Ada sesiapa pernah sampai ke Bukit Tinggi? Kedudukannya masuk dalam Negeri Pahang.
MA pergi ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi ini pada 27 Disember lalu. Masa tu mak mertua dan pak mertua ada datang KL. Asalnya pergi ke Sungai Buloh untuk berurut di rumah Pak Leman, pastu
pak mertua hendak jumpa kawannya di kawasan Selayang.
Tah macam mana... idea gila my sister in law, Sis N boleh terpergi kami semua ke Colmar Tropicale ini. Sampai sini masa itu sudah pukul 6.30 petang.
Perjalanan dari KL lebih kurang dalam 45 minit. Dari Batang Kali mengambil jalan menuju ke Genting Highland pula. Kedudukannya tidak jauh dari R&R Genting Sempah. Hendak sampai ke sini perlu merentasi hutan malar dan suasananya cukup damai walaupun keadaan jalan berpusing-pusing sedikit untuk sampai ke puncak.
1. Semestinya Colmar Tropicale Resort yang bangunannya diinspirasikan dari sebuah perkampungan di Perancis.
2.Rabbit Park sekali masuk RM3. Banyak arnab dan rusa yang boleh dipegang manja. Ada juga keldai yang boleh dinaik untuk kanak-kanak.
3.Japenese garden di atas puncak , disediakan shuttle untuk naik ke atas. Aktiviti di Japanese Garden bolehlah pakai kimono dan mengambil gambar sambil berangan.
4. Menunggang kuda di Horse trails, kena bayar dalam RM25 seorang.
0 comments:
Post a Comment