Badanku Rasa Seram Sejuk

Aduis... rasa lak larat hari nie. Badan terasa sakit-sakit dan tekak perit yang amat sangat. 

Semalam MA tak dapat tidur, kul 2.00 pagi bru dapat lelapkan mata. Itupun setelah lumur minyak panas seluruh badan. Pastu telan pil tahan sakit. Tapi pagi nie.. keadaan yang sama masih berterusan.

Adakah nak kena selesama @ demam? Aduis... PA plak minta MA cuti besok. PA ada kerja di Terengganu selama 3 hari, kiranya bercuti bersama keluarga sekali. Tapi... adakah MA larat... Malam nie MA cuba pertahankan kelemahan diri ini. 

Balik opis nak cuba petua nie:

Ambil 3 hingga 4 biji buah lemon kuning dan diperah jusnya..jgn dicampur air, ais dan gula pada jus tersebut. Dalam sehari, cuba minum 2-3 kali (ketika sakit). Seminggu 1-3 kali. Ikut kesesuaian. Lebih sihat diminum setiap hari.

Sesiapa yang tidak tahan masam boleh buat yang ini pula:

1. Kupas 4-5 biji buah limon kuning sehingga nampak isinya
2. Potong di bahagian tengah dan asingkan bijinya
3. Masukkan dalam mesin pengisar, isikan 2-3 gelas air, dan tambah gula jika mahu.
4. Kisar.
5. Sedia untuk diminum. Lebih baik jika diminum bersama isi / hampas yang dikisar sekali. Anda juga boleh menapisnya jika mahu.

Petua ini sesuai untuk merawat demam, selsema, seram sejuk, sakit tekak dan batuk.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment