Rendam Kaki Dengan Garam Bukit

Nie aktiviti yang dilakukan selama cuti (Chinese New Year) CNY tempohari. Aku balik ke rumah mak mertuaku di Pontian, Johor. Pas penat memasak waktu tengahari.. kakak iparku sok.. sek.. sok.. sek.. bising kat luar rumah. Masa tu aku kat bilik sedang tidokan Aisya.. Biasanya waktu tidokannye.. kerap terlajak sekali.. zzz...hehe.. Mana tak nye... keadaan bilik suram jee.. pastu sejuk lak.. memang syok tido waktu pas zohor. Tapi hari tu.. tak lak. Hubby panggil dari luar.. katanye mak mertuaku, akak ipar n adik iparku.. pendam kaki dalam besen... Best wo... aku kat rumah selalu gak buat.. biler penat berdiri dan lepas penat mengemas.. Huss.. dapat rendam kaki dengan garam bukit.. memang besh.. Try ler sapa yg tak pernah cuba.. terasa ringan kaki pas rendam.

Nie pemandangan sekitar luar umah mertuaku. Ader air terjun buatan. Tapi.. pokok-pokok yang tumbuh tu banyak yang tumbuh sendiri dari yang ditanam. Mak mertua memang sukeer.. sangatt.. sangatt.. coz nampak macam yang air terjun semulajadi punya. 





Dalam kolam tu ader ikan jepun. Aku geram tengok ikan-ikan nie.. penakut sangat. Biasanye.. baru aku cuba menikmati keindahannya berenang-renag dalam air.. nanti tak sampai 5 minit dia menyorok kat bawah lantai. Macamana tu... Ha.. Nanti aku tunjukkan gambar seterusnye..







Syok jee.. tengok ikan nie..berenang-renang. Rasa hati tenang jee.. Bagi sesiapa yang ader sakit jantung selalulah tengok ikan yang berenang-renang nie. Ia sebagai terapi.. macam tu ler aku dengaq.







Ha.. nie aku masukkan gambar projek rendaman kaki oleh mak mertuaku, kakak ipar n adik ipar. Hah.. bahagian bawah lantai tempat diaorg merendam tu.. ikan tu menyorok kat situ ler.. Memang tak nampak. Sepatutnye masa wat rumah dulu bapa mertua aku wat bawah tu dengan lantai kaca or.. kisi-kisi kayu.. baru ler nampak ikan lalu bahagian bawah tuu... He..he.. aku ader utanya ngan mak mertuaku.. katanye.. tah ler.. bapak mertua aku tersalah buat kot..






 Nie.. pose makin dekat.. aku masuk blog gambar nie diaorg tak tau.. Klu ler tau.. hehe.. kena pelangkung menantu nie.. Ader sekodeng orang tengah rendam kaki..




Khasiat merendam kaki dengar garam bukit:
1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dr badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat kulit kaki yang pecah/merekah.

Cara merendam kaki:
1. Ambil satu besen air panas yang agak suam-suam dan menenggelamkan pergelangan kaki ke dalamnya.
2. Letakkan 2 sudu kecil garam bukit atau titisan minyak seperti peppermint/lemon.
3. Lakukan selama 10-15 minit.

Merendamkan kaki ke dalam air dingin pula sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah imsonia atau sukar tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingi. Perubatan ini berguna bagi mereka yang ada lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment