Kenangan Ramadan

Dalam sejarah betul pada Ramadan kali ini. Ia terjadi pada awal Ramadan tempohari. Rasanya tidak terlambat untuk MA cerita.

MA satu family balik kampung belah hubby Jumaat malam. Masa tu orang dah pi start sembahyang terawih pertama. Tapi.. kitaorang baru hendak bertolak pulang ke Johor. Balik kali ini berkonvoi dengan family kakak ipar. Kalau dah berkonvoi.. mesti ada banyak berhentikan, makan minum.. jalan, berhenti untuk tuang minyak.. jalan. Jadi, kami sampai ke kampung pukul 1.30 pagi.

Sebenarnya, dekat kampung belah suami sekarang sedang musim durian. Sudah berminggu-minggu MA usha-usha kat pasar minggu.. bahagian kedai buah, buah durian yang isinya kuning-kuning memang MA hilang kesabaran hendak menikmatinya, tapi tahan jee.. Yelah.. malas hendak membeli coz nak pekena yang di kampung punya.

Masa kami sampai awal pagi, bapa mertua tidak tidur lagi. Pas rehat sebentar, bapa mertua macam tau-tau jee mengajak ke dapur. Mula-mula tak pikir untuk apa.. rupanya hendak dibukakan durian.. MA layan jee walau pukul berapa pun. Besokkkan sudah mula berpuasa, kalau tidak pekena memang kempunanlah.. Pukul 3.30 pagi key MA melantak durian. Sebab kekenyangan,, MA memang tak bersahur dah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment