Lewat 5 Minit

Hubby tiada dirumah dari semalam, ada urusan ke Kelantan. Jadi urusan hantar Aisya memang MA kena take over. 

Biasa hubby hantar Aisya memang lewat dalam kul 7.30 pagi. Tapi.. pagi nie disebabkan MA kena naik bas ke pejabat, MA hantar dia awal dari biasa. Tak salah MA 10 minit lagi kul 7 pagi MA dah mengendong bag pakaiannya dibelakang, dukung dia sebelah kanan dan angkat bekalan makanannya belah kiri. Ha.. terus bergegas ke rumah pengasuh. Pepagi macam nie mata Aisya jangan haraplah hendak buka. Serah pada pengasuhnya pun tiada maknanya dia nak lambai sayang kat mamanya. 

Pastu teruslah balik rumah ambil beg MA plak. Inilah pengalaman pertama sebenarnya MA naik bas ke pejabat waktu pagi. Kalau balik dengan bas memang selalulah. Kalau nak cepat.. memang banyakkan halangannya. Masa tu jam dah kul 7.15 pagi barulah bas muncul. Mata MA dah terbayanglah punch card yang akan ditanda nanti. Hehe.. Tulah.. bulan puasa nie gaal-gatal tukar WP1 sapa suruh. Tiada sapa pun yang suruh... MA memang kena balik awal sedikit dari biasa pada bulan puasa, sebab pertamanya, balik dari kerja je.. MA kena singging lengan berhempas pulas dengan periuk kuali. Tidak mahulah masak juadah berbuka terkejar-kejar. Keduanya pula, kesian pengasuh anak kerana dia pun hendak menyediakan persiapan berbuka.

Jadi, seperti jangkaan MA datang pejabat kul 7.35 pagi hari nie. Aduis... 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment