Bila TONSIL menyerang

Aduhai anak.. sedih bila mengenangkannya. Dalam beberapa bulan nie.. Aisya sudah beberapa kali demam atau batuk selesama atau serangan berangkai terus, demam + batuk + selesama.

Malam tadi terjadi lagi. Balik dari dinner bersama teman PA di kawasan Bangsar, MA rasa badannya sudah dedar. Bila tengah malam je.. rasa suhu badannya da meningkat. Tidur malam pun beberapa kali mengigau.

Tidak salah MA dua minggu lepas baru saja rujuk dengan doktor kerana batuknya tidak baik-baik. Bila doktor periksa... em.. tonsil meradang dalam tekaknya. 

 Beginilah gambaran tonsil yang sedang membengkak. Mesti sakitkan..  Macam Aisya tempohari doc kata ada sedikit tompokan putih pada tonsilnya. MA rasa.. mesti macam dalam gambar bawah ini.





Maklumat yang MA temui dari google berkenaan tonsil:

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit. 

** MA terpaksa pergi kerja juga hari ini. Aisya MA terpaksa hantar ke rumah pengasuh dan cutikan pergi tadika. Petang nanti MA perlu paksa Aisya makan ais krim untuk memberi kelegaan pada tekaknya. Minah ni klu waktu sakit or demam tak mau lak makan ais krim.. tapi kalau sihat, hari-hari hendak ais krim kalau boleh.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Mar Mansor said...

ish..seram saya tengok gambar 1st tu..kesian si comel tu

Post a Comment