz tidak tahan bau durian yang wangiiii.. Hehe..






    Ada hati Aisya hendak tolak Abang Adam yee..



    Lastnya, dia masuk sekali dalam kereta sorong.










    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Kenangan Ramadan

    Dalam sejarah betul pada Ramadan kali ini. Ia terjadi pada awal Ramadan tempohari. Rasanya tidak terlambat untuk MA cerita.

    MA satu family balik kampung belah hubby Jumaat malam. Masa tu orang dah pi start sembahyang terawih pertama. Tapi.. kitaorang baru hendak bertolak pulang ke Johor. Balik kali ini berkonvoi dengan family kakak ipar. Kalau dah berkonvoi.. mesti ada banyak berhentikan, makan minum.. jalan, berhenti untuk tuang minyak.. jalan. Jadi, kami sampai ke kampung pukul 1.30 pagi.

    Sebenarnya, dekat kampung belah suami sekarang sedang musim durian. Sudah berminggu-minggu MA usha-usha kat pasar minggu.. bahagian kedai buah, buah durian yang isinya kuning-kuning memang MA hilang kesabaran hendak menikmatinya, tapi tahan jee.. Yelah.. malas hendak membeli coz nak pekena yang di kampung punya.

    Masa kami sampai awal pagi, bapa mertua tidak tidur lagi. Pas rehat sebentar, bapa mertua macam tau-tau jee mengajak ke dapur. Mula-mula tak pikir untuk apa.. rupanya hendak dibukakan durian.. MA layan jee walau pukul berapa pun. Besokkkan sudah mula berpuasa, kalau tidak pekena memang kempunanlah.. Pukul 3.30 pagi key MA melantak durian. Sebab kekenyangan,, MA memang tak bersahur dah.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Lewat 5 Minit

    Hubby tiada dirumah dari semalam, ada urusan ke Kelantan. Jadi urusan hantar Aisya memang MA kena take over. 

    Biasa hubby hantar Aisya memang lewat dalam kul 7.30 pagi. Tapi.. pagi nie disebabkan MA kena naik bas ke pejabat, MA hantar dia awal dari biasa. Tak salah MA 10 minit lagi kul 7 pagi MA dah mengendong bag pakaiannya dibelakang, dukung dia sebelah kanan dan angkat bekalan makanannya belah kiri. Ha.. terus bergegas ke rumah pengasuh. Pepagi macam nie mata Aisya jangan haraplah hendak buka. Serah pada pengasuhnya pun tiada maknanya dia nak lambai sayang kat mamanya. 

    Pastu teruslah balik rumah ambil beg MA plak. Inilah pengalaman pertama sebenarnya MA naik bas ke pejabat waktu pagi. Kalau balik dengan bas memang selalulah. Kalau nak cepat.. memang banyakkan halangannya. Masa tu jam dah kul 7.15 pagi barulah bas muncul. Mata MA dah terbayanglah punch card yang akan ditanda nanti. Hehe.. Tulah.. bulan puasa nie gaal-gatal tukar WP1 sapa suruh. Tiada sapa pun yang suruh... MA memang kena balik awal sedikit dari biasa pada bulan puasa, sebab pertamanya, balik dari kerja je.. MA kena singging lengan berhempas pulas dengan periuk kuali. Tidak mahulah masak juadah berbuka terkejar-kejar. Keduanya pula, kesian pengasuh anak kerana dia pun hendak menyediakan persiapan berbuka.

    Jadi, seperti jangkaan MA datang pejabat kul 7.35 pagi hari nie. Aduis... 


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Hari Ini Dalam Sejarah

    Hari ini sudah masuk puasa yang ke 13 hari. Sekerap jee rasanya. Masa diawal puasa tempohari.. terasa macam lama.

    Biasanya.. pada 15 Ramadan, sudah bolehlah dengar bermacam-macam lagu raya di corong radio dan tv. Tapi.. pada 10 Ramadan hari tu.. ader jee stesen radio dah kuarkan lagu raya. Amacam tu.. kira ingkar ke.. hehe..

    Pagi tadi sebenarnya MA terlajak bangun.. kira tak bersahutlah. Sebenarnya kunci jam kul 4.45 pagi. Kira oklah tu.. kan. Masa bunyi jam tu.. dah terjaga.. tu lah.. gatal tangan tutup dan nawaitu nak bangun 10 minit pastu. Tapi.. sedar-sedar dah bunyi azan Subuh. nasib baik sebelum tidur MA ada makan nasi. Macam tau-tau jee. Padahal sebelum nie tiada pun hendak makan sebelum tidur.

    Harap-harap sepanjang mama di pejabat sehingga petang nie, MA masih cergas malaksanakan tugas.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS