Showing posts with label Aisya. Show all posts
Showing posts with label Aisya. Show all posts

Hari pertama di pra sekolah

Salam Kasih Sayang...

Berapa hari tak update.... sebenarnya excited hendak cerita hari pertama Aisya di pra sekolah. Pertamanya MA hendak panjatkan kesyukuran kerana Aisya diberi peluang untuk masuk ke Pra sekolah ini. Syukur sangat-sangat. Ada juga teman MA tak dapat... sedih gak... ada pulak yang dapat... tolak.. sebab anaknya sudah biasa dengan tempat private... ikutlah pendapat masing-masing..

Tidak dinafikan... kos anak-anak di tempat belajar macam tadika swasta.... huh... boleh tahan bayarannya. Mengalahkan anak nak masuk U. Mana duit pendaftaran lagi... duit buku lagi... duit untuk nak konvo nya lagi.. tapi... ibu bapa tiada pilihan. Di samping mencari pendidikan terbaik untuk anak... yang utamanya.. anak ada tempat yang selamat untuk dijaga, merangkap tempat asuhan.

Meh.. layan gambar Aisya di pra sekolah semalam.


MA & PA melihat dari tingkap. Em.. senang hati tengok Aisya, ia boleh sesuaikan diri.

 
 
Keluar dari kelas untuk pergi ke bilik makan.


Sebelum itu kena beratur dulu ye.. haha.. ia ambil barisan paling belakang masa ini.


Malu-malu nak berselfie konon-konon.

Nampak sanggul jee dari belakang. Macamana lak boleh diapit dengan lelaki masa sedang makan.. Masa ini sedang makan honeystar dengan susu.





Kawan-kawan lain sudah habis makan.. nie dia boleh tambah lagi. Lapor bebeno rupanya.






Anakku Aisya..
Bermula langkahmu ke sekolah kini,
Mudahlah hatimu dan akal fikiran mencari, menimba dan  menerima ilmu yang dipelajari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa ada dalam kelas pra sekolah

Tengahari tadi ada tengok fb group bagi pra sekolah Aisya. Guru sekolahnya upload gambar Kelas Dedikasi tempat Aisya belajar nanti. 

Jomm.... MA share picture yang MA tengok tu..
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masuk Hari Kedua

Huhu.. sudah masuk hari ke dua Aisya kurang cergas. Em.. kurang dengar celotehnya dirumah. Tiada bacaan buku Adam & Dina dan tiada mood untuk mewarna... dan tiada mood untuknya belajar mengeja.

Banyak masa dihabiskan untuk baring dan kerana kesian melihatnya, pada waktu malam MA pasangkan movie melalui laptop saja.




Sehari sebelum ia demam, buku ini menjadi mainannya. Buku ini dibeli sewaktu Pesta Buku di PICC tempohari. Dia sendiri yang pilih.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila TONSIL menyerang

Aduhai anak.. sedih bila mengenangkannya. Dalam beberapa bulan nie.. Aisya sudah beberapa kali demam atau batuk selesama atau serangan berangkai terus, demam + batuk + selesama.

Malam tadi terjadi lagi. Balik dari dinner bersama teman PA di kawasan Bangsar, MA rasa badannya sudah dedar. Bila tengah malam je.. rasa suhu badannya da meningkat. Tidur malam pun beberapa kali mengigau.

Tidak salah MA dua minggu lepas baru saja rujuk dengan doktor kerana batuknya tidak baik-baik. Bila doktor periksa... em.. tonsil meradang dalam tekaknya. 

 Beginilah gambaran tonsil yang sedang membengkak. Mesti sakitkan..  Macam Aisya tempohari doc kata ada sedikit tompokan putih pada tonsilnya. MA rasa.. mesti macam dalam gambar bawah ini.





Maklumat yang MA temui dari google berkenaan tonsil:

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit. 

** MA terpaksa pergi kerja juga hari ini. Aisya MA terpaksa hantar ke rumah pengasuh dan cutikan pergi tadika. Petang nanti MA perlu paksa Aisya makan ais krim untuk memberi kelegaan pada tekaknya. Minah ni klu waktu sakit or demam tak mau lak makan ais krim.. tapi kalau sihat, hari-hari hendak ais krim kalau boleh.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Adam & Dina

Hari-hari buku nie dibelek. 
Rajin membaca.. rajin bertanya kalau tidak tahu..
Kalau MA atau PA lupa.. ia ingatkan..
Alhamdulillah.. Aisya semakin banyak kemajuan..

Sekarang sudah masuk buku ke 3.
Aisya panggil 'Dina & Adam Book' sebab cerita dalam buku ini berkenaan Adam & Dina.

Book 1 : Ambil masa agak lama sedikit iaitu 3 bulan untuk dihabiskan coz baru mengenali dan faham word in English.

Book 2 : Ambil masa 3 hari sebab banyak perkataan dalam book 1 diulang-ulang.

Book 3 : Baru saja terima pada 14.03.2014. Dalam buku ini banyak perkataan baru di pelajari.










Balik tengahari tadi sewaktu MA suapkan makan sempat lagi ia meminta MA ajarnya.
 Muka ceria saja sebab baru lepas mand.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti Waktu Malam

Beberapa hari nie memang tidak bawa Aisya berjalan ke luar sangat. MA plak dalam tiga empat hari nie memang keletihan lepas balik dari kerja.

Sekarang ini memang tugas PA pagi menghantar Aisya ke rumah pengasuh dan pulang pun dia juga yang jemput. Jadi bila PA ambil MA, memang Aisya pun kiranya menjemput MA sekali.

Tempohari, masa dalam kereta MA ada bertanya dengan Aisya apa aktiviti dia buat di rumah pengasuh. Biasalah.. ada gak tang perkataan yang tidak jelas keluar... tapi bila sudah ditanya berulang kali barulah faham. Kekadang faham-faham sendiri jee..

Lepas ambil MA dia minta PA sesuatu.. jom jalan.. katanya.

Haaaa... jalan tu bukan jalan balik umah key... jalan pi mana-manalah. Tapi, MA pujuk bebaik, MA letih lain kali pi jalan, kebetulan pula masa tu gerimiskan. Hendak bawa Aisya main basikal kat luar pun.. cuaca petang masa tu kurang mengizinkan.

Jadi, kalau waktu malam.. bila semua sedang berehat, inilah aktiviti baru yang Aisya buat. Dulu pandai naik, tapi tak pandai hendak kayuh. Sekarang.. ada kemajuan sikit, sudah boleh kayuh tapi tak habis, dia kayuh separuh.. separuh. Handle basikal pun dia pandai dah kawal.


Mula-mula kayuh dalam bilik jee..


Pastu... sudah syok laju-laju dia kayuh dalam kawasan bilik


Berhenti jap... pk sat... nak pi mana yek... Haaaa....


Dia bawa basikal ke ruang tamu pulak


Masa nie dia panggil MA... masa nie sedang khusyuk tengok tv











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suka Sangat Pada Kucing

Budak-budak pasti obses kalau nampak binatang. Aisya macam tu juga apabila nampak kucing. Em.. sanggup ia kejar kucing tu dan ikut jee kemana kucing tu pergi. Masa MA diawal pregnant dulu memang MA bela kucing. Tapi sudah masuk ke 5 bulan mertua tak kasi bela. Takut apa-apa berlaku pada kandungan, orang tuakan... lebih berpengalaman. Jadi terpaksa kasi orang.

Jadi, tak hairanlah kalau Aisya pun ada minat yang sama macam MA. Pasni klu hendak bela kucing kena duduk rumah atas tanah. Hendak menguruskannya pun senang compare rumah apartment.


Masa nie disentuh bulu kucing tu sedikit demi sedikit. Hehe.. lembut agaknya.



MA minta Aisya pose cantik. Nak cuba kenyitkan mata.
 


Apalah yang dia cakapkan dengan kucing tu. Macam faham jee kucing tu. Boleh plak duduk diam.

Aisya bersama sepupunya Farah. Tengok tu... kucing pun dah terlena tidur. Sampai tang ekor pun diusap Aisya.

  








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Pic nie sudah beberapa hari MA ambil. Sekarang ni MA sedang melatih Aisya untuk ikut solat bersama waktu Maghrib.



Masa nie mulutnya bising kononnya baca yassin. Memang kelakar coz sebutannya banyak hentam sajalah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekunnya Dia.....

Nie hobi terbaru Aisya, selain melayan lagu nasyid + Hi-5 + Upin Ipin di tv, melayan lagu di Super Padnya... sekarang nie pantang di beri pensel atau kaler pensel bersama kertas kosong. Tekun jee dia melukis entah apa-ape jee.


Pegang pensel tu dah betullah.. tapi... ia tangan kidal (gen mamanya kuat mengatasi papanye lah).



Memerhati semula apa yang dilukis.



Menyambung kerja kembali 



Mata sempat lagi tengok iklan di TV

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chite Hari Minggu

Hari minggu lalu.. pagi2 lagi Aisya dah bangun.. em, tak ler pagi sangat pun.. Aisya bangun dalam kul 9.30 pagi.. hehe.. overtime main semalam... tu yang terlajak skit. Bangun2 je.. mama dah siap wat mamam.. em.. Aisya tak mandi laie masa tu. Aisya kuar jee dari bilik trus mama bawa Aisya masuk bilik air lak.. Sebab terkejut tgk air sejuk.. Aisya merengek manja kat mama... sejuk.... mama tak mandikan Aisya lelama macam selalu.. mama tau Aisya kesejukan trus mama lap ngan tuala.

Pas bakai baju, sarapan nasi lemak n bihun ngan mama dan papa. Aisya nak start panaskan badan.. Hehe.. Tah lak camner macam tau2 jee mama nie. Aisya dah puas main mainan yang sama jee... tup.. tup.. mama leh kuarkan mainan baru. Sebenarnya tak baru pun.. kakak sepupu Aisya punya, Kak Sofiya. Mama N kasi coz dah tak pakai... masa nie mama dah sibuk mengemas umah plak.

Em.. check dulu ok tak mini car nie.. Aisya nak gi shopping sebenarnya. Em.. byk ruang kosong, bole isi barang laie nanti.



Baik Aisya test drive dulu. Bole tau best ke tak...


Em.. bestnye.. bole jalan-jalan keliling kota.. Oh.. jalan-jalan keliling Alamanda... Acece.. senang hati lak.


Kat sebelah nie.. alat tunggang yang mama bru beli. Murah jee.. mama kata. RM18.00


Aiseeman... tayar tercabut lak... Aduis.. camner nak wat nie.. Aisya baru jee pandai bawa.. bab pomen2 nie tak study laie


 Camner nak buat yek.. tayar nie tercabut mesti sebab tertentu. Sportrim lain elok jee.. Isk.. Isk..


 Rasanya tayar nie pun dah kempis. Kena antar kdai tuk tambah angin.


 Mini car nie sorong dulu ke tepi, jap laie kena hantar pi workshop. Kasi repair aper yang patut.


 Walaupun  tak pi naik kenderaan. Aisya pi shopping jalan kaki je.. Apa macam, dapat belanja sampai 2 beg.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS