Bila Ofis Sambut Raya

Jumaat lepas pada 7 September berlaku satu sejarah di ofis MA. Setelah berpuasa dan beraya, pada 20 Syawal 1433 H, kami pula beraya sakan di ofis.

Bestnya kali ini ia di buat di tempat aras MA bekerja. Jadi.. kena jadi tuan rumahlah kiranya. Kalau jadi tuan rumah pasti persediaan dan persiapannya pun banyak bagai. Macam-macam segi kena pikirkan.

Layan gambar dulu. Banyak cerita hendak beritahu dalam persediaan jamuan raya nie.



Inilah depan gerai bagi tingkat 3. Namanya @3 Corner. Asalnya hendak kasi nama Rimba Raya D'Village tapi.. tengoklah deco pun bukan macam dalam rimbakan.. ala-ala Klasik Moden gitu.


Menu yang tersedia iaitu Nasi Dagang Dendang Perantau


Menu Kedua iaitu Nasi Kerabu Air Mata Syawal. Em.. namanya pun klasikkan, guna tajuk lagu.


Menu Ketiga iaitu Nasi Arab Cahaya Aidilfitri


Sedapkan.. inilah sanak sedara dalam Nasi Arab




Pencuci mulut pun ada iaitu Caramel Nostalgia Aidilfitri


Selain itu, ada juga Ais Krim Seloka Hari Raya










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment