Cara Membuat Pop Corn

Saya mengambil resepi Pop Corn (Bertih Jagung) ini dari blog cik kemberlycun.

Untuk bertih jagung/popcorn:
1/4 cawan bertih jagung kering
60 ml minyak masak

Untuk karamel:
125 gram mentega
 3/4 cawan gula demerara (anda boleh menggunakan gula biasa)
 2 sudu besar madu


Pertama, tuangkan minyak ke dalam periuk bersaiz sederhana dan tunggu sehingga ia menjadi sangat panas. Untuk menguji jika minyak cukup panas, baling sebiji jagung kering dan apabila ia “menembak”, maka minyak sudah sedia diguna.
Apabila minyak sudah sedia, tuangkan kesemua bijian jagung kering dan tutup serta-merta dengan tudung periuk.
Tekan tudung periuk tersebut. Tidak lama kemudian anda akan mendengar banyak bunyi “pop”. Bagaikan muzik yang sedap! Dengan perlahan-lahan, goncang periuk tersebut supaya bertih-bertih jagung mengembang dengan rata.
Apabila bunyi “pop” telah berhenti, ini bermakna bertih jagung telah selamat dimasak.
Tuangkan jagung tembak ke dalam mangkuk adunan yang besar dan biarkan ia menyejuk.
Pada masa yang sama, tuangkan kesemua bahan-bahan untuk membuat karamel ke dalam kuali yang telah dipanaskan pada suhu yang sederhana.
Kacau sehingga campuran menjadi cair, berwarna lebih perang gelap dan agak berbuih (kira-kira 10 minit). Sesetengah orang suka untuk memasak karamel sehingga sangat gelap (untuk rasa yang lebih kaya) tetapi mudah terbakar.
Segera tuangkan karamel ke dalam bertih-bertih jagung dan gaul dengan 2 sudu besar sehingga popcorn disaluti karamel secara rata. Campuran yang dikendali sangat panas ya, jadi berhati-hati! Sentiasa kacau supaya jagung-jagung tidak akan melekat bersama. Gaul sehingga karamel telah sejuk.


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

rabeah adaweyah said...

apakah alahan pada jagung apabila dijemur??
adakah jagung tidak kembang sewaktu di goreng??
harap dijawab *terima kasih*

Norhayati Amat said...

terima kasih di atas yg anda berikan. sila lihat emel anda untuk maklum balas pertanyaan anda.

faziera halim said...

Kalau guna jgong fresh bleh x?

nurfarafaisal said...

Salam sis,mcm mana nk dpt bertih jagung ye? Kene guna bertih jagung lepas tu jemur bg kering dulu ke ye?

nurfarafaisal said...

Utk membuat popcorn kne guna bertih jagung yg dikeringkan ke? Boleh bg cara utk keringkan?

Muhammad Amir Norshah said...

Thank you

Norhayati Amat said...

Pada sesiapa yang gemar untuk membuat popcorn sendiri. Biji jagung kena guna yang kering punya. Biasanya ada jual di pasaraya dan dibeli secara timbang.

Post a Comment