Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Berehat Kat Umah Jee

Isk.. isk.. hari nie aku ader diumah. Disebabkan keadaan aku yang kureng semalam.. sah lah hari nie aku terpaksa beristirehat diumah. Nak ke opis macamana.. klu badan seram sejuk n lenguh-lenguh badan. Klu kena aircond opis yang semakin sejukkk sekarang.. bertambah lagilah staminaku tidak dapat dikawal.

Sebenarnya.. klu time bukan cuti sebenar.. boring duk umah nie. Bagi aku lah... tak tau ler korang... Walaupun kat opis sesibuk manapun.. aku suka berada di opis.. kawan-kawan di opis pun semuanya ok.. ok.. setakat nie lah.. Klu hal perli memerli tu.. coz mereka bergurau.. .aku tak ambil pusing sangat... biasalah.. aku bukan jenis simpan dalam hati.. buat macam angin lalu jee..

Eh.. tak sihat pun boleh update blog kee.. Ha... pagi td memang kesihatan kurang memberangsangkan... coz yang paling teruk malam td lah. Siap pakai stokin laie.. pi toilet jangan cakaplah.. walhal minum air bukan banyak manapun.

Tapi... semalam petang, pas ambil Aisya dari umah pengasuh... dengan tidak laratnya aku gagahkan juga diri pi kedai di R13 untuk beli air 100 plus.. Aku beli yang botol besar.. mula-mula nak suruh hubbyku beli.. baru nak dail nombornye.. aku pk balik.. better jee aku yang pi beli.. coz mesti dia balik lewat dari opis lagi.. macam hari-hari sudah.

Sampai umah, aku terus pekena air 100 plus 2 cawan ngan air masak 2 cawan. Pas mandi, aku rendam kaki ngan air garam di dalam baldi. Aku rendam tak lah sampai setengah jam.. Aisya beberapa kali nak kacau, dia nak celur tangannya dalam baldi tu. Em.. anak bertuah nie mamang suka dapat main air. Jadi.. aku wat dalam 15 minit jee...

Dalam tengahri nie.. kesihatan aku sudah semakin pulih.. mungkin tindakan cepat yangku buat semalam. Minum air 100 plus dan wat rendaman kaki.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa Lain Macam Jee Nie..

Aduis... apa ke hal badan nie, rasa semacam dua macam jee. Takkan pekena Air Sri Perak kat cafe tadi trus macam nie.. Em.. mungkin jugak... dah lama aku tak minum berais. Pas hubbyku demam tempohari, diikuti Aisya.. nie pula.. aku rasa jangkitan telah menular ke badanku.. Adius... Janganlah kau datang demam. Banyak benda aku kena buat.

Klu demam melanda.. tak dapat aku bergerak cergas, ditambah lagi tak dapat aku bermain-main ngan Aisya dan yang jelasnya.. tak larat aku nak update chita dalam blog nie. Ishk.. Ishkk...

Klu deman, aku memang jarang makan panadol (nama dalam surat beranaknye.. PARASETAMOL). Ia bukan boleh membaikkan deman aku tapi sebagai ubat tahan sakit untuk badan. Masa demamkan kira akan rasa bisa-bisa badan dan badan jadi lesu + kurang bermaya.

Ubat demam yang aku tau:

- Minum air 100 Plus
- Ambil asam jawa dan campur dengan sedikit air.
  Sapukan pada leher dan kepala.
- Minum air barli panas
- Pergi farmasi beli Heat Cleanser

Berbalik pada chita Panadol td.. aku memang tak galakkan sesiapa pun makan, cuba elakkan klu boleh lah.. Tapi.. klu nak makan juga terpulang. Sendiri tanggung. Kat sini aku ader baca kisah keburukan panadol.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS