Kisah Aisya 2014 - Birthday Celebration

Salam Khamis.. hari ini takmo banyak cakap... jom layan pic nie dulu. Gambo ini semua masa sambut birthday Aisya di penghujung bulan Disember 2014 hari tu. Masa itu MA dan PA takmo bergambar. Jual mahal plakkan..


 




















Sebenarnya perancangan awal hendak celebrate birthday Aisya di Genius Aulad. 
Itu permintaannya sendiri. Selama belajar di Genius Aulad.. setiap bulan ada saja yang sambut birthday... setiap bulan juga dia mention... nanti Aisya nak kek frozen makan dengan kawan-kawan. 
MA hanya mengangguk.. tanda setuju. Setiap masa tanya bila birthday nya.. lama lagi ke.. kesian pula...

MA dan PA pun terlupa... bulan Disember sudah bercuti. Jadi.. memang tidak berpeluanglah ia nak bawa kek ke Genius Aulad.. Sedih pula. Kalau ikut tarikhnya.. lahir bulan Disember ini memang sepanjang tahun selama sekolah tidak berpeluang hendak sambut dengan kawan-kawan.

Rasa terkilan juga tidak dapat tunaikan janji padanya.

Untuk selesaikan masalah ini.... macam problem bebenor je.. hihi.. bermula tahun ini klu hendak buat sambutan hari lahirnya di sekolah, kami akan ambil tarikh lahir bulan Islam.







 Chocolate Kek Nutella - Frozen ini MA tempah dengan Nani Saudiar Zakir (fb) atau boleh juga check di fb NaniLicious Wonderful by NSZ




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment