Cuti selama 2 hari yang lalu, kalian pergi ke mana yek??
MA?? Hehe.. MA pepagi lagi dah bangun.. macam biasalah, lepas mandi pergi jenguk-jenguk dan terus meletak kat dapur. Macam mana tak melekat kat kawasan dapur, masa tu lah membasuh baju dan ready sediakan bahan untuk buat Soto Nasi. Hendak rebus ketupat mini, buat sambal kicap dan rebus ayam. Kira juadah tengahari nanti makan sotolah ye..
Kat umah nie ada tetamu, adik PA. Baru datang Jumaat malam. Pepagi PA sudah keluar dan balik bawa surat khabar dan sarapan dari kedai. PA beli 2 bungkus nasi kerabu, 2 bungkus mi goreng dan 2 bungkus nasi lemak. Katanya beli kat presint 9. MA yang makan 2 bungkus nasi kerabu tu.. em terbaik dan cukup sedap walaupun lauknya hanya ikan goreng tepung jee.
Masuk kul 12 tengahari, akhirnya siaplah soto dan biskut batik.
Kek batik nie MA tambah almond dan choclate rice biar kasi meriah |
Dala tengahari tu juga anak kakak ipar dari Puchong datang rumah. Em.. yang paling gembira.. Aisyalah. Ramai teman untuk melayan dia. Kakak ipar ada kerja di PICC coz malam nanti ada Golden Award katanya.
Sedang main kad UNO |
0 comments:
Post a Comment