Selamat Tahun Baru 2014


Alhamdulillah.. 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan diri bagi meneruskan kehidupan dan merealisasikan impian seterusnya di Tahun 2014.

Hampir setengah tahun juga blog MA ini sunyi dari segalanya. Aduis.. macam-macam hal sebenarnya hendak diberitahu. Tapi.. tulah. kan.. Azam baru misi baru tahun 2014 nie, MA akan terus rajin dan cergas dalam segalanya. Dah tak mahu buat blog terus bersarang jee..

Semoga tahun baru ini bukan hanya peralihan pada nombor sahaja.. disusuli dengan itu MA hendak berjaya dalam bidang kerjaya, lebih maju lagi dalam part time bisnes, menjadi ibu yang  terbaik buat anak dan menjadi isteri yang serba boleh dan lebih mendekatkan diri kepada Allah yang telah memberi rezeki dalam pelbagai bentuk.

Sebenarnya pada tahun 2013 lalu, banyak sekali ranjau berduri yang MA lalui. Namun.. kesusahan dan halangan dan rintangan itulah yang membuat MA semakin kuat dan menganggapnya ia sebagai dugaan kerana MA tahu Allah sebenarnya mahu memberi kita sesuatu yang cukup bermakna selepas kita hadapi kesusahan itu.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

terbaek.net said...

alahai comelnye die..

Mar Mansor said...

support blog ni in malaysia social media week..rajin2 update blog ye..

Post a Comment