Pesta Buku Sepanjang Tahun 2014

Pada peminat buku pasti cukup suka mendapatkan sumber ilmiah. Jadi di sini dapatlah saya kongsikan tarikh-tarikh yang berguna karnival jualan buku sepanjang tahun 2014. Cukup berguna dan berbaloi mendapatkan buku pada masa promosi ini.


Jadual Dan Tarikh Pesta Buku Malaysia 2014

Ekspo Buku Islam Putrajaya
  • Tarikh: 28 Feb – 9 Mac 2014
  • Lokasi: Dewan Cempaka Sari, Presint 3,Kompleks Perbadanan Putrajaya
Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
  • Tarikh: 19 – 23 Mac 2014
  • Lokasi: PICC
Big bad Wolf Book Sale
  • Tarikh: 15 – 23 Feb 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Read Malaysia
  • Tarikh: 21 – 30 Mac 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Tarikh: 24 April – 4 Mei 2014
  • Lokasi: PWTC

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekejap je.. sudah bulan Mac

Pejam.. celik.. pejam.. celik... sekejap jee masa berlalu. Sekarang sudah masuk bulan Mac. Dalam tempoh 2 bulan pertama ini, MA hendak berkongsi kegembiraan yang telah MA lalui.

Pertamanya, rezeki di tahun baru. Alhamdulillah.. sangat-sangat bersyukur. Dapat Samsung Galaxy S4 melalui peraduan Dumex Dugro di fb.



Keduanya, bersama teman-teman di ofis, MA pergi percutian sehari ke Jakarta, Indonesia pada 25 Januari 2014. Ha... hanya sehari je.. balik hari je tau. Macam tak cayakan. Walaupun hanya sehari tapi cukup menyeronokkan bersama teman-teman yang sporting seperti Nora, Rini, Yati dan Suri bersama suaminya.




Ketiganya, percutian bersama keluarga tersayang ke Langkawi pada 10 hingga 12 Februari 2014. Sudah lama sebenarnya hendak menyampaikan hasrat Aisya untuk membawanya naik kapal terbang. Kali ini baru tertunai. Selama ini setiap kali nampak kapal terbang di udara... mesti ia bersuara.. 'Aisya nak naik aeroplane mama..'. 

Jadi MA ada beli tiket waktu promosi awal bulan 11 tahun lalu. Bagi 4 orang iaitu RM300 termasuk luggage 25kg. Oklah.. kan.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS