Taklimat Di Permata Negara, Presint 16

Semalam pagi, MA dan PA pi Permata Negara yang berdekatan Presint 16, Putrajaya. Kedudukannya berada di atas bukit sedikit. Tujuannya untuk mendengar taklimat berkenaan kemasukan Aisya ke sana.

Macamana MA dapat?? Nie lah nak chita.. MA mohon pada penghujung tahun lepas lagi. Masa tu ada mohon kat Tadika Al-Fatih kat Presint 9 gak.. dapat memang dapat tapi... kerana kekurangan fulus untuk pendaftaran, hasrat untuk hantar Aisya ke Tadika A-Fatih tu terbatal. Pendaftaran sekurang-kurangnya RM800. Masa dan tika itu.. memang banyak duit diperlukan. Maaf ye... anak mama. MA tak dapat masuk Aisya ke pusat pembelajaran lagi.

MAsa tu juga MA ada minta PERMATA. Asalnya boleh termohon sebab kawan papa yang duduk di blok lain kawasan rumah kami anaknya dapat tempat disana. Umurnya sebaya ngan Aisya. Masa itu berkobar-kobar hendak hantar borang. Harap-harap dapat masuk awal bulan Januari sama-sama dengan anak kawan PA tu. 

Ye..lah. hendak masuk PERMATA niekan banyak prosedurnya. Permohonan kita akan dihantar ke HQ di Cyberjaya dulu, pastu mendapat kelulusan daripada JPM pulak. Masa tu MA takawal jee.. ada rezeki Aisya takkan ke mana. Dalam hati masa tu.. harap-harap Aisya berpeluang untuk belajar di PERMATA. 

Sebabnya, entahlah.. first impression MA masa mula-mula hantar borang permohonan tu, masa itu dapatlah masuk kawasan itu sekejap jee.. tapi MA suka dengan lanskap dan persekitaran dalam pusat itu. Anak-anak diajar agar lebih berdikari. Masa MA hantar borang itu, dapatlah bertemu dengan teacher Linda. Katanya.. (masa waktu itulah) permohonan masih penuh, kekosongan baru jee diisi. Jadi.. apa-apa hal dia akan telefon jika ada kekosongan dan menepati syarat-syarat yang diminta. Sebabnya.. ia tengok juga pendapatan isi rumah. Keylah.. redha jee. Katanya lagi.. pada awal bulan 3 nanti pihak mereka akan telefon jika ada kekosongan, kerna pada masa itu mungkin ada pertambahan guru dan dengan itu akan ada pertambahan kanak-kanak. 

Bulan Mac 2013, tahun nielah kan.. bukan pihak PERMATA call MA. Tapi MA call diaorang. MA tanyalah.. adakah permohonan MA itu di terima. Tapi jawapannya mendukacitakan. Tiada pertambahan murid dibuat. 

Namun.. pada minggu lepas, PA terima panggilan PERMATA. Pihak PERMATA minta kami hadiri taklimat pada hari Isnin 21hb April. Kira semalamlah.. Alhamdulillah..

Taklimat hampir 2 jam dan banyak syarat-syarat yang perlu kami ikuti. Nanti MA beritahu yee... coz nota yang MA catat tu tak bawa lak, ada dalam beg lain. 

Layanlah gambar-gambar semasa MA berada di sana.  



Masuk jee pintu utama, MA disajikan dengan pemandangan ini.




Sementara menunggu para ibu bapa lain sampai, MA duduk di kerusi nie. Kerusi budak-budak. Hehe.. memula ingat boleh duduk ke.. takut patah. Tapi memang kukuh.




Comel jee.. kerusi kanak-kanak di sini. Pada kerusi tu disarung baju masing-masing. Comfirm tak tukar punya. Menariknya lagi, lukisan kepala itu di buat oleh kanak-kanak sendiri. Memang kreatifkan...







Disini antara kawasan untuk kanak-kanak berehat pada waktu petang, dalam pukul 1 hingga 3 petang. Mereka perlu tidur di katil warna biru tu. Katil akan disusun di kawasan lapang tersebut.




 Tempat mainan dan buku-buku.





Berus gigi dan ubat gigi akan diletakkan disini. Seorang satu bekas.




Tempat Riadah. Ia berada di luar bahagian belakang.





Kawasan dapur.






Ruang untuk kanak-kanak bermain juga. Ia berdekatan di bahagian dapur.
Ini kalau Aisya nampak memang di suka sangat-sangat. Memang dia minat main masak-masak macam nie.
Kat rumah pun ada satu macam itu.



Ini juga kawasan luar di belakang tadika. Kalau waktu pagi, kanak-kanak akan dibawa ke tempat ini untuk bersukan atau riadah. 







Tema pengajaran pada bulan April adalah Deria - Sense. Setiap bulan akan ditetapkan tema. Dengan tema itulah selama sebulan kanak-kanak akan belajar berkaitan tema yang dipilih. Bestkan....



Secara keseluruhan MA memang puas hati dengan PERMATA ini. Dijangka Aisya akan masuk selepas pilihanraya nanti. Dan lagi... selama 3 hari MA atau PA akan ada orientasi bersama anak bermula pada hari pendaftaran. Kena temankan anak dari pagi hingga petang. Pada masa inilah, teacher disana akan melihat perangai dan tingkah laku kanak-kanak baru tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

yusrina said...

Aisya dah masuk Permata ye. Seronoknya dapat belajar kat situ. Bersih dan selamat je aunty yus tengok :)

miamyra said...

macam best jek kat Permata ni!!!Rasa mcam nak gi skolah semula...co colourful!!!i like!!!

Pemikir Serabut said...

Minta saudari update perkembangan Aisyah di PAPN tu ye. Nak tau juga. Sebab sy juga berhasrat hantar anak ke PAPN berdekatan.

Unknown said...

ad salam...camne saya nak mohon ye

Unknown said...

ad salam...camne saya nak mohon ye

Post a Comment