BUDGET 2013 - DARI BERNAMA II

KUALA LUMPUR: Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2013.
 
"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata, caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUDGET 2013 - DARI BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, yang keempat bagi beliau sebagai Menteri Kewangan.

Berpakaian baju Melayu berwarna hijau lengkap bersamping, Najib mula membentangkan Belanjawan, bertema "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" pada 4 petang, dan ia disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio dan televisyen utama.
Dengan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja, rakyat Malaysia teruja untuk mengetahui apakah berita baik untuk mereka dalam Belanjawan kali ini berikutan kebimbangan mereka terhadap punca pendapatan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Rakyat mengharapkan kerajaan akan menangani isu-isu berkenaan dan pada masa yang sama memastikan keadaan ekonomi negara kekal kukuh berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Menjelang pembentangan Belanjawan hari ini, pakar ekonomi, ahli politik serta rakyat biasa dan setiap lapisan masyarakat telah menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang Najib patut masukkan di dalam Belanjawan.

Najib menulis dalam blog beliau bahawa Belanjawan ini disediakan selepas mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat.

"Terima kasih atas input anda , ini benar-benar mewakili sesuatu yang disuarakan oleh rakyat, untuk rakyat – dan saya berharap semua lapisan rakyat Malaysia dapat melihatnya daripada isu-isu yang ditangani," tulis beliau.

Belanjawan ini akan dibahaskan dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula 24 September dan akan berakhir pada 27 November.

Belanjawan ini juga adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan berikutan mandat kerajaan akan tamat pada 28 April, 2013.

Najib boleh memohon membubarkan Parlimen pada bila-bila masa antara sekarang dan akhir April. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budget 2013 - Tuntutan Cuepacs Bagi 1.4 Juta Kakitangan Awam

Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang ini.



Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan.

Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembentangan Belanjawan 2013

Dalam pukul 4 nanti akan start pembentangan belanjawan 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Hari Jumaat memang selalu dipilih untuk pembentangan belanjawan kerana menghormati Jumaat sebagai penghulu segala hari.




Apakah intipati yang akan dibentangkan? Kita tunggu....


(MA dengar dari corong siaraya opis jee).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambaran Syurga dan Neraka


Bagian terakhir dari kehidupan akhirat adalah syurga dan neraka. Syurga adalah tempat yang digambarkan tersangat indah dan penuh dengan segala keperluan, yang disediakan bagi orang-orang yang banyak berbuat kebajikan. Sedangkan neraka adalah tempat yang digambarkan sangat mengerikan untuk orang-orang yang banyak berbuat dosa dan kejahatan.

Di manakah kedua-dua tempat itu berada? Sampai sejauh ini, kebanyakan kita tidak memperoleh kesimpulan yang cukup memadai untuk menggambarkan syurga. Padahal sebenarnya Al-Qur'an memberikan keterangan yang cukup banyak tentang kedua-duanya. Jika kita mencermatinya, Insya Allah kita bisa memperoleh gambaran yang cukup baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima Surat.....

Dua hari lepas juga ada terima dari Karangkaf.







Kalau jadi petang nie MA hendak tuntut hadiah. Sambil tu hendak menyelesaikan beberapa perkara. Kena ambil Aisya awal juga coz hendak buat gambar pasportnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Cawan Pisang






Santapan kek cawan pisang ini MA buat selepas balik kerja pada 2 hari yang lalu. Tak sempat nak masuk post blog nie.. hehe..

Resepinya:

Bahan-bahan 

· 250gm mentega/marjerin (MA guna buttercup)
· 3/4 cawan gula caster
· 2 cawan tepung naik sendiri
· 5 biji telur gred A
· 1 cawan pisang yg dilecek
· 1/2 sudu teh soda bikarbonat
· 1 sudu teh esen vanila
· sedikit chocolate chip dan badan cincang

(Resepi ini ukuran dalam loyang tapi MA ganti buat ke kek cawan)

Cara-cara

1.    Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
2.    Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
3.    Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
4.    Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
5.    Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
6.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
7.    Masukkan coklat chip dan gaul  sebati.
8.    Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam  dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.






MA suka makan kek nie panas-panas. Sedap sangat. Baru lepas bakar terasa kerak-kerak tepi kek yang garing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Sejahtera.. Salam Hari Khamis..


Semoga kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam dan bertambah baik untuk hari seterusnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beristirehat di Hotel Pullman

Napa.. caya tidak kalau MA dapat masuk dalam Pullman. Lepas saja balik dari kolam di Presint 6 kami terus masuk kawasan Pullman pula.  







Kawasan hotel luas sangat sampai kami berlegar-legar untuk mencari arah bilik.













Cak... MA bergambar dari bilik air



Ini pula bergambar dalam bilik air



PA khusyuk membaca buku



Ada menara jam di ruang legar hotel ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Membuat Pop Corn

Saya mengambil resepi Pop Corn (Bertih Jagung) ini dari blog cik kemberlycun.

Untuk bertih jagung/popcorn:
1/4 cawan bertih jagung kering
60 ml minyak masak

Untuk karamel:
125 gram mentega
 3/4 cawan gula demerara (anda boleh menggunakan gula biasa)
 2 sudu besar madu


Pertama, tuangkan minyak ke dalam periuk bersaiz sederhana dan tunggu sehingga ia menjadi sangat panas. Untuk menguji jika minyak cukup panas, baling sebiji jagung kering dan apabila ia “menembak”, maka minyak sudah sedia diguna.
Apabila minyak sudah sedia, tuangkan kesemua bijian jagung kering dan tutup serta-merta dengan tudung periuk.
Tekan tudung periuk tersebut. Tidak lama kemudian anda akan mendengar banyak bunyi “pop”. Bagaikan muzik yang sedap! Dengan perlahan-lahan, goncang periuk tersebut supaya bertih-bertih jagung mengembang dengan rata.
Apabila bunyi “pop” telah berhenti, ini bermakna bertih jagung telah selamat dimasak.
Tuangkan jagung tembak ke dalam mangkuk adunan yang besar dan biarkan ia menyejuk.
Pada masa yang sama, tuangkan kesemua bahan-bahan untuk membuat karamel ke dalam kuali yang telah dipanaskan pada suhu yang sederhana.
Kacau sehingga campuran menjadi cair, berwarna lebih perang gelap dan agak berbuih (kira-kira 10 minit). Sesetengah orang suka untuk memasak karamel sehingga sangat gelap (untuk rasa yang lebih kaya) tetapi mudah terbakar.
Segera tuangkan karamel ke dalam bertih-bertih jagung dan gaul dengan 2 sudu besar sehingga popcorn disaluti karamel secara rata. Campuran yang dikendali sangat panas ya, jadi berhati-hati! Sentiasa kacau supaya jagung-jagung tidak akan melekat bersama. Gaul sehingga karamel telah sejuk.


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedapnya Pekena Pop Corn Masa Nie..

Pagi nie MA dapat makan pop corn yang dibawa oleh kawan opis. Katanya beli di Mid Valley. Em... MA teringat kesedapan pop corn yang kakak ipar bawa masa cuti raya tempohari di kampung. Memang sedap sangat.. sangat.










Kalau hendak beli pop corn ini boleh di dapat di KLCC  dan One Utama. maklumat lanjut boleh tengok website garrettpopcorn.com


Suria KLCC
Lot C151, Concourse Floor, Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
Kuala Lumpur 50088

One Utama
Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama,
Petaling Jaya, Selangor 47800


harga pop corn nie seperti di bawah. Kalau hendak cari ysng murah lagi kena cari kat pasar malamlah. Hehe..


Buttery / Plain
Small : RM 9
Medium : RM 13
Large : RM 19
1 Gallon : 79
2 Gallon : 129

Cheese Corn
Small : RM16
Medium :  RM21
Large : RM26
1 Gallon : 89
2 Gallon : 149

Caramel Crisp 
Small : RM 16
Medium : RM 21
Large : RM 26
1 Gallon : RM89
2 Gallon : RM149

Caramel Crisp with nuts ( Macadamia,Almonds or Cashew ) 
Small : RM 19
Medium : RM 36
Large : RM 46
1 Gallon : RM129
2 Gallon : RM229

The Chicago Mix
Small : RM 16
Medium : RM 21
Large : RM 26
1 Gallon : RM89
2 Gallon : RM149


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa cerita agaknya...

MA ada menghantar Pertandingan Rantaian Kasih Habib pada 3 bulan yang lalu. Apa cerita agaknya berkenaan pemenang bagi pertandingan ini. Adakah MA masih ada rezeki dalam pertandingan nie.


Pertandingan ini kena buat pantun 6 kerat menggunakan perkataan yang diberi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepetang Berendam Dalam Kolam

Di petang hujung minggu PA bawa kami semua ke kolam awam di Presint 6, Putrajaya. First time pergi ke kolam nie, selalunya pergi berdekatan kawasan tasik saja untuk memberi ikan makan. Kawasan tasik ini sering menjadi port pengantin bergambar. Kawasannya memang cantik. Landmark paling senang untuk ke sana iaitu anda akan berjumpa dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan juga akan kawasan Hotel Pullman.









Bayaran masuk ke kolam awam ini RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Di sini ada satu kolam untuk orang dewasa dan 2 kolam untuk kanak-kanak.

Waktu petang kolam ini ramai orang. Tempat kami belah hujung belah kiri tu kawasan yang paling dalam.



Masa nie Aisya cakap.. mama jommm.. mandi.












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menang Saguhati Dalam Kleenex

Minggu lepas lagi sudah tahu keputusan nie. Cuma MA tak sempat hendak masuk dalam blog.










Alhamdulillah.. bertambah lagi rezeki menang contest bulan nie. Walaupun MA hanya mendapat hadiah saguhati tetapi MA berasa puas coz masih terpilih. Dalam peraduan ini kena buat cerita kenapa perlu rumah terbuka di rumah MA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Waktu Cuti....

Cuti selama 2 hari yang lalu, kalian pergi ke mana yek??

MA?? Hehe.. MA pepagi lagi dah bangun.. macam biasalah, lepas mandi pergi jenguk-jenguk dan terus meletak kat dapur. Macam mana tak melekat kat kawasan dapur, masa tu lah membasuh baju dan ready sediakan bahan untuk buat Soto Nasi. Hendak rebus ketupat mini, buat sambal kicap dan rebus ayam. Kira juadah tengahari nanti makan sotolah ye..

Kat umah nie ada tetamu, adik PA. Baru datang Jumaat malam. Pepagi PA sudah keluar dan balik bawa surat khabar dan sarapan dari kedai. PA beli 2 bungkus nasi kerabu, 2 bungkus mi goreng dan 2 bungkus nasi lemak. Katanya beli kat presint 9. MA yang makan 2 bungkus nasi kerabu tu.. em terbaik dan cukup sedap walaupun lauknya hanya ikan goreng tepung jee.


Masuk kul 12 tengahari, akhirnya siaplah soto dan biskut batik.


Kek batik nie MA tambah almond dan choclate rice biar kasi meriah


Dala tengahari tu juga anak kakak ipar dari Puchong datang rumah. Em.. yang paling gembira.. Aisyalah. Ramai teman untuk melayan dia. Kakak ipar ada kerja di PICC coz malam nanti ada Golden Award katanya.


Sedang main kad UNO




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Zumba

Ha... MA ada menyertai pertandingan zumba pada bulan Julai yang lalu. MA masa tuu tak sempat nak chita. Hehe.. last minute sebenarnya join pertandingan nie. Ambil masa 5 hari jee untuk berlatih.



Pertandingan ini sebenar dianjurkan oleh Puspanita. Pertandingan nie diwakili oleh Kastam, Bank Negara, LHDN, JPPH dan BSN. Akauntan Negara masa nie tidak menghantar wakil untuk dipertandingkan dengan alasan coz lewat mengetahui tentang pertandingan nie. Rasanya diaorang baru tau macam kitaorang juga, tapi dengan berkat usaha walaupun last minit dapat juga nombor 4. Terima kasih Ray yang mengajar MA dan teman-teman kami tarian Zumba.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tawaran Yang Cukup Menarik

Sesiapa yang rasa-rasa hendak meringankan otak dengan kerja seharian, merehatkan badan dan membawa keluarga bercuti bolehlah menerima tawaran ini. Memang menarik dan MA pun hampir tertarik...
















Tawaran ini MA tengok di streetdeal.my. MA rasa ia memang cukup berpatutan dan berbaloi sangat-sangat. Boleh pilih antara dua iaitu


WEEKDAY PROMOTIAN

GOLD COAST MORIB WEEKDAY PROMOTION
RM198 instead of RM664 for 2 people 

2D1N Stay at Gold Coast Morib Studio Suite with Jacuzzi 
Breakfast
Buffet Dinner
Theme Park Admission
Free ATV Ride / Motorized Bicycle
25% Discount on add on rides
 
atau
 
WEEKEND PROMOTIAN

GOLD COAST MORIB WEEKEND PROMOTION
RM290 instead of RM664 for 2 people

2D1N Stay at Gold Coast Morib Studio Suite with Jacuzzi
Breakfast
Theme Park Admission

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Flower Boy Ramen Shop (Ramyun Shop)

Ha... nielah yang MA layan masa cuti 3 hari tempohari. CDnya beli dah lama, masa cuti raya lalu. Beli kat kampung di Johor. Memang murah CD cetak r..... nie. Hehe.. Bukan tidak mahu meningkatkan industri filem kita... MAHUUU... dan.. MA pun tak salah aper, CD yang MA beli nie pun cerita korea. Jadi, takdelah hendak meningkatkan industri Negara Korea kannn..

Layan punya layan.. memang best ceritanya..

Ringkasan pada cerita nie :

Yeng Eun Bi merupakan mahasiswa perguruan tinggi yang sedang berusaha untuk menjadi guru sekolah menengah dengan mengikuti ujian pegawai negeri. Secara tidak sengaja dia bertemu dengan Cha Chi Soo (Jung Il Woo), dan Eun Bi dibuat terpesona oleh Cha Chi Soo dengan rayuan dan ketampanannya.

Di ceritakan Cha Chi Soo merupakan anak dari orang kaya yang baru kembali ke Korea dari Amerika, dia sedikit sombong, angkuh dan cukup tampan. Yee Eun Bi dan Cha Chi Soo akhirnya bekerja sama di sebuah Kedai Ramen milik Choi Kang Hyuk (Lee Ki Woo).












Jung Il Woo sebagai Cha Chi Soo seorang bujang yang tampan dan mampu memikat para wanita hanya dengan sekali tatapan mautnya, kenyitan matanya dan senyum rayuannya. Dia anak dari konglomerat grup Cha Sung yang mempunyai sifat angkuh dan cukup egois. Dia dipaksa untuk bekerja dengan gadis yang tidak disukainya di kedai ramen. Namun semua itu berubah dan diam-diam Cha Chi Soo jatuh cinta pada Yang Eun Bi.


Dalam cerita ini Choi Kang Hyuk mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan ayahnya Yang Eun Bi, bahkan ayahnya diam-diam berniat menjodohkan putrinya Yang Eun Bi dengan Choi Kang Hyuk tanpa sepengetahuan Yang Eun Bi. Atas kepercayaan daripada ayah Yang Eun Bi,  Choi Kang Hyuk dipercayakan untuk mengurus kedai ramen. Ayah Eun Bi berwasiat pada Kang Hyuk untuk menjaga Eun Bi dan mengambil alih kedai ramen tersebut. Oleh sebab itu, setelah kepergian ayah Yang Eun Bi, Kang Hyuk menganggap Eun Bi adalah isterinya.




Yeng Eun Bi diceritakan dengan masa lalunya ia pernah patah hati dengan pakwe pertamanya yang amat dicintainya. Ada hal yang menarik di cerita drama Flower boy ramyun shop, iaitu saat Eun Bi  dekat dengan pakwe yang membuat hatinya berdebar-debar Eun Bi selalu merasa mendengar suara lonceng, salah satunya adalah Cha Chi Soo. Eun Bi mengumpulkan semua keberanian di tangannya dan dengan penuh keyakinan dia datang dengan tak segan-segan mengajak Cha Chi Soo bercinta, namun sungguh kasihan apabila tahu perbezaan umur diantara mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pening.. pening

Hari ini merupakan Rumah Terbuka Kementerian Kewangan tadi. Em.. rasanya Syawal memang sudah habis, jadi MA anggap ia sambutan Hari Malaysia.

Menu yang MA ambil iaitu kambing bakar. Rasa kambingnya memang terbaik ditambah lagi sos black paper dan sos mint. Memang sedappp...




Tapi...


Sekarang nie kepala pening2 jee.. Nie penangan makan kambinglah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti Waktu Malam

Beberapa hari nie memang tidak bawa Aisya berjalan ke luar sangat. MA plak dalam tiga empat hari nie memang keletihan lepas balik dari kerja.

Sekarang ini memang tugas PA pagi menghantar Aisya ke rumah pengasuh dan pulang pun dia juga yang jemput. Jadi bila PA ambil MA, memang Aisya pun kiranya menjemput MA sekali.

Tempohari, masa dalam kereta MA ada bertanya dengan Aisya apa aktiviti dia buat di rumah pengasuh. Biasalah.. ada gak tang perkataan yang tidak jelas keluar... tapi bila sudah ditanya berulang kali barulah faham. Kekadang faham-faham sendiri jee..

Lepas ambil MA dia minta PA sesuatu.. jom jalan.. katanya.

Haaaa... jalan tu bukan jalan balik umah key... jalan pi mana-manalah. Tapi, MA pujuk bebaik, MA letih lain kali pi jalan, kebetulan pula masa tu gerimiskan. Hendak bawa Aisya main basikal kat luar pun.. cuaca petang masa tu kurang mengizinkan.

Jadi, kalau waktu malam.. bila semua sedang berehat, inilah aktiviti baru yang Aisya buat. Dulu pandai naik, tapi tak pandai hendak kayuh. Sekarang.. ada kemajuan sikit, sudah boleh kayuh tapi tak habis, dia kayuh separuh.. separuh. Handle basikal pun dia pandai dah kawal.


Mula-mula kayuh dalam bilik jee..


Pastu... sudah syok laju-laju dia kayuh dalam kawasan bilik


Berhenti jap... pk sat... nak pi mana yek... Haaaa....


Dia bawa basikal ke ruang tamu pulak


Masa nie dia panggil MA... masa nie sedang khusyuk tengok tv











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS