Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Bersantai Dengan A-Bike

Balik dari kerja semalam, PA berhasrat hendak berbasikal di sekitar apartment rumah. MA cadangkan untuk pergi ke kawasan Presint 5 berdekatan Hotel Pullman. Bolehlah MA ikut dan bawa Aisya sekali. Lama dah tidak ke sana. MA teringin ingin melihat pantai replika mini yang terletak di pesisir Tasik Putrajaya.


Sampai di kawasan tasik, masa hendak keluarkan basikal Aisya tengok-tengok rantai basikalnya longgar lak. Nasiblah PA ada bawa peralatan yang mencukupi. Kalau tidak meraunglah si kenit nie tak dapat berbasikal dengan PA nya.








Masa turun ke jeti tasik, kelihatan motorbot control berlegar-legar di kawasan tasik. Memang bunyi bising tapi best sangat.








Berdekatan jeti seberang itulah orang yang sedang main motorbot control itu.





Pastu, PA membawa MA pergi ke mini pantai. Masa nie MA jalan kaki jee.. anak beranak tu tinggalkan MA. Diaorang pejut je dengan basikal memasing. His..his.. memang tidak adil. Nanti MA tuntut nak basikal juga.








Memang cantik sekitar kawasan nie. Disinilah letaknya mini pantai tu. Nampak tidak.. ha.. pasir tu.. Disini kita boleh bentangkan tikar sambil bersantai melihat panoroma kawasan sekitar. Hendak bersandar di pokok kepala pun boleh sambil membaca buku. Kalau sesiapa ada anak bolehlah membawa mereka mandi di bibir pantai tu.













Segmen promote jap... inilah rupanya A-Bike yang boleh dilipat. Cukup kemas dan mudah dibawa kemana-mana. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi PA @ Azahar di talian 018-3725576.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Redeem Coupon Di Kid'z Paradise

Pada 2 minggu yang lepas, pagi Sabtu MA dan Pa bawa Aisya untuk pergi ke Mines. Sebelum itu singgah dulu ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Sebabnya.. dari malam sebelumnya MA kurang sihat. Badan sengal-sengal bersama batuk dan selesama. Harapan hati klu makan ubat nanti baiklah. Tu yang gagahkan juga.

Lagipun, pada 2 April tak salahnya coupon itu expired, rugilahkan.. klu burn macam tu jee.. Lagipun kalau hendak beli tiket bukan wartu promosi seorang berharga RM36. MA beli masa promosi hari tu 2 orang kanak-kanak baru RM20. Memang berbaloi.


Bahagian belakang Kid'z Paradize ada disediakan kerusi-kerusi yang comel nie.




Mainan di sin boleh tahan banyak juga. Memang sesuai untuk kanak-kanak hendak bergembira.










Takkan hendak tunggu macam tu jekan. MA cuba dapatkan no untuk excess WIFI. Hehe.. bawa laptop 2 buah masa nie.

 


PA boleh layan internet. Mata stim jee macam hendak tidur lagi je PA nie.



MA pun hendak interprem gak.


Secara keseluruhan, memang puas hati kalau sesiapa hendak bawa anak-anak ke sini. Kalau mahu mendapatkan harga mudah rajin-rajinlah melihat promosi di Groupon atau Milkadeal atau Mydeal.

Kalau sesiapa yang baru pertama kali hendak pergi ke sini, jangan lupa bawa stokin ye. Sewaktu berada di dalam ini memang wajib memakai stokin.

Satu lagi, makanan di sini memang mahal. Air mineral sebotol jadi Rm2.50. Belum lagi yang lain-lain. Kalau rasa hendak makan boleh keluar jee selagi tag di tangan tidak dicabut. Pastu boleh jee masuk semula sesuka hati korang yee.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepetang Berendam Dalam Kolam

Di petang hujung minggu PA bawa kami semua ke kolam awam di Presint 6, Putrajaya. First time pergi ke kolam nie, selalunya pergi berdekatan kawasan tasik saja untuk memberi ikan makan. Kawasan tasik ini sering menjadi port pengantin bergambar. Kawasannya memang cantik. Landmark paling senang untuk ke sana iaitu anda akan berjumpa dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan juga akan kawasan Hotel Pullman.









Bayaran masuk ke kolam awam ini RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Di sini ada satu kolam untuk orang dewasa dan 2 kolam untuk kanak-kanak.

Waktu petang kolam ini ramai orang. Tempat kami belah hujung belah kiri tu kawasan yang paling dalam.



Masa nie Aisya cakap.. mama jommm.. mandi.












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masuk pertandingan lagi...

Rasa Gg%.@.. dan bergegar otak aku jap... Nak tau nape... Nie pasal peraduan di http://www.mypengguna.com/ yang aku terjah semalam. Setelah peraduan Harian Metro yang selesai minggu lepas.. Saja aku mencari-cari dan menjengah mana-mana peraduan yang dapat menambat hati untuk aku sertai. Aku nie memang suka menyertai peraduan yang menguji dan menyakitkan minda nie sebenarnya. Hihi..  Dalam masa sakit kepala tu cari itu dan cari ini.. bagiku ia cukup berbaloi coz banyak input yang aku perolehi sebenarnya selepas itu. Setakat sakit skit nie.. aku suruh hubby picit kepala hilanglah ia.. Hehe.. Biarpun.. kekadang terasa membiolkan kepala otak nie.. Tapi aku puas.. Tang-tang lak bila tau menang atau tersenarai sebagai pemenang. Alhamdulillah... perasaan yang memang tak dapat dikatakan... suka sesangat.

Buat masa nie aku sedang study tentang produk organik. Banyak maklumat yang aku cuba google dari internet. Daripada pembacaan inilah nanti akan aku hasilkan esei yang akan aku terjemahkan tentangnya mengikut pendapat, kajian, pemantauan dan penyelidikanku.. Hehe.. macam ambil exam pulak.

Sebenarnya.. tujuan aku buat benda nie semuanya untuk menajamkan kepala otak aku yang semakin lama semakin berkarat. Sekurang-kurangnya dapatlah aku gilapkannye semula. Zaman study dah lama aku tinggalkan. Nak sambung study.. tu..lah, tengah pikir-pikirkan. Aisya pun dah besar. Cuma.. berkenaan fulus.. aku kena buat kiraan tambah tolak dulu. Klu cukup dan berlebih.. aku akan capaikan niat aku tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biler Aisya Jadi Chef

Inilah keadaan biler aku kasi Aisya senduk dan sudip.. Hehe.. ada bakat tak jadi chef biler beso nanti pangganti Chef Wan. Nie nak chiter skit pasal Chef Wan nie. Aku memang minat sekali kat nie. Biler tengok ia masak kat tv dan celotehnya tentang petua-petua masakan.. fuhh.. rasa sedap jee masakan yang disediakan. Kerana minatnya dalam bidang masakan, ia sanggup meninggalkan bidang perakaunan untuk menjadi tukang masak yang pro. Cuba tengok dia masak.. sentiasa ceria dan senyum jee.. kan. Secara teorinya.. jika kita dalam keadaan gembira dan ceria waktu masak.. makanan yang dimasak akan jadi lebih enak.. Betul kee..

Key.. chite balik pasal Aisya nie.. Aku kasi dia sayur bayam sekali.. Tengok ler aper yang dia buat..


Pertama sekali nak main masak-masak kena ader benda yang nak di masak.. Hari nie.. Sya nak test masak sayur bayam.. Hehe.. Mama selalu letak sayur bayam nie kat bubur Aisya.. Tak pun mama masuk dalam sup campur Sya.



Mama tak kasi Sya kuali.. beso sangat mama kata n berat. Jadi mama kasi tapis biru jee.. ala... masak main-main jee kan. Nie sayue kena kasi gaul ye.. Kacau dan kacau lagi.. guna sudip dan senduk..



Ketang-ketung bunyi sudip berlaga kat lantai masa nie.. Aku layan jee Aisya buat apapun. Janji dia senang hati.



Amacam... ada kee orang masak macam nie. Hancur layu ler sayur bayam mama Sya oi...





Itulah sesi memasak bersama Aisya.. nanti dah besar skit klu Aisya nak tolong mama kat dapur, mama tak halang. Biar Aisya pandai serba serbi. Nanti bolehlah mama ajar Aisya wat biskut, kek n apa2 sajer yang mama tau. Klu Aisya lebih terror dari mama pun.. mama tak kisah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti Balik Kerja

Pas parking jee keta kat bangunan blok umah.. cam biasa nak pi ambil Aisya di umah Kak Ina. Hubbyku dah tunggu kat tepi pintu. Mukanya macam tak sabo.. nak berkata sesuatu.... On the way ke umah Kak Ina di tingkat 1 Blok E.

Papa : Ma, Abg tak beli Harian Metro laie... kita pi Presint 15.
Mama : Em.. Pi Alamanda jee lah.. Ingat td mama nak ajak Papa n bawa adik pi kedai R13 jee.. dah macam tu, leh mama pi Carefour. Ader skit laie barang nak beli.
Papa : Abah call, kena balik Pontian.. urgent. Minggu nie Papa balik sana ler.. ngan Etty sekali.
Mama : Mama ok jee.. beso pun mama apply cuti.

Pas ambil Aisya.. trus ngan keta Hyundai pi Alamanda. Masuk jee Carefour.. aku trus pi cari barang yang dah set kat kepala nie.. dari td. Aku ambil kobis, udang, kicap cap kipas udang, sayur sawi dan telur. Stok makanan kena cukup. Al-maklumlah.. biler papa takde kat umah hujung minggu, mama memang malas keluar rumah biler berdua jee ngan Aisya.

Mama ader ingatkan papa untuk beli bateri 3A. Ader mainan bubble yang mama beli kelmarin. Tak test laie coz bateri takde.. Hehe.. papa leh la main dengan Aisya jap laie sementara mama memasak..

Nie lah yang anak beranak buat masa mama tengah memasak...

Sampai terpejam mata Aisya tengok bubble terbang

Kih.. Kih.. Memerhati Papa tiup bubble

Cuba kejar bubble yang berterbangan


Dapat pun... Sampai terteleng-teleng kepala Aisya nak capai bubble tuu.. hehe..

 
Berebut ngan Papa nak dapatkan alat bubble

Banyaknye bubble... Masa nie jangan cakap ler.. tikar umah jadi melekit coz air sabun banyak tumpah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kolam Renang Bukit Jalil

Petang td dalam kul 3.15 petang, hubby, aku dan Aisya ke kolam renang di Bukit Jalil. Pada hari minggu begini kakak ipar dan abg iparku memang bawa anaknye ke kelas renang. Hari nie.. kami join diaorang sekali. Dari semalam sebenarnya nak bawa Aisya ke kolam di presint 16 pada waktu pagi.. tp... Aisya lajak tido jee.. Di presint 16 kolam dibuka selama 2 jam bagi sesi pagi dari pukul 9 ke 11 pagi.

 Yang pakai baju warna biru tu.. anak sedara hubbyku






 Aisya baru jee masuk dalam kolam. Mama malas nak tukar baju. Jadinye papa yang kena kawalnya dalam air.












 Syok cuci badan dalam bilik air.


 Tengok mata Aisya.. dalam kepenatan.


 Aku nak zoom kat kain rentang warna hitam tu sebenarnya.    Nama agensi yang mengajar kelas renang.


 Kumpulan nie.. dari aku sampai sampailah nak balik tak sudah-sudah laie. Diaorg bukan berenang pun... main air jee lebihnye.. Lontar air sana sini sesama mereka. Buat sakit mata aku je.. hih..


Kolam nie kedalamannya 3 meter. Em.. aku tengok-tengok memang dalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS