Nie cerita Jumaat lepas pada 2 Januari.. MA dan PA pohon cuti awal-awal masa tarikh ini.
Anak first time hendak bersekolah katakan...
Sebelum ini kira sekolah juga sewaktu di Permata Negara dan Genius Aulad... tapi .. excited di pra sekolah ini lain sikit. Sebab silibus semua ditentukan oleh kementerian. Kiranya lebih teruja.
Ikut jadual yang diberi mengikut facebook, pendaftaran bermula pukul 7.30 pagi.
Ha... anak tidak bersekolah lagi, cikgu pra sekolah SKPP 16(2), Putrajaya sudah buka group facebook. Dari awal bulan 12 lagi group ini sudah wujud. Macam-macam yang diupdate tentang pra sekolah ini. Ala-ala sesi perkenalan secara tidak rasmi.
Bestnya, yang benar-benar cukup membantu, Aisya cukup excited melihat gambar dalam kelas yang cantik dan berwarna-warni. Kalau tidak... ia asyik sebut hendak pergi ke Genius Aulad memanjang.
Pagi tu, Alhamdulillah.. senang bebenor kejutkan Aisya dari tidur. Kalau tidak.. Ya ampun... pening kepalalah... ngantuk lagilah... sekejap lagilah... ikut perangai sapalah tu.. kan.
Malam sebelum itu pun MA dah beritahu.. kena bangun waktu pagi lepas ini...
kalau sebelum ini pagi juga... tapi lepas ini kena lebih awal lagi.
Sebelum pukul 7.30 sudah tiba ke sekolah. Aisya mengangguk tanda faham..
Harap-harap mudahlah...
Sewaktu datang, meja masih kosong. Dalam 5 minit menunggu, baru ada yang menyambut kami. Mula-mula perlu register nama mengikut kelas anak.
Aisya ditempatkan di kelas Dedikasi
Pelbagai borang dan buku-buku yang perlu diisikan oleh MA & PA
Masa menunggu ibu bapa lain sampai, timbul kerajinan PA untuk isi borang yang disertakan
Sesi taklimat dimulakan dengan En. Adanan
Carta Organisasi Pengurusan Sekolah. Guru Kelas Aisya bernama Pn. Saidatul Nafisah bt. Ahmad merangkap Penyelaras Prasekolah. Manakala pembantunya adalah Pn. Norhafizah bt. Abdullah
Sewaktu taklimat berlangsung... nampak tak tu... yang pakai tshirt purple..
duduk baris 2 dari depan
Sesi pembayaran yuran
Senarai pembayaran yang perlu dibayar
0 comments:
Post a Comment